Wow, ibarat bulan jatuh ke riba! Kunjungan seorang usahawan dari Singapura ke Rumah Hutan Bonda Rozita Ibrahim yang terletak di Batang Kali, Genting Highlands nyata mengundang rasa teruja bagi Pengasas Jamu Ratu Malaya ini. Mana tidaknya, bukan calang-calang individu yang datang kerana khabarnya dia adalah seorang ahli perniagaan terkaya dari sana.
Tidak menyangka penginapan indah berlatarkan alam semula jadi dan pembinaan pusat perubatan khusus untuk kaum wanita yang diusahakan Bonda Rozita ini akan menjadi tumpuan pelancong asing.. usahawan Singapura berkenaan turut menzahirkan rasa kagum dengan keunikan yang ada di Rumah Hutan.
Tertarik dengan keistimewaan tersebut, Bonda Rozita ditawarkan peluang perniagaan yang cukup menarik. Kongsi ibu Dato’ Seri Aliff Syukri ini, “Businessman yang terkaya di Singapura mengagumi Rumah Hutan Bonda dan ingin membawa pelancong dari Singapura, Taiwan dan China untuk berurut ke mari.
Katanya daripada bawa pelancong berjudi, datang ke Rumah Hutan jauh lebih sihat dan resort yang mencukupi segala keperluan orang yang ingin keluar daripada kesibukan kota.”
Meskipun ia mampu meluaskan lagi empayar Bonda Rozita, tetapi kerana berpegang kepada prinsip dan matlamat sebenar kewujudan Rumah Hutan ini.. dia memilih untuk mengekalkan misi awal penubuhannya.
https://www.instagram.com/p/BsWtkhzgUJU/
“Apa yang saya sampaikan padanya, saya di sini bukan mencari wang semata-mata. Tetapi ingin merawat orang yang sakit. Kalau untuk tujuan pelancong luar datang ke mari, niat saya sudah lari sebab di sini adalah pusat untuk merawat orang yang sakit.
Tapi kalau ada yang dari Singapura yang sakit, dipersilakan. Dan setakat ini Rumah Hutan tak mampu menampung kedatangan tetamu yang terlampau ramai. Dengan bersungguh-sungguh katanya boleh membawa customer 10-20 buah bas sehari.
Sayangnya infrastruktur dan juga kemampuan saya menguruskan tempat ini sangat terhad kerana ia terlalu baru dalam pengalaman saya sebagai seorang usahawan.”
Salute dengan prinsip hidup dan kreativiti Bonda Rozita sepanjang menceburi bidang perniagaan ini. Daripada menceburkan diri dalam industri kosmetik dan kecantikan, kini dia mampu melebarkan sayap perniagaan dalam cabang baru termasuk kesihatan dan hospitaliti. Moga terus melakar kejayaan dan memberikan inspirasi kepada masyarakat.
Kredit: Instagram Bonda Rozita Ibrahim