Usah Mengeluh Andai Diduga Ketika PKP Ini, Ini 11 Rahsia Magnet Menjemput Rezeki

Dalam setiap doa usai solat fardu, pasti tidak pernah tertinggal ucapan agar dimurahkan rezeki. Namun, ketidaktentuan bila berakhirnya pandemik COVID-19 yang sedang melanda tanah air tercinta ini menyebabkan ada yang menganggap pintu rezeki mereka telah tertutup. Dalam tafsir al-Quran al-Sya’rawi, rezeki ialah apa yang memberi manfaat bagi kita.

Menerusi firman Allah SWT bermaksud: “Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jugalah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat yang berkenaan)

.” (Surah Hud: ayat 6).

Dengan keyakinan semua rezeki ditetapkan Allah SWT, ia boleh menyelamatkan kita daripada kebimbangan. Sebenarnya terdapat rahsia yang tersembunyi dalam perbuatan kita untuk menarik rezeki.

Foto: Facebook Masjid Negara

Rupa-rupanya mudah saja amalan untuk menjemput rezeki ini.

Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing yang datang.

 Sisihkan sedikit dari hasil gaji atau upah untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.

√ Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.

√ Letakkanlah di dalam bilik sebuah kotak. Setiap kali merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.

√ Jika hadir dalam suatu majlis (keluarga atau sahabat), beli 1 atau 2 kota air mineral, niatkan untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukannya (seperti orang tua, orang sakit, anak-anak dan lain-lain).

√ Jika membeli barang dari peniaga kecil kemudian apabila peniaga itu ingin mengembalikan wang, berikan wang baki itu untuknya (disedekahkan atau dihadiahkan).

√ Belilah Mushaf (Al-Quran), letakkan di salah satu masjid. bayangkan berapa pahala yang akan diperoleh dari setiap huruf daripada mereka yang membacanya.

√ Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doa yang tulus.

√ Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk dan berbicaralah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.

Gambar hiasan.

√ Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah memmafkan setiap orang yang telah berbuat jahat daripada menghina, meyebarkan fitnah dan menzalimimu.

√ Set pada telefon bimbit, tanda peringatan pada waktu-waktu tertentu untuk membaca surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas yang dihadiahkan kepada kedua ibu bapa, baik yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

Share
Published by
Hamizatul Maizan