Laman sosial hari ini dilihat sebagai sebuah platform yang digunakan untuk pelbagai fungsi juga kepentingan setiap individu.
Antara salah satu kelemahan yang wujud apabila menggunakan laman sosial ini apabila ia mudah menyebarkan fitnah, membina minda negatif serta membentuk peribadi seseorang itu menjadi individu yang mudah menilai orang lain, tanpa sebab asbab yang kukuh.
Ads
Mengulas lanjut mengenai isu ini, NONA secara eksklusif menemu bual penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri berkaitan isu tampil sempurna di laman sosial.
Sempurna Di Laman Sosial Perspektif Ernie Zakri
Maka, moleklah sekiranya jika kita menggunakan laman sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter juga Tiktok untuk kebaikan diri sendiri dan memberi kebaikan kepada orang lain.
Berbicara soal laman sosial, ramai diantara kita yang ingin tampil sempurna sehinggalah memperjudikan diri mereka sendiri.
Oleh disebabkan taksub dengan pujian serta kata-kata positif dari pengguna laman sosial, ada yang sanggup berbelanja beratusan ribu ringgit sehingga berhutang hanya untuk tampil sempurna di laman sosial. Adakah ia berbaloi?
Penyanyi yang juga ibu kepada seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha menyatakan bahawa menjadi sempurna di laman sosial bukanlah perkara yang mudah.
Mustahil Untuk Sempurna, Namun Tak Salah Cuba Jadi Yang Terbaik!
Malah, dia menyifatkan sebagai seorang manusia, definisi kesempurnaan itu amat mustahil untuk dicapai, namun ia bukanlah alasan untuk tidak menjadi yang lebih baik dari semalam.
“Menjadi sempurna di laman sosial ini saya kira begitu am dari sudut pengertiannya. Namun, apa yang pasti, kita sebagai manusia biasa pastinya tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan.
Ads
“Oleh itu, kita haruslah berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam semua perkara, di semua tempat termasuklah di laman sosial.”
Tambahnya lagi, sebagai pengguna laman sosial yang bijak, kita disarankan untuk menyebarkan nilai-nilai positif supaya dapat membentuk sebuah komuniti yang harmoni dan bertanggungjawab.
“Berbaiklah dengan yang lain dan berilah komen dan kata-kata yang positif amanya bagi kaum hawa. Jadilah wanita yang mulia tinggi sifat sopan dan santunya, usah terlalu mudah menghukum di laman sosial sehingga memberi kesan buruk kepada orang sekeliling.
“Elakkan dari menghujah kata-kata kesat, negatif, memaki-hamun juga mencaci. Kita tidak mungkin bisa menjadi sempurna, namun cubalah jadi yang lebih baik.
Ads
“Sesungguhnya, memberi kebaikan kepada orang lain merupakan sebuah amalan yang mulia dan harus dipraktikkan dalam kehidupan harian kita,” tegas Ernie mengenai isu ini.
Oleh itu, ayuh kita jadikan platform laman sosial sebagai sebuah tempat yang bisa menyebarkan nilai-nilai murni dan positif yang bukan menjauhkan kita semua, malah lebih mendekatkan diri kita sebagai hamba-Nya.
Semoga penulisan artikel ini memberi pengajaran kepada diri kita untuk sentiasa bijak menggunakan laman sosial pada hari ini!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Baru-baru ini berlangsungnya acara gilang gemilang anugerah Grammy yang ke 65 di Arena Crypto.com di Los Angeles, California menyaksikan ramai penghibur bertaraf superstar dunia hadir meraikan industri muzik pada malam penuh berprestij itu. Turut memeriahkan dan tercalon ialah penyanyi popular dan berbakat besar Taylor Swift yang hadir dengan persalinan anggun 2 piece berwarna midnight blue hasil rekaan Roberto Cavalli.
Selain dari keanggunan Taylor Swift, turut mendapat perhatian adalah tindakannya sepanjang malam anugerah tersebut. Menerusi pelbagai sumber yang hadir menyaksikan anugerah tersebut secara LIVE, ramai dari mereka teruja dengan sikap Taylor yang sentiasa menjadi orang pertama yang berdiri dan memberikan tepukan setiap kali nama pemenang diumumkan.
Malahan, reputasi professional tersebut tersebut sememangnya sudah sebati dalam diri Taylor sejak dulu lagi. Malah, Taylor tidak langsung segan untuk bangun dan memberikan tepukan meskipun penonton-penonton lain tidak berbuat demikian. Padanlah Taylor Swift menjadi kesayangan peminat-peminatnya.
“Satu perkara yang paling saya kagumi tentang Taylor ialah betapa dia menyokong semua orang. Pada malam anugerah tersebut dia sangat selesa menjadi satu-satunya orang yang memberi tepukan gemuruh dan menari.”
Tindakan Taylor Swift ini turut menjadi bahan bualan di Twitter yang menyanjungi sikap Taylor yang dari dahulu sangat menyokong karier pemain-pemain kreatif dan karyawan muzik di sana. Semoga “class-act” Taylor ini menjadi ikutan buat semua terutama sekali di dalam industri seni tempatan. Janganlah bila ada orang menang buat-buat sibuk tengok handphone saja.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketika semua penduduk dunia mengalami fasa ekonomi tidak menentu akibat penularan pandemik COVID-19, ramai yang hilang pekerjaan dan cuba mencari alternatif demi kelangsungan hidup. Apabila sukar mencari kerja, berniaga secara kecil-kecilan adalah alternatif untuk mencari rezeki halal.
Kegigihan seorang penjual nasi lemak yang tidak mempunyai kedua-dua belah tangan mencari rezeki telah menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia termasuk selebriti terkenal, Anzalna Nasir. Pelakon cantik ini kagum melihat usaha lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Nor Abdullah itu yang tidak ‘meminta-minta’.
“Tolong kira jap berapa nasi lemak atas meja tu. I want to buy all sebab nak tolong abang ni. Respect! walaupun OKU but still rajin mencari rezeki. Please help me to past this message to him dan tolong bagi number dia kalau ada yang kenal. Thank you,” tulis wanita yang mempunyai darah kacukan Cina-Punjabi ini.
Mulia sungguh hati ibu kepada Mohamad Eidrees Mohd Hanif sehingga ramai yang terkesan temasuk selebriti Sherry AlHadad, Adelien Tsen dan kakaknya, Diana Nasir serta mahu turut sama membantu lelaki tersebut. Mungkin kerana Anzalna sendiri pernah bercerita tentang kejayaan yang dikecapnya ini adalah hasil usaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan keluarga.
“Ala you berdua boleh lah sebab anak orang kaya,”. Tidak sebenarnya sebab kami berdua bekerja keras dan berusaha untuk mencapai apa yang diperoleh sekarang. Kami berdua ada bisnes sendiri and we don’t depend on our own family. We know our family can support us but for me, lagi bagus dan lagi bangga bila apa yang dikecap kini adalah hasil titik peluh sendiri,” bicara Anzalna.
Hanif yang setia di sisi Anzalna pula menambah, “Saya sebenarnya bukan lah anak orang kaya sangat, anak orang biasa-biasa saja. Kalau saya anak orang kaya, saya tak perlu bekerja pun. Memang betul we both start from zero, from nothing. Kerjaya kami tak ada kena mengena dengan famili. Famili kami hanya support, apa yang kami berdua nak, until where we got today.
Dan saya percaya lagi satu yang paling penting, semua orang kena fokus dekat strength atau kekuatan masing-masing. Setiap orang ada kekuatan dan kelebihan masing-masing jadi fokus pada kekuatan itu. Jangan fokus weakness atau kelemahan, insyallah kejayaan akan menyusuli,” tutur Hanif Zaki yang bekerja sebagai Pengurus di DRB-Hicom.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memulakan dalam perniagaan di usia 20an merupakan cabaran buat Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman. Terkenal dengan sikap suka berjenaka Dato’ Seri Aliff sebenarnya begitu komited dalam menguruskan kewangan sehingga bergelar Jutawan Kosmetik.
Lebih sedekad mengusahakan pasaran kosmetik tempatan, sudah cukup membuktikan produk keluaran syarikat Dato’ Seri Aliff ini berkualiti dan diterima masyarakat. Isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sendiri memuji suaminya bijak menguruskan kewangan.
“Saya juga beruntung sebab mempunyai suami yang tahu cara menyimpan duit. Saya pun banyak belajar menyimpan duit dengan Dato’. Caranya; Dato’ akan sediakan tiga jenis akaun atau tabung. Masa mula-mula bisnes dulu, beliau akan ada tiga jenis akaun, untuk pusingan modal, belanja dan simpanan.
Tabung simpanan ini walau apa jadi sekalipun tak boleh digunakan. Bagaimana pula dengan pembahagian simpanan? Apa yang saya lihat suami akan simpan keuntungan jualan lebih banyak di tabung simpanan berbanding duit untuk belanja,” kata Datin Seri Nur Shahida.
Bertanya tentang rahsia Dato’ Seri Aliff dan Datin Seri Shahida kekal relevan dalam perniagaan, jawab mereka, “Sebenarnya ramai peniaga yang tak mahir buat simpanan. Bila dapat duit, mereka mula boros. Bukan tak boleh tapi, kena sentiasa sedar lantaran ekonomi yang tak menentu. Nasihat saya berbelanja ikut kemampuan.
Kita kena pandai mengatur perniagaan kerana dalam perniagaan online setiap produk akan ada tamat tempoh, paling lama setahun. Jadi kita kena ada perniagaan offline juga, walaupun perniagaan offline nampak macam tak membantu.
Kami juga kekal mungkin sebab produk sudah wujud sebelum musim perniagaan online lagi. Jadi jenama D’herbs Healthy Sdn. Bhd. sudah kukuh. Mungkin kalau saya muncul pada zaman online, saya tak tahu bagaimana,” tutur pasangan ini sambil tersenyum.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi kaum hawa, fasa putus haid (menopause) adalah satu fasa yang bakal mengubah kehidupan seorang wanita 360 darjah, selain fasa bergelar seorang ibu.Ini demikian...