Wah, bukan calang-calang rezeki Cik B! Berkat sokongan dan kerja keras sebagai usahawan, pelakon dan influencer, anak kepada usahawan terkenal Dato’ Seri Vida atau DSV ini mampu memiliki sebuah kereta mewah keluaran Jerman iaitu Brabus.
Brabus berwarna hitam model G63 tersebut khabarnya mencecah harga lebih RM1 juta! Kejayaan Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin ini nyata menjadi tumpuan khalayak dan warga maya.
Lebih istimewa, kereta tersebut memiliki nombor plat yang simbolik dengan nama empunya diri iaitu CB 111.
19 Mei ini merupakan ulang tahunnya yang ke-19. Rezeki Cik B, dia mula menjadi perhatian bukan hanya kerana statusnya sebagai anak individu berpengaruh, bahkan bakat puteri kesayangan Dato’ Seri Vida dalam program komedi Muzikal Lawak Superstar juga berjaya melonjakkan popularitinya.
Dalam hantaran di media sosial, dia berkongsi momen indah itu di sebuah showroom kereta sambil ditemani Dato’ Seri Vida dan adiknya, Kacak.
Juga terdapat dua biji kek tertera ucapan ‘Congratulations CIK B & DSV’.
Malah, designer Razman Razmi turut berkongsi video di Instastory miliknya memaparkan Cik B sedang memandu kenderaan tersebut.
Dalam pada itu, usahawan Salmon Skin berkenaan turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada ibu tersayang atas sokongan yang diberikan selama ini.
“Alhamdulillah. Thank you Dato’ Seri Vida couldn’t done it without you. Alhamdulillah dikurniakan seorang ibu yang hebat, kaya, pandai, bijak, comel dan cantik.”
Terdahulu, usahawan muda ini pernah menghadiahkan sebuah kereta Toyota Velfire buat Dato’ Seri Vida yang dianggarkan berharga RM500,000. Kini dia pula menjadi pemilik Brabus G63!
Semoga Cik B terus sukses dan kejayaan yang diraih menjadi suntikan inspirasi kepada masyarakat.