Cantik Sumandak Sabah! Jo-Anna Sue Henley Rampas bertuah kerana bukan saja dikurniakan rupa paras cantik. Malah berpendidikan tinggi dan memiliki jiwa besar untuk membantu masyarakat.
Berasal dari Tuaran, kemunculan Jo-Anna sebagai ahli politik Negeri Di Bawah Bayu pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu menjadi tumpuan umum.
Wanita berusia 34 tahun dan berwajah Pan Asia ini lantang membawa suara masyarakat Sabah. Patutlah ramai menggelarnya ‘Beauty with Brains’. Tak bersandar kepada muka cantik semata-mata, Jo-Anna bukan calang-calang wanita.
Dia mewarisi keturunan Inggeris daripada bapa dan ibunya pula berasal dari suku kaum Kadazan. Jo-Anna menamatkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of London dan Sarjana Undang-Undang Antarabangsa dan Tanggungjawab Sosial Korporat dari University of the West of England.
Anak sulung daripada tiga beradik ini berkahwin dengan Dr Devindran pada tahun 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Danielle Arumugam yang meniti usia tiga tahun.
Dalam perkongsian di media sosial, Jo-Anna sering memuat naik gambar di samping anak tersayang. Bahkan dia yang aktif bersukan turut mengendong Danielle ketika hiking!
Ketika berusia 18 tahun, Sumandak ini memenangi pertandingan Ratu Cantik Unduk Ngadau 2007 dan fasih berbahasa Melayu, Inggeris serta bahasa Dusun.
Fakta tentang Jo-Anna
Moga gaya hidup sihat dan kisah kejayaan Jo-Anna menjadi inspirasi buat golongan wanita mengecapi impian mereka.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/sambut-birthday-anak-bercuti-di-korea-penampilan-vie-shantie-ala-wanita-rusia-tarik-perhatian/
This website uses cookies.