Dunia ini bersifat sementara, tiada yang kekal. Sentiasa ingat, yang datang akan pergi, yang pasang akan surut, yang terbit akan tenggelam, yang naik akan turun, yang ada akan menghilang kecuali yang tercatat di buku akhirat. Semua ada pengakhirannya dan kita sebagai umatnya harus sentiasa redha dan bertawakal.
Ads
Marilah kita sama-sama berdoa… Ya Allah, Wahai Tuhan Kami. Jauhilah kami daripada wabak yang datang ini dan peliharalah kami daripada segala kejahatan yang merosakkan serta selamatkanlah kami daripada segala fitnah dan penyakit serta segala bala yang datang, dengan kelembutan-Mu Ya Allah, Tuhan Yang Maha Berlemah Lembut, Wahai Tuhan Yang Maha Halus Pengetahuan-Nya, Engkau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Alam Semesta… Aamin.
Jika kita sekarang berada dalam keadaan kekurangan, penderitaan, kesedihan dan menderita penyakit yang tidak kunjung sembuh, maka ingatlah diri kita dengan kenikmatan syurga yang kekal abadi. Kita harus dengan jalan ini dan mengamalkannya, insyaAllah kita mampu mengubah setiap kerugian menjadi keuntungan dan setiap bencana menjadi nikmat.
Manusia yang berakal dan mempunyai iman yang tinggi meyakinkan diri bahawa akhirat itu adalah lebih baik dan kekal abadi. Sebaliknya, manusia yang paling bodoh di dunia adalah mereka yang memandang dunia ini sebagai tempat kekal selamanya dan ingin mencapai semua harapan mereka hanya di dunia.
Pesan Sis Kiah, “Bukalah tabir kesedihan yang menutupi hati dan membuka kebodohan yang menutupi mata mereka, pasti anda akan berbicara pada diri sendiri tentang adanya tempat tinggal yang kekal abadi iaitu akhirat.
Selalu fikir jalan untuk membawa kita ke syurga kerana di sana terdapat semua hal yang tidak pernah dilihat, terdengar oleh telinga dan terdetik dalam hati manusia. Di sanalah kita akan merasa kesenangan yang sempurna, kegembiraan yang agung dan wujudnya segala harapan.
Ads
Apabila fikiran kita tercurah pada kebahagian akhirat, nescaya segala musibah akan terasa ringan dipikul, air mata akan menjadi beku dan hati akan selalu bahagia,” perkongsian Sis Kiah yang selalu menghabiskan masa lapangnya dengan membaca buku keagamaan dan ilmiah.
Ads
Dalam keadaan dunia terancam dengan serangan virus COVID-19, janganlah kita terlalu berduka apabila dihempas bencana. Sesungguhnya bukan anda seorang yang ditimpa kesedihan atau kesakitan ini, mungkin penderitaan yang anda lalui itu tidaklah seberapa mana berbanding dengan mereka yang terdesak dalam kesakitan dan menahan penderitaan.
Kita perlulah mempersiapkan diri dengan rasa keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Buka mata dan bandingkan penderitaan anda dengan penderitaan orang-orang yang berada di sekeliling, supaya kita sedar kita harus bersyukur dengan keadaan kita yang mungkin lebih baik dibandingkan mereka.
Maka panjatkan segala pujian hanya kepada Allah di atas semua kebaikan-Nya, bersyukurlah kepada-Nya, bersabar di atas semua yang diambil-Nya dan muhasabahlah terhadap diri sendiri di atas segala kelemahan, dosa dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Ambil kesulitan mereka lain sebagai satu iktibar untuk memperbaiki kehidupan anda. Jangan terus bersedih.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walau sudah lebih dua dekad bergelar anak seni namun aura dan pesona penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza masih kekal unggul. Terbaru, anak seni kelahiran Kuala Lipis ini mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama memiliki 7 juta pengikut di Instagram miliknya @ctdk sejak semalam. Luar biasa penangan ibu Siti Aafiyah!
Tidak menyangka populariti dirinya masih diterima peminat hingga ke hari ini, isteri Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini bagaimana pun bersyukur menerima khabar gembira tersebut. Ujar Datuk Seri Siti, “Alhamdulillah, terima kasih ‘followers’ kesayangan saya. Saya gembira mendapat tahu perkara ini. Ia bermakna peminat sayangkan saya dan sentiasa mahu mengambil tahu perkembangan diri.
Akaun Instagram @ctdk seperti ‘one stop centre’ untuk saya memuat naik berita mengenai kerjaya seni, perniagaan, kehidupan peribadi dan keluarga serta hobi saya. Saya juga mahu menjadikan Instagram ini sebagai sesuatu yang memberi manfaat kepada pengikut.”
Dikurniakan rupa paras cantik dan bakat yang besar dalam industri muzik, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin cukup bertuah kerana dikurniakan pakej lengkap sebagai seorang penghibur. Malah, personalitinya yang ramah dan penuh kelembutan terus menarik minat ramai hingga ke hari ini.
Menghampiri Datuk Seri Siti dengan jumlah pengikut seramai 6,876,532 orang ialah pelawak terkenal tanah air, Zizan Razak. Sementara usahawan, pengacara dan pelakon cantik, Noor Neelofa Mohd Noor mengekori rapat dengan 6,842,346 orang pengikut.
