Anak yang mudah marah atau merengek adakalanya boleh menguji tahap kesabaran ibu bapa. Secara tidak sedar ramai ibu bapa yang kerap melakukan kesilapan dengan sengaja membiarkan, memarahi, menghukum malah ada yang sanggup memukulnya semata-mata mahu si anak diam.

Kemarahan seorang anak kecil berbeza puncanya berbanding kemarahan orang dewasa. Sebagai ibu bapa jadilah penyejuk hati anak-anak yang sedang marah sehingga mereka faham kesalahan sendiri dan belajar cara yang betul untuk mengatasi emosi.

Ads

6 cara berikut boleh dijadikan panduan untuk meredakan emosi anak-anak yang sedang marah.

PELUKAN

Adakalanya kurang kasih sayang atau perhatian daripada ibu bapa menjadi punca anak memberontak. Semakin anak-anak membesar interaksi antara anak dan ibu bapa semakin berkurang.

Anak-anak merasa seperti tidak disayangi lagi oleh ibu bapa. Pelukan dan belaian kasih sayang ibu bapa amat diharapkan saat ini. Biasakan memeluk atau mencium anak-anak sebelum ke tempat kerja atau saat mereka sakit.

PRIHATIN PERASAAN ANAK

Seorang anak memiliki keinginan yang kuat untuk melakukan sesuatu namun seringkali kemampuannya tidak sekuat keinginan. Si anak akan kecewa lalu diluahkan melalui kemarahan. Fahamilah perasaan dan kebiasaan si anak seperti kesukaannya, apa yang dia tidak suka buat, waktu tidur dan sebagainya.

Jika anda cuba perkenalkan perkara baru kepadanya usah terlalu memaksa. Tawarkan untuk memilih atau lakukan secara perlahan-lahan agar dia terbiasa dan menyukainya.

Usah Cepat Melenting Kalau ANAK Buat Perangai, Lakukan 6 Pendekatan Ini Untuk Pujuk Si Kecil!

MENJADI CONTOH YANG BAIK

Ads

Ibu bapa harus menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak seperti cara yang betul untuk mengatasi emosi. Ibu bapa yang sering marah-marah atau tidak mampu mengawal emosi akan mudah mempengaruhi sikap anak-anak. Jika anda mula hendak merasa marah berusahalah untuk tidak menunjukkannya di hadapan anak-anak.

KOMUNIKASI

Kadang-kadang apa yang cuba diperkatakan oleh anak kepada ibu bapanya tidak sampai sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati pada si anak. Tanda protes ditunjukkan dengan cara marah, merengek, merosakkan sesuatu dan sebagainya.

Sentiasa luaskan komunikasi bersama anak. Anggap anak-anak sebagai sahabat. Apabila ia menjadi kebiasaan, anak-anak dapat mengetahui cara yang tepat untuk menyampaikan sesuatu.

Ads

Usah Cepat Melenting Kalau ANAK Buat Perangai, Lakukan 6 Pendekatan Ini Untuk Pujuk Si Kecil!

SENTIASA TENANG

Jika anak meragam atau marah-marah di tempat umum, ibu bapa haruslah dalam keadaan tenang dan tidak mudah melenting. Jangan marah atau memukulnya di khalayak ramai. Bawa anak ke tempat yang lebih sunyi agar dapat meredakan kembali emosinya.

ALASAN YANG LOGIK

Anak kecil umumnya belum memiliki keberanian untuk berdebat dengan ibu bapa. Mereka ingin sekali melakukan sesuatu tetapi ibu bapa sering melarangnya. Kata-kata seperti ‘Jangan’, Tidak boleh’ dan seumpamanya sering membuatkan anak merasa tidak dipercayai atau terbatas pergerakannya.

Sebagai ibu bapa ‘wajib’ memberi alasan yang logik kepada anak mengapa anda melarang seperti boleh membahayakan dirinya. Jelaskan risiko-risiko jika dia masih berdegil untuk melakukannya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI