Siapa yang tidak mahu bergelar graduan serta meraih pencapaian tertinggi dalam akademik. Bukan ibu bapa saja yang turut merasa bangga bahkan ia menjadi laluan kepada kejayaan pada masa depan yang lebih baik.
Tidak kurang juga ada yang tidak berpeluang untuk menggenggam segulung Ijazah, Sarjana mahupun PhD namun mampu mencipta kejayaan dengan cara yang berbeza berdasarkan potensi diri. Contohnya pakar dalam bidang perniagaan hingga ada yang bergelar jutawan. Hebat!
Apa yang penting jangan berhenti menggali ilmu untuk berjaya dalam kehidupan. Kejayaan itu bukan hanya buat diri sendiri bahkan untuk membantu golongan yang memerlukan. Jadikan perjalanan hidup kita sebagai motivasi dan pembakar semagat buat orang lain. Jangan pernah berputus asa dengan nasib diri.
Bagaimana cara untuk berjaya walau tidak berkelulusan tinggi?
CARI POTENSI DIRI
Setiap orang pasti ada potensi diri masing-masing. Orang yang berjaya sedar potensi diri dan berani mencarinya. Bakat atau kemahiran antara potensi diri yang boleh menjadikan anda seorang yang hebat. Pengetahuan yang minimum bukan alasan untuk tidak mendapat pengetahuan.
CARI PENGALAMAN SEBANYAK MUNGKIN
Berusaha untuk memanfaatkan seluruh waktu yang ada untuk mendapatkan pengalaman kerja sebanyak mungkin. Ia dilakukan supaya dapat menambahkan portfolio yang baik dan cemerlang. Usah terlalu memilih kerja kerana pengalaman kerja yang banyak akan mengembangkan lagi kerjaya anda.
KERJA KERAS DAN PANTANG MENYERAH
Untuk berjaya perlu gigih dan pantang menyerah kalah walau di saat kejatuhan. Mereka yang berjaya lahir daripada hasil kerja keras. Faktor kejayaan sebenar adalah bergantung kepada prestasi anda serta semangat untuk bekerja.
BIJAK CARI PELUANG
Banyak peluang sekarang ini yang tidak mengharuskan seseorang memiliki kelulusan yang tinggi. Contohnya menjadi blogger, pereka, online business
dan sebagainya yang berpotensi untuk berjaya. Pendidikan yang tinggi kadangkala tidak menjamin seseorang menjadi kreatif dalam perniagaan.BERSAING
Kehidupan yang kian mencabar hari ini menjadikan orang-orang berjaya ini perlu bersaing contohnya mencipta inovasi baru, kreatif serta menjadi yang terunggul untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik. AMY MOHD
This website uses cookies.