Selesa membahasakan dirinya sebagai Kak Migha, isteri kepada El Azman ini disifatkan seorang wanita yang tak boleh duduk diam. Ada saja benda yang mahu dibuat usahawan ini sejak masih bergelar penuntut universiti suatu ketika dulu. Enggan melihat generasi muda hari ini terbuai dengan keseronokan dunia perniagaan tanpa mendalami selok-belok bidang berkenaan… Nur Amirah Maulat Abdullah terpanggil untuk berkongsi rahsia.

“Kena ingat, bukan semua rezeki dia dalam business, setengah orang usaha sikit hasil kebabom, setengah orang usaha banyak tapi tak ada hasil. Sebab semuanya dari Allah. Jadi kalau boleh, nak berbisnes biarlah kena dengan cara. Kalau sambil study, buat part time pandai bahagi masa. Dapat duit lebih simpan jangan joli.

Usah Ghairah BERNIAGA ONLINE Sampai Lupa Pelajaran, Pesan Usahawan NUR AMIRAH Kepada Generasi Muda!

Usah Ghairah BERNIAGA ONLINE Sampai Lupa Pelajaran, Pesan Usahawan NUR AMIRAH Kepada Generasi Muda!

Tak tahu nak habaq lagu mana, tapi ilmu tu penting, Kak Migha start business masa umur 23 tahun habis study. Kerja juga office. Sambil kerja sambil business online. Sampai satu tahap income masuk sehari ribu-ribu baru berhenti kerja. Bukan sehari masuk 5 order terus berhenti. Buat apa pun fikir dengan waras,” tegasnya yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kewangan dari Universiti Teknologi Mara.

Nur Amirah yang kini mengusahakan perniagaan kosmetik Kayra Health Beauty selain meluaskan perniagaan jubah lelaki dan wanita di bawah jenama Elrah Exclusive Bersama-sama suami tercinta yang juga seorang usahawan.

Usah Ghairah BERNIAGA ONLINE Sampai Lupa Pelajaran, Pesan Usahawan NUR AMIRAH Kepada Generasi Muda!

Usah Ghairah BERNIAGA ONLINE Sampai Lupa Pelajaran, Pesan Usahawan NUR AMIRAH Kepada Generasi Muda! “Alhamdulillah rezeki Kak Migha suami isteri dalam bidang ni. Kami struggle untuk sampai tahap ni macam-macam kena berkorban. Orang nampak yang indah tapi yang susah kami sembunyi. Apa pun, ingat, segalanya dari Allah. Sentiasa ingat Allah, sujud pada Allah.”

Tambah Nur Amirah yang berasal dari Alor Setar, Kedah ini lagi, “Kalau ada rezeki lebih kena selalu beringat untuk bagi pada parents / family dan pada yang memerlukan. Rezeki yang kita dapat bukan semuanya milik kita. Lagi banyak memberi inshaAllah lagi banyak Allah gandakan rezeki kita. Jangan makin banyak rezeki makin kedekut sudah.”

Ads

Hasil perkongsian hidup bersama El Azman, pasangan suami isteri ini dikurniakan dua orang anak iaitu Azkayra Malaiqa berusia 2 tahun dan Asytar Malik 9 bulan.

 

Kredit: Instagram Nur Amirah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI