Terpegun tengok kecantikan Dato’ Sri Maziah Musa. Meniti usia 58 tahun, pesona usahawan berjaya yang juga ibu selebriti berbakat besar, Ummi Nazeera ini nyata cukup menawan.
Ads
Setiap kali kelibatnya hadir ke majlis rasmi mahupun menemani anakanda tersayang, penampilan Dato’ Sri Maziah pasti meraih tumpuan khalayak.
Tidak keterlaluan kalau Nona katakan wanita berjiwa cekal ini kelihatan seperti adik-beradik apabila bergambar di samping anak-anak tersayang. Dato’ Sri Maziah turut dilihat menemani anak-anak tersayang ke Kuala Lumpur Fashion Week pada Ogos lepas.
Kemunculan Dato’ Sri Maziah yang tampil dengan gaya elegan ketika menghadiri pertunjukan fesyen pereka ternama Alia Bastamam mendapat perhatian ramai khususnya dalam kalangan peminat Ummi Nazeera.
Memiliki raut wajah lembut, Dato’ Sri Maziah menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Pointray (M) Sdn Bhd.
Sebelum ini, anak perempuannya yang juga aktres popular drama Rindu Kasih mendedahkan ibunya mempunyai perniagaan dalam bidang perkilangan, perabot dan fabrik.
Ads
Menjengah Instagram milik Dato’ Sri Maziah, kredibilitinya sebagai ahli perniagaan mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak. Antaranya merangkul Woman Entrepreneur Excellence, Top 10 Most Enterprising Company dari SME & Entrepreneurship Business Award 2017.
Ads
Dato’ Sri Maziah turut pernah menerima Anugerah Usahawan Wanita Kebangsaan 2014 dan Usahawan Cemerlang Negeri Terengganu 2016.
Selain Ummi Nazeera, Dato’ Sri Maziah juga ibu kepada Nazreem Musa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fasa tumbesaran daripada alam bayi ke alam dewasa banyak mempengaruhi tekstur dan rona hitam putih ke atas kanvas kulit. Masihkah anda ingat wajah yang rata dan licin sebelum mencapai akil baligh, kemudiannya ditimpa masalah berminyak dan berjerawat? Cuba perhatikan rutin corak pemakanan harian, amalan detoks barangkali berhasil untuk mengeluarkan sisa toksin yang terkumpul.
Kebanyakan makanan di sekeliling kita telah dicemari dengan toksik. Bahan-bahan tercemar ini mudah larut dalam darah dan seterusnya diangkut ke seluruh tubuh. Apa kata jika sesekali lakukan detoks untuk ‘mencuci’ sistem penghadaman dengan cara yang sihat? Selepas melakukan ‘cucian’ perut ini, anda dapat merasa perbezaan ketara pada kulit, ia lebih segar dan bercahaya dari dalam.
DETOKS HUJUNG MINGGU
Makan banyak buah-buahan segar sewaktu bersarapan. Pilihlah yang berwarna cerah seperti kiwi, anggur, mangga, betik, pic, beri, strawberi, pir dan epal.
Jamah segenggam kekacang sebagai snek sarapan bersama teh hijau, teh herba atau air suam.
Sediakan semangkuk salad istimewa untuk makan tengah hari dengan campuran bunga kubis, tomato, timun, brokoli, lada hijau, hirisan lobak, avokado, sedikit rempah dan bawang. Tambah perisa dengan minyak zaitun secukupnya, hirisan herba, bawang putih, jus lemon dan cuka.
Waktu snek diisi dengan kuaci, gajus dan biji labu atau pek kecil yogurt tulen sambil menghirup teh hijau atau teh herba.
Buat stim kukus sayur-sayuran segar dan berwarna cerah seperti brokoli, bunga kubis, labu air dan kubis merah dengan herba untuk makan malam.
DETOKS HARIAN
Minum banyak air mineral atau bertapis sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Tambahkan sedikit perisa dengan memerah jus limau nipis atau rendaman hirisan lemon untuk kelainan.
Tukar amalan meminum kopi dengan teh hijau. Ia kaya dengan antioksidan dan boleh ‘mencuci’ usus.
Jus buah-buahan pekat dan segar seperti jus lobak, epal, tembikai, betik dan sebagainya sangat digalakkan tetapi jauhi gula dan ais.
Jauhi minuman beralkohol dan berkarbonat kerana ia tinggi acetaldehyde, yang menyebabkan kulit cepat tua dan tinggi kalori. Minuman keras lain seperti wiski, vodka dan gin pula boleh meninggikan kadar insulin.
Banyakkan makanan berunsur buah-buahan, sayuran hijau, berfiber dan cecair untuk memudahkan proses penyahtoksikan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, ramai risau berat badan akan bertambah. Maklumlah, bila duduk di rumah, asyik fikir nak makan saja. Banyak sangat petua, tips dan nasihat yang kita jumpa untuk turunkan berat badan. Bahkan sebahagian petua yang anda jumpa mungkin terlalu berat dan terlalu sukar untuk di ikuti.
Malah ada sebahagian petua itu terlalu extreme dan tak berasas yang sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan anda. Jangan sampai dah kurus, tetapi mendatangkan penyakit yang lebih teruk. Jom Nona kongsikan 5 petua mudah untuk turunkan berat badan!
1. Makan Sarapan Berprotein Tinggi
Pada waktu dulu, sarapan selalu dikaitkan dengan kenaikan berat badan. Padahal sebenarnya sarapan atau tak sarapan tak memberi kesan terhadap kenaikan berat badan pun. Tapi untuk anda yang nak kurus, kami nasihatkan anda untuk sarapan pagi dengan makanan berprotein tinggi. Jadi, apa makanan yang berprotein tinggi untuk di makan semasa sarapan? Jawapannya adalah telur!
kajian membuktikan bahawa menggantikan sarapan yang berasaskan nasi dan roti kepada telur boleh membantu anda untuk kurangkan kalori dalam 36 jam. Dengan memakan telur ni sebenarnya sangat membantu anda untuk turunkan berat badan dan bakar lemak. Untuk sarapan telur ni, anda boleh makan 2-3 telur rebus dan 1 buah-buahan setiap pagi untuk mendapatkan kesan yang pantas.
2. Minum air mineral setengah jam sebelum makan.
Pernah dengar nasihat bahawa kalau nak kurus kene minum air mineral? Ya, nasihat tu betul. Air adalah salah satu makanan yang tiada kalori, jadi dengan minum air mineral ini sebenarnya dapat meningkatkan metabolisme sebanyak 24-30% dalam tempoh 1-1.5 jam. Air mineral juga dapat membantu anda membakar kalori di dalam badan.
kajian menunjukkan bahawa minum air sebanyak 0.5 liter setengah jam sebelum makan dapat menghilangkan berat badan sebanyak 44% dalam 3 bulan dibandingkan orang yang tidak minum air sebelum makan.
Sedangkan meminum air 0.5 liter sebelum sarapan dapat mengurangkan jumlah kalori yang digunakan semasa makan sebanyak 13%. Jadi, pastikan anda minum terlebih dahulu dalam 30 minit sebelum makan untuk dapat meningkatkan metabolisme badan anda.
3. Makan makanan yang pedas a.k.a Cili Merah
Cili merah mengandungi capsaicin, yang mana dapat meningkatkan metabolism dalam badan anda. Sebab tu kalau anda perasan, bila makan yang pedas-pedas ni membuat anda cepat berpeluh. Bukan itu je, bila makan makanan yang pedas ni, akan dapat mengawal selera untuk makan lebih banyak dan juga boleh melawan penumpuan lemak
Tapi, pastikan anda tidak makan makanan pedas terlalu kerap dan berlebihan, ianya dapat menyebabkan cirit birit dan ulser perut. Jadi, bersederhanalah.
4. Minum Kopi Hitam (tanpa gula)
Kopi hitam sebenarnya baik bagi kesihatan, sebab kopi mengandungi antioksidan dan kafein yang mempunyai banyak manfaat. Kajian menunjukkan bahawa kafein dalam kopi boleh meningkatkan metabolisme sebanyak 3-11% dan meningkatkan pembakaran lemak sehingga 10-29%.
Tidak hanya itu, dari 18 kajian dengan 457,992 peserta, mereka diberikan minuman kopi setiap hari dapat menurunkan sebanyak 7% risiko terkena kencing manis tahap 2. Pastikan anda tak menambah sebarang gula atau bahan berkalori tinggi lainnya, kerana ia tidak akan memberikan manfaat apapun dekat kopi tersebut.
5. Cukupkan Waktu Tidur
Secara normal, manusia memerlukan waktu 8 jam untuk tidur setiap hari. Kalau kurang macam mana? Faktanya, orang yang tidur terlalu singkat dari waktu yang mereka perlukan, cenderung untuk makan lebih besar dan banyak kalori.
Ini disebabkan, bila kurang tidur, maka hormon di dalam badan terganggu dan susah untuk mengawal selera makan. Orang dewasa atau kanak yang tidur 89% dan 55% dari waktu yang mereka perlukan untuk tidur, lebih terdedah kepada penyakit obesiti.
Bahkan jika tidur kurang dari 7-8 jam sehari berisiko terkena sakit jantung dan strok. Tidur dengan waktu yang cukup bukan sahaja baik untuk kesihatan anda, ianya juga dapat membantu mengawal selera makan dan mengelakkan dari risiko obesiti.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak berkahwin dan berhijab, makin cantik berseri-seri penampilan Hannah Delisha! Rezeki Hannah Delisha juga semakin mencurah-curah dan menjadi rebutan syarikat produksi serta dilantik sebagai duta produk.
Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch sekali lagi mencuri tumpuan apabila memuat naik di belakang tabir pembikinan iklan “Raya Macam Star” Bulan Bintang. Untuk rekod, Hannah Delisha merupakan salah seorang duta jenama pakaian Bulan Bintang.
Dalam muat naik Instagram miliknya, isteri kepada Muhammad Imam Shah melahirkan rasa teruja menjayakan iklan tersebut yang disifatkan sebagai sangat mengujakan.
“What an experience!”, ujar Hannah Delisha.
Iklan “Raya Macam Star” Bulan Bintang ini turut menampilkan babak di mana Hannah berpakaian seperti karektor super heroin yang berbeza dari penampilan Hannah Delisha yang kebiasaanya tampil bergaya dan tampil cantik dengan cita rasa fesyen sopannya. Tetapi untuk iklan raya ini, Hannah diberikan tugas berbeza dari penampilannya!
Malah, pelakon berasal dari Singapura itu turut berkongsi keterujaan momen di sebalik tabir pembikinan iklan raya tersebut yang sudah pun berada di platform digital @bulanbintanghq.
Iklan “Raya Macam Star” Bulan Bintang boleh dikategorikan sebagai iklan berskala mega kerana ia melibatkan krew dan pelakon tambahan yang ramai tanpa mengira bangsa dan agama.
Malah, kawasan sekitar lokasi juga dipenuhi kenderaan krew penggambaran dan para pelakon melangkaui jarak 700 meter dari lokasi penggambaran! Tahniah buat jenama tempatan dipelopori anak-anak Melayu mampu membawa iklan berskala mega yang kebiasaannya dipelopori iklan jenama antarabangsa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sembilan tahun melayari bahtera bersama suami tercinta, Mohammad Zulfadhli dan pada tanggal 27 Februari akan datang merupakan tarikh keramat dimana termeterainya ikatan cinta selebriti...