Ads
Home Berita Usah Sesuka Hati BAWA ANAK Ke PEJABAT, Fikirkan 5 Perkara Ini Terlebih...

Usah Sesuka Hati BAWA ANAK Ke PEJABAT, Fikirkan 5 Perkara Ini Terlebih Dahulu!

Ads

Sesetengah kaum ibu sering membawa anak ke tempat kerja bahkan ada juga setiap hari semata-mata mahu melihat anak ada di depan mata. Namun persoalannya, adakah membawa anak ke tempat kerja sesuatu yang baik?

Ads

Sekali-sekala boleh saja membawa anak ke tempat kerja untuk berkongsi dengannya bagaimana suasana ibunya bekerja. Tetapi tidak setiap hari. Fikirkan tentang karier dan perkembangan anak.

Jika terpaksa seperti tiada pengasuh yang dapat menjaganya, hantarkan kepada ahli keluarga atau pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar. Itu yang terbaik. Fikirkan dahulu tentang 5 perkara ini sebelum membuat keputusan.

  • GANGGUAN TERHADAP RAKAN SEKERJA

Adakah anda yakin anak tidak akan mengganggu anda mahupun rakan sekerja? Anak-anak memang sukar dilarang mahupun diramal emosinya. Mungkin mereka akan berlari ke sana sini, menjerit-jerit bahkan menangis sekaligus boleh mengganggu rakan sekerja. Jika ini terjadi kemungkinan besar ianya akan menggangu persekitaran kerja.

  • GANGGUAN TERHADAP DEADLINE TUGASAN

Di kala tugasan sedang menimbun dan sedang mengejar deadline pastinya komitmen serta disiplin sangat diperlukan untuk menyiapkannya. Ingat, pejabat bukan rumah di mana anda masih boleh bersantai-santai sambil menjaga anak. Jika anak anda tiba-tiba terjatuh dan cedera pasti ia akan menjejaskan tumpuan kerja anda. Pasti anda dalam dilema antara kerja dan menguruskan anak.

Ads
  • KESELAMATAN  

Bukan hanya kabel elektrik ada di bawah meja bahkan mesin, bucu meja yang tajam dan sebagainya yang berbahaya untuk anak yang masih kecil. Jika anak hendak tidur anda harus menyediakan ruang yang selesa dan selamat buat anak. Adakah anda masih beranggapan membawa anak ke tempat kerja itu baik?

Ads
  • MUNGKIN MENYUSAHKAN ORANG LAIN

Jika tiba-tiba ketua memanggil anda dan mengarahkan untuk bertemu klien, mahu atau tidak anda harus meminta tolong rakan sekerja untuk menjaga anak buat sementara. Adakah ia tidak menyusahkan rakan anda yang turut mempunyai banyak tugasan yang perlu diselesaikan?

  • PERSEKITARAN KERJA YANG TIDAK SESUAI

Usia bawah 6 tahun seharusnya waktu untuk anak bermain bersama rakan sebaya. Membawa anak ke tempat kerja boleh menjadikan anak matang sebelum usianya. Ini kerana anak cepat belajar daripada pemerhatian atau perilaku orang-orang di sekelilingnya termasuklah cara anda bergaul dengan rakan di tempat kerja yang boleh mempengaruhi perkembangannya. AMY MOHD

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI