Cantik orangnya! Qaabila Deena Emir atau lebih dikenali sebagai Deena Emir ini ialah suri hati pelakon tampan, Saharul Ridzwan. Sebelum berkahwin dengan aktor tersebut lagi, Deena sudah pun mempunyai empayar niaga sendiri dan bergelar pemilik Wrap Boutique House.
Wanita cantik keturunan Melayu-Arab ini baru saja menyambut ulang tahun kelahiran ke-34 pada 12 Januari lalu. Sepanjang pembabitan Deena dalam perniagaan, dia pernah menjual busana muslimah, tudung dan terbaharu, mengeluarkan jenama kecantikan sendiri iaitu Qaabila Beauty.
Di bawah jenama berkenaan, pada 25 Januari lepas Deena dan suami tercinta melancarkan produk Habbatussauda Skin Serum. Sampai ke hari ini, pasangan romantis berkenaan tidak putus-putus terima tempahan daripada pelanggan!
Beruntungnya Saharul Ridzwan dikurniakan isteri yang bukan je taat tapi pandai berniaga. Deena Emir ni memang lambang wanita muslimah berjaya dan patut dijadikan inspirasi. Bahkan penampilan Deena yang cukup sopan dan menjaga aurat sebagai wanita juga sejuk mata memandang.
Ketika ulang tahun kelahiran ke-34, Deena menzahirkan rasa syukur atas kurniaan rezeki yang diberikan kepadanya.
“Masih boleh bangun tidur, bernafas dengan sempurna, deria rasa, deria bau, deria penglihatan, deria pendengaran semua masih dalam keadaan baik. Kaki boleh berjalan, tangan boleh digunakan dengan baik, family tersayang masih di dunia, di sisi, masih sihat tubuh badan, masih boleh berfikir dengan waras.
Alhamdulilah nikmat yang jarang disyukuri. Pastinya dengan rahmat Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Baik.
Semoga Qaabila Deena Emir diampuni segala dosanya, dimaafkan juga dosanya sesama manusia & makhluk Allah SWT yang lain, usia dipanjangkan dengan penuh keberkatan, pintu rezeki dibuka seluas luasnya, diberi kesihatan yang baik, dilindungi daripada segala keburukan dunia & akhirat, Allah SWT pelihara suaminya, anak-anaknya, ibu bapanya, adik-beradiknya, keluarga keturunannya, sahabat-sahabatnya, jiran-jirannya, seluruh umat Islam.
Akhir hayatnya dalam husnul khotimah. Mendapat syafaat Rasulullah SAW di akhirat kelak, dalam rahmat Allah s.w.t selamanya, dimasukkan terus ke syurga Firdaus bersama orang yang disayangi tanpa perlu singgah dahulu di neraka. (Nauzubillah).”
Deena dan Saharul Ridzwan kini berada di bumi Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah. Pasangan ini selamat bernikah pada 16 September 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali yang berusia 4 tahun dan Fateema Azzahra.
This website uses cookies.