Hari bersejarah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam pada 11 Januari bakal tiba. Istiadat perkahwinan yang bermula sejak 7 Januari lepas menjadi bualan dan perhatian bukan saja di Brunei tetapi juga di Malaysia. Ramai yang tak sabar menantikan saat penyatuan Putera Mateen dengan isteri tercinta!
Ads
9 Januari usai sudah Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja. Pastinya upacara tradisi ini disiarkan secara langsung di platform media Brunei termasuk Radio Televisyen Brunei (RTB News).
Difahamkan istiadat penuh makna itu berlangsung di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman. Sehingga kini perkarangan istana berkenaan sedang sibuk dengan persiapan akhir menjelang Istiadat Pernikahan Diraja.
Menerusi perkongsian di Instagram Support Anishaik, kelihatan para tetamu yang menghadiri Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja itu membawa pulang ‘buah tangan’ daripada pasangan pengantin.
Dalam salah satu posting yang dikongsikan, kotak eksklusif warna kuning diraja itu mengandungi manisan premium. Ini termasuk Sunflower & Pumpkin Seed Florentine, Quaker Oat Chocolate Coins, Baked Cheesecake, Mata Kucing Steamed Cake dan Pandan Layered Cake.
Bukan itu saja, tetamu turut diberikan beberapa souvenir lain seperti lilin, hand sanitiser dan pouch.
Ads
Dalam kiriman nota khas dari pengantin diraja, goodies berkenaan diambil daripada jenama coklat ternama Brunei iaitu Tropique. Manakala lilin dan hand sanitiser pula dihasilkan daripada perusahaan kecil-kecilan Brunei.
Tidak ketinggalan, pouch pula diperbuat daripada tekstil tradisi buatan tangan Kain Tenunan Brunei yang turut diperincikan dengan benang perak dan emas. Cukup bermakna dan eksklusif!
Ads
Selepas selesai Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja, berlangsungnya Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja.
Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja bakal berlangsung pada 11 Januari. Acara kemudian diteruskan dengan Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pada 14 Januari, Majlis Persantapan Diraja pada 15 Januari dan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari 2024.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila maut datang menjemput, tiada apa yang mampu dibawa melainkan sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan doa anak yang soleh. Hayati Aini Ahmad bukanlah seorang selebriti atau tokoh korporat terkenal. Beliau hanya seorang guru yang ikhlas mendidik dan menyampaikan segala ilmu yang ada untuk kebaikan semua dan kerana pengorbanan itulah pemergian Hayati atau lebih dikenali sebagai Cikgu Hayati ke rahmatullah pada 10 Mac lalu begitu dirasai terutama dalam kalangan anak didik dan pengikut setianya di media sosial.
Jika kebanyakan orang ‘mengisi’ media sosial mereka dengan gambar keluarga, aktiviti harian dan bermacam-macam lagi… lain pula bagi Cikgu Hayati yang menjadikan laman media sosial miliknya sebagai gedung ilmu yang penuh dengan contoh soalan-soalan peperiksaan dan lakaran jalan kira bagi subjek Matematik Tambahan.
Setiap hari, ada saja ilmu yang dikongsikan Cikgu Hayati dan membuktikan betapa tebalnya jiwa pendidik yang ada dalam diri guru yang dikenali ramai di alam maya ini.
Bertarung dengan penyakit kanser payu dara yang dialaminya dua tahun lalu dan terlantar di hospital sejak September tahun lepas, arwah Cikgu Hayati turut mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebelum meninggal dunia di kediamannya di Taman Puncak Saujana, Kajang pada umur 46 tahun.
Selain memanfaatkan ilmu Add Maths di Facebook, arwah juga membuka akaun YouTube Hayatimathswizz yang mempunyai lebih daripada 300 video tutorial mata pelajaran tersebut. Allahu, besar ganjaran arwah. Selagi ada yang menggunakan ilmu Cikgu Hayati… selagi itu jugalah ‘pahala’ untuknya terus subur!
Reda dengan pemergian isteri tercinta, Abdul Jalil Daud mengakui kagum dengan semangat isterinya yang tidak pernah mengeluh dan setia mengajar anak muridnya pada bila-bila masa. “Dalam apa jua keadaan, dia akan cuba penuhi keperluan orang lain berbanding dirinya sendiri. Naluri sebagai pendidik sangat tinggi, dia akan pastikan para pelajarnya betul-betul faham subjek yang diajar.”
