El Ocho Mexican Eatery bersama MN Coffee dengan bangga mengumumkan perasmian restoran dan kafe baru mereka yang terletak di No 35, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, Melaka.

Ads

Lokasi strategik di tengah Bandaraya Melaka, restoran dan kafe ini bakal menjadi antara tarikan gastronomi terkini untuk pelancong dari dalam dan luar negara untuk menikmati hidangan Mexico serta gabungan kopi yang sememangnya sukar untuk dilepaskan.

Usaha Buahkan Hasil, ARIENI ADRIENA Teruja El Ocho Mexican Eatery Buka Cawangan Kedua Di Melaka!

Usaha Buahkan Hasil, ARIENI ADRIENA Teruja El Ocho Mexican Eatery Buka Cawangan Kedua Di Melaka!
ARIENI ADRIENA, Pengasas Gula Cakery

Menurut CEO dan pengasas Gula Cakery Group, Puan Arieni Ritzal, El Ocho Mexican Eatery menawarkan menu yang kaya dengan pelbagai pilihan, termasuk tacos enchiladas, dan quesadillas, yang semua disiapkan menggunakan bahan-bahan segar dan rempah asli.

Gabungan ini juga mempromosikan inklusiviti budaya, memungkinkan orang Malaysia dari berbagai latar belakang untuk menikmati masakan Mexico dengan lebih selesa, kerana  El Ocho Mexican Eatery merupakan kafe milik penuh Bumiputera dan halal.

Usaha Buahkan Hasil, ARIENI ADRIENA Teruja El Ocho Mexican Eatery Buka Cawangan Kedua Di Melaka!

Usaha Buahkan Hasil, ARIENI ADRIENA Teruja El Ocho Mexican Eatery Buka Cawangan Kedua Di Melaka!

Antara menu yang menjadi pilihan para pelanggan di El Ocho Mexican Eatery termasuklah Pulled Beef Tacos,  satu hidangan Mexico yang menawarkan kombinasi tekstur lembut daging yang telah dimasak perlahan dan kekayaan rasa yang luar biasa.

Ads

Hidangan ini bukan hanya menarik dari segi rasa tetapi juga mudah disesuaikan dengan pelbagai selera dan bahan tambahan, menjadikannya pilihan popular di El Ocho Mexican Eatery. Selain itu, setiap menu yang terdapat di El Ocho Mexican Eatery telah digabungkan dengan citarasa tempatan untuk memenuhi selera tempatan.

MN Coffee, di sisi lain, akan menyajikan pelbagai pilihan kopi, dari espresso klasik hingga kreasi kopi khas lokal. Kedua-dua tempat ini dirancang dengan suasana yang nyaman dan dekorasi yang menarik, menciptakan ruang yang sempurna untuk makan santai atau bersantai sambil menikmati kopi.

Usaha Buahkan Hasil, ARIENI ADRIENA Teruja El Ocho Mexican Eatery Buka Cawangan Kedua Di Melaka! Usaha Buahkan Hasil, ARIENI ADRIENA Teruja El Ocho Mexican Eatery Buka Cawangan Kedua Di Melaka!

Ads

Tambahnya lagi, El Echo Mexican Eatery ditubuhkan selepas salah seorang cef di Gula Cakery Group mempunyai kemahiran menyediakan hidangan Mexico. Memandangkan dirinya juga amat meminati hidangan Mexico yang kaya dengan kepelbagaian rempah ratus, El Echo Mexican Eatery dibuka  secara rasminya pada 2022 di Setia Alam, Selangor.

Segala menu yang terdapat di El Echo Mexican Eatery dihasilkan melalui proses R&D bersama team Gula Cakery yang berkebolehan dalam pelbagai jenis makanan. Manakala El Ocho pula bermaksud “Nombor 8”yang melambangkan gabungan lapan individu penting di dalam team El Ocho Mexican Eatery.

Untuk orang Melaka yang ingin menikmati keenakan hidangan Mexico yang halal, tidak perlu pergi jauh. El Ocho Mexican Eatery adalah restoran yang wajib dikunjungi.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI