Reka Teemor sudah 16 tahun dalam industri perkahwinan dan kami percaya ini adalah dugaan terhebat untuk semua industri. Cabaran ini mengajar kami agar sentiasa bersedia dengan ‘short term and long term plan’ agar terus relevan dalam industri – Faiz & Mumtaz, Reka Teemor
Masuk hari PKP ke-18, pasangan merpati dua sejoli ini dilihat banyak memanfaatkan waktu untuk menambah pengetahuan. Jika sebelum ini masa mereka terikat dengan pekerjaan, tapi akhirnya dapat juga bersenang-lenang menimba ilmu, menajamkan skil, membuat product research, fine tune
rekaan, mengemas kini serta membaik pulih prop di gudang.“Betul. Inilah masanya untuk berjimat dan sentiasa berfikiran positif. Bagi saya, ramai perlu bekerja lebih keras dari rumah mereka untuk menghadapi saingan sengit selepas berakhirnya krisis COVID-19 ini.
Kami sendiri terkesan apabila 6 clients merombak tarikh dan tempat resepsi mereka. Ia secara langsung memberi ancaman hebat kepada cash flow syarikat dan ada yang berebut tarikh serta ballroom idaman mereka.
Kami jangkakan workload selepas wabak berakhir pasti akan bertimpa-timpa. Jadi persediaan rapi perlu dibuat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan Reka Teemor. Buat masa sekarang, dua acara perkahwinan besar telah ditunda kerana PKP,” akur Mumtaz.
JANGAN BERSEDIH
Pesanan terbaik Reka Teemor buat semua bakal pengantin, “Jangan bersedih kerana anda ada masa ekstra untuk fine tune dream wedding
anda. Bukankah itu lebih baik? Keputusan untuk menukar tarikh itu dapat mengawal jangkitan dan mengurangkan beban petugas perubatan kita.”Menyentuh soal sumbangan prihatin yang telah dilakukan, “Kami sentiasa bekerjasama dengan ketua kampung di kawasan tempat tinggal kami untuk mengedarkan mask percuma dan mendermakan barang dapur setiap minggu kepada mereka yang memerlukan. Khidmat masyarakat ini kami lakukan dari semasa ke semasa untuk menjaga keberkatan syarikat kecil kami, insyaAllah… Aamin,” ujar Faiz dan Mumtaz.
Ucapan atau kata-kata semangat buat seluruh rakyat Malaysia dan kepada wira-wira barisan depan kita… “Percayalah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita perlu melatih minda kita supaya sentiasa open minded dengan menyediakan perancangan yang fleksibel untuk kehidupan kita.
Buat semua frontliners, anda adalah hero kami dan kami sentiasa menyokong setiap bakti yang disumbangkan. Pengorbanan petugas perubatan ini mestilah kita hargai dengan mematuhi arahan pihak berkuasa. Masa inilah rakyat Malaysia perlu meluangkan masa dengan keluarga dan menjadi cikgu kepada anak-anak mereka.
Peringatan akhir, jika ada yang masih menaruh hati untuk berkahwin dalam waktu terdekat ini…. Tolonglah jangan keras kepala atau bersikap mementingkan diri sendiri. Ini adalah musibah negara. Jika kita tidak dibenarkan ke masjid untuk solat jumaat apatah lagi untuk berkahwin,” akhiri perancang perkahwinan hebat itu.
This website uses cookies.