Betapa mulia dan tinggi martabat seorang pendidik. Biarpun sudah meninggalkan dunia ini namun segala ilmu yang dicurahkan akan dibawa menjadi bekalan mereka di akhirat kelak. Semoga kisah inspirasi arwah Cikgu Hayati memberi pencetus semangat kepada semua untuk turut sama menyampaikan apa jua bentuk ilmu bagi kebaikan bersama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rambang mata tengok pelbagai rekaan baju tradisional eksklusif ilham Hanna Rauda. Satu jenama fesyen wanita yang meniti di bibir masyarakat. Mana tidaknya, bukan hanya pakar dalam penghasilan busana tradisi wanita seperti kurung, kebaya dan kebarung. Bahkan cekap menyiapkan tempahan peribadi dalam tempoh singkat dengan harga berpatutan!
Hanna Rauda mendapat tempat di hati pelanggan masa kini kerana kemampuannya memberikan keunikan dari segi rekaan, harga mampu milik dan tempahan pakaian siap dalam tempoh tujuh hingga 10 hari bekerja.
Ia juga terkenal kerana fleksibiliti label tempatan ini merealisasikan baju pelanggan mengikut kehendak individu yang berbeza bentuk badan dan ukuran saiz unik. Kalau kebanyakan butik mengambil masa lama untuk menyiapkan tempahan, di Hanna Rauda pula sebaliknya.
Pelanggan akan menerima tempahan tanpa menunggu lama dengan harga berbaloi-baloi. Walau cepat siap tapi dijamin berkualiti dan selesa dipakai.
Meskipun baju tradisi seperti baju kurung paling mudah digayakan kerana potongannya yang longgar dan sesuai untuk apa juga bentuk badan namun Hanna Rauda tetap mementingkan pemilihan dari segi fabrik, potongan dan jenis corak dalam setiap rekaan bagi menaikkan seri kepada si pemakai.
Misalnya menggunakan paduan corak menegak bagi menimbulkan ilusi tinggi dan slim! Paling penting material yang digunakan adalah selesa, tidak jarang dan menyerap peluh.
Antara busana paling disukai ramai adalah Kebaya Songket, Kebaya Widuri dan Kebaya Cempaka.
Hanna Rauda turut menyediakan baju untuk seisi keluarga termasuk lelaki dan kanak-kanak. Jadi, mudah bagi para ibu membeli baju kelengkapan Hari Raya untuk suami dan anak-anak hanya di bawah satu bumbung.
Selain menawarkan seleksi pakaian tradisi untuk perayaan, Hanna Rauda juga menjadi pilihan pasangan mempelai untuk persalinan perkahwinan. Koleksi pengantin ini lengkap dengan aksesori veil songket dan sampin dengan harga tidak melebihi RM800 untuk full set pengantin perempuan dan lelaki.
Miliki himpunan rekaan eksklusif Hanna Rauda di laman webwww.hannarauda.com dan Shopee HannaRaudaHQ serta platform media sosial TikTok dan Instagram Hannaraudaofficial. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung di aplikasi Whatsapp 019-2175839.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres popular Fazura sekali lagi menzahirkan rasa teruja apabila menerima hadiah berupa sebuah potret dirinya sekeluarga yang sangat cantik. Isteri kepada aktor Fattah Amin itu berkongsi di laman Instagram miliknya yang memaparkan beberapa foto dia bersama Fattah dan Fatima bersama potret keluarga pemberian daripada Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin binti Abdul Rahman.
Melihat foto yang dimuat naik di Instagram miliknya, kelihatan Fazura dan keluarga berada di Istana tetapi tidak dimaklumkan lokasi istana tersebut.
Patik sekeluarga merafak sembah serta menjunjung kasih di atas kurniaan DYMM Tuanku Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berupa sebuah potret kami sekeluarga yang sangat cantik.
Patik sekeluarga berasa sangat terharu dan bersyukur di atas kurniaan yang amat bermakna ini. Kenangan ini amat bernilai buat patik sekelurga dan akan diabadikan selamanya.
Junjung kasih Tuanku.
Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan menghadiahkan cendera hati buat Fazura di mana Tengku Permaisuri Norashikin sebelum ini pernah menghadiahkan beberapa keping syiling emas dan beberapa naskhah buku keagamaan.
Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu berasa amat terharu dan bersyukur di atas kurniaan yang amat bermakna dan kenangan ini amat bernilai buat dirinya sekeluarga serta menjadi kenangan manis untuk diabadikan selamanya.
Keakraban Fazura dengan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin makin diketahui ramai. Jika sebelum ini, Fazura menerima pemberian istimewa Tengku Permaisuri Selangor buat anak tersayang, Fatima.
Kini kelibat Fazura turut kelihatan di samping DYMM Tengku Permaisuri Selangor lebih-lebih lagi ketika menghadiri majlis keraian. Dalam satu hantaran di Instagram Fazura, dia pernah meluahkan mengagumi keperibadian baginda yang disifatkan sangat merendah diri dan jelita.
Ia menjadi antara faktor mengapa Fazura mengagumi keperibadian Tengku Permaisuri Norashikin yang sememangnya mempunyai keperibadian yang amat disenangi oleh rakyat jelata.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...