Antara selebriti lain yang turut memiliki pengikut yang ramai di laman Instagram termasuk Nora Danish, Mira Filzah, Janna Nick, Hanis Zalikha, Scha Alyahya dan Amyra Rosli.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walau pergerakan terbatas sempena Ramadan ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak Covid-19 tetapi selebriti cantik, Noor Neelofa Mohd Noor tetap kreatif mencari peluang untuk terus menyampaikan ilmu! Selain mengendalikan program Berseorangan Bersama di platform Instagramnya, kali ini Neelofa tampil dengan idea baru.
Dengan matlamat mahu berkongsi perkara ilmiah dalam bulan penuh keberkatan ini, Neelofa teruja mewujudkan sebuah medium perkongsian di aplikasi Telegram. Mula dilancarkan pada minggu lalu, saluran yang diuruskan sendiri oleh Neelofa ini menjadi medan pengantara untuk berkongsi ilmu berkaitan solat, agama dan motivasi.
Antara perkongsian yang rancak dilakukan usahawan Naelofar ini termasuk cara memahami dan mengingati bacaan serta maksud dalam solat, doa-doa harian serta pelbagai pengetahuan lain seperti ayat Al-Quran juga video ceramah agama.
Jelas pelakon dan pengacara popular ini lagi, tujuan saluran Telegram tersebut diwujudkan kerana suasana sambutan bulan Ramadan yang berbeza dan sangat istimewa pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Ujar Neelofa, “Tahun ini, kita menyambut Ramadan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kebanyakan daripada kita tidak dibenarkan untuk keluar daripada kediaman masing-masing. Justeru, kita manfaatkan masa yang ada dengan perkara berfaedah.
Jika dahulu kita tidak sempat, sekarang alhamdulillah dan ini antara keindahan Ramadan pada kali ini. Ramai yang bertanya kepada saya selama ini, apakah doa yang saya amalkan sehari-hari dan surah apakah yang menjadi kegemaran. Saya cuba berkongsi di Instagram Stories tetapi disebabkan limitasi durasi, perkongsian menjadi terbatas. Kalau terlalu banyak yang dikongsi, takut orang jemu dan tak baca (skip).
Jadi dengan saluran Telegram tersebut, saya lebih bebas untuk berkongsi apa sahaja yang bermanfaat, asalkan tidak menyimpang. Saya harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan pada keadaan sukar seperti sekarang.”
Sehingga kini, Telegram yang disifatkan Neelofa sebagai ruang untuk berkongsi ilmu berjaya menghimpunkan lebih 71 ribu orang.
Sementara itu, berdasarkan hasil maklum balas bersama pengikut saluran berkenaan mendapati rata-rata mereka menyambut baik inisiatif Neelofa. Salah seorang daripada mereka berkata, “Saya rasakan saluran ini sangat bagus kerana ramai dapat mengikuti apa yang Neelofa lakukan setiap hari dan dapat menambah ilmu yang kadang-kadang kita sendiri terlepas pandang.”
Tidak kurang juga yang mengambil peluang ini untuk lebih mengenali selebriti kesayangan ramai tersebut. “Saya rasa sangat bertuah kerana menjadi yang pertama menerima kemas kini daripada beliau. Saya rasa inisiatif ini sangat bagus kerana tiada artis lain yang mengelolakan saluran Telegram seperti ini.”
Saluran Telegram boleh diakses secara percuma dengan mencari kata kunci Neelofa di ruangan carian.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuala Lumpur dulu dan sekarang, amat jauh bezanya.
Penghuni Kuala Lumpur tentu teruja dengan suasana malam di sekitar Sungai Klang, sejak lokasi di tengah ibu kota ini disiram cahaya berwarna biru dengan iringan muzik dan pancutan air.
Dalam lawatan Nona di kawasan pertembungan dua sungai utama di Kuala Lumpur tersebut, atmosfera yang dihiasi kolam biru bersimfoni, iaitu pembinaan air pancut berlatarbelakangkan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad berserta sinaran lampu LED dan alunan muzik terasa cukup menakjubkan.
Projek ini adalah tarikan baharu di kawasan pertembungan Sungai Gombak dan Sungai Klang menerusi Projek Kolam Biru yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Kolam Biru adalah pelengkap kepada Projek Sungai Nadi Kehidupan (River of Life atau RoL) iaitu pengindahan sungai di kawasan Presint 7, yang dikelilingi monumen bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Pasar Seni.
Menerusi Projek Kolam Biru, pancaran lampu berwarna biru dipasang pada tebing Sungai Klang manakala pancuran air pula seolah-olah keluar daripada lampu terbabit.
Sebanyak 2056 lampu LED dipasang di sepanjang 263 meter Sungai Gombak serta 245 meter Sungai Klang yang terbabit dalam perlaksanaan Projek Kolam Biru itu.
Manakala sebanyak 1,047 nozel yang mampu memancutkan air sehingga 15 meter serta 1,551 nozel kabus turut diletakkan di sepanjang tebing sungai berkenaan menggunakan tiga sumber air.
So sempena cuti panjang ni, warga kota yang tak ke mana-mana mungkin boleh singgah ke lokasi ini untuk menikmati pemandangan menarik.
Bangga jadi anak Malaysia. Selamat Hari Kemerdekaan Ke-60, Nonarians!Norzalina Mohd Alias
Kredit: Foto EKOVEST
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...