Sejak nama Watie Hanifiah dikaitkan dengan usahawan selebriti popular atau lebih dikenali sebagai Shuib, ramai peminat pelawak berkenaan yang mahu mengenali peribadi wanita cantik ini. Mesra disapa Watie, ternyata dia juga bergelar ahli perniagaan dan turut memiliki bisnes sendiri.

Ads

Difahamkan Watie mengusahakan perniagaan kafe makanan dikenali Krupp Krupp by The Hanifiahs di Kuala Lumpur.

Pelbagai hidangan ditawarkan antaranya Pisang Goreng Cheese, Laksa Ketagih, Tauhu Begedil, Patin Tempoyak, Nasi Ayam Gepuknyet, Nasi Keli Gepuknyet, Nasi Paru Gepuknyet dan banyak lagi.

Menjengah media sosial Watie, dia menyambut ulang tahun kelahiran ke-35 pada 8 Februari lepas. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik, kelihatan Watie meraikan hari lahir di sebuah restoran eksklusif berlatar belakangkan pemandangan Menara Berkembar Petronas.

Usia 35 Tahun & Ada Bisnes Makanan, Watie Hanifiah Dah Setahun Berhijab & Mohon Doa Agar Istiqamah!
Kredit Instagram @iamwatie

Kongsinya, “8 Februari 88. Bertambah umur, bertambah matang, bertambah kenangan, bertambah tanggungjawab, bertambah pengalaman, bertambah bilangan dan bertambah bahagia. Alhamdulillah, bertambah syukur.”

Lebih istimewa, tarikh lahir tersebut juga menjadi detik kenangan terindah buat Watie apabila dia nekad berhijrah untuk memakai tudung pada 8 Februari tahun lepas.

Usia 35 Tahun & Ada Bisnes Makanan, Watie Hanifiah Dah Setahun Berhijab & Mohon Doa Agar Istiqamah!
Kredit Instagram @iamwatie

Ads
Usia 35 Tahun & Ada Bisnes Makanan, Watie Hanifiah Dah Setahun Berhijab & Mohon Doa Agar Istiqamah!
Kredit Instagram @iamwatie
Usia 35 Tahun & Ada Bisnes Makanan, Watie Hanifiah Dah Setahun Berhijab & Mohon Doa Agar Istiqamah!
Kredit Instagram @iamwatie

Dedah Watie, “Sometimes the smallest step in the right direction ends up being the biggest step of your life.

Alhamdulillah genap setahun berhijab walau kadang kala iman naik turun, walau kadang kala bila pergi shopping baju mata ni duk pandang fesyen yang dah tak boleh pakai.

Ads

Sedar masih banyak kekurangan diri, sedar masih banyak yang perlu diperbaiki, sedar masih banyak yang perlu ditutupi.

But small step are better than none, slowly but surely. InshaAllah.”

Usia 35 Tahun & Ada Bisnes Makanan, Watie Hanifiah Dah Setahun Berhijab & Mohon Doa Agar Istiqamah!
Kredit Instagram @iamwatie
Usia 35 Tahun & Ada Bisnes Makanan, Watie Hanifiah Dah Setahun Berhijab & Mohon Doa Agar Istiqamah!
Kredit Instagram @iamwatie
Usia 35 Tahun & Ada Bisnes Makanan, Watie Hanifiah Dah Setahun Berhijab & Mohon Doa Agar Istiqamah!
Kredit Instagram @iamwatie

Malah Watie turut memohon doa daripada followersnya agar terus kekal istiqamah ke arah kebaikan. Memang terserlah keayuan dan kejelitaan Watie sejak berhijab.

Moga kejayaan Watie dalam perniagaan dan usahanya menjadi wanita yang lebih baik menjadi suntikan semangat buat kaum wanita untuk berjaya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI