Tampan dan segak, kemunculan sosok Ketua Pegawai Eksekutif TikTok – Shou Zi Chew – sekali lagi diperkatakan. Lelaki hebat yang mentadbir syarikat media sosial terkenal itu bukan sahaja melambangkan jiwa pemimpin muda yang pintar malah berpengalaman luas dalam kehidupan.
Dianggap sebagai ancaman keamanan dan keselamatan, TikTok dituduh menyimpan data warga Amerika Syarikat sekaligus meningkatkan ketegangan di antara Beijing-Washington.
Sebagai CEO, Shou Zi Chew lantang menjawab pelbagai pertanyaan Kongres selama lima jam bagi meyakinkan mereka pada 23 Mac 2023 lepas.
Shou Zi Chew
Foto: Chip Somodevilla/Getty Images/AFP
Menurut The Guardian, Shou Zi Chew pernah mengatakan bahawa pengalaman paling memenatkan dalam hidupnya adalah bertahan hidup selama lima hari di hutan Kalimantan ketika bergelar pegawai tentera Singapore Armed Forces sewaktu menjalani Perkhidmatan Negara.
Dilahirkan pada 1 Januari 1983 dan membesar di Singapura, lelaki ini sesungguhnya berasal daripada keluarga sederhana. Ayahnya bekerja dalam sektor pembinaan sementara ibunya ahli simpankira (bookkeeper).
Ads
Pemegang ijazah ekonomi dari University College London ini juga pernah bekerja sebagai pegawai pelaburan bank di Goldman Sachs Group, London.
Tahun 2010, beliau kembali menyambung pengajian sarjana di Harvard Business School dan memperolehi Master of Business Administration (MBA).
Foto: The Wall Street Journal
Foto: Ore Huiying/The New York Times
Pernah menjalani latihan praktikal di Facebook, Shou Zi Chew seterusnya menyertai firma pelaburan DST Global (pelabur awal ByteDance, syarikat yang memiliki TikTok) pada tahun 2013.
Ads
Tidak terhenti di situ, beliau terus menambah pengalaman sebagai Ketua Kewangan Eksekutif di di syarikat telefon pintar China, Xiaomi pada tahun 2015 dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Presiden Perniagaan Antarabangsa syarikat tersebut pada 2019.
Pada Mac 2021, Shou Zi Chew akhirnya menyertai syarikat induk TikTok yang berpengkalan di China, ByteDance sebagai Ketua Kewangan Eksekutif. Mei tahun yang sama, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif menggantikan Kevin Mayer.
Kevin Mayer dikatakan bertahan hanya 3 bulan selepas syarikat tersebut berdepan tekanan undang-undang daripada Amerika Syarikat berkaitan risiko keselamatan. Pengasas ByteDance iaitu Zhang Yiming juga mengambil keputusan untuk berundur pada tahun yang sama.
Ads
KEHIDUPAN PERIBADI
Sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang cahaya mata, kisah peribadi Shou Zi Chew kini turut menjadi perhatian. Beliau mengahwini Vivian Kao, bekas rakan sekuliahnya di Harvard Business School pada tahun 2008.
Wanita berdarah Taiwan-Amerika itu juga berkerjaya hebat. Seperti suaminya, Vivian berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian China sebelum menggenggam MBA dari Harvard Business School.
Pasangan ini mempunyai dua orang cahaya mata berusia enam dan lapan tahun. Beliau juga sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan untuk tidak membenarkan anak-anaknya menggunakan TikTok kerana ‘masih terlalu kecil’.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejayaan demi kejayaan diraih Tan Sri Michelle Yoeh menerusi pembabitanya dalam filem Everything Averywhere All At Once menyaksikan nama beliau meledak dalam industri Hollywood dan kini Michelle Yeoh berjaya menawan industri Hollywood selepas memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di anugerah Oscar sebentar tadi.
Namun di sebalik kejayaan dan pencapaian beliau, sudah pasti ada insan yang berkorban jiwa raga menyokong jatuh bangun kerjaya seninya, siapa lagi tidak lain dan tidak bukan, ibu kepada Michelle, Datin Janet Yeoh.
Awal minggu ini, bintang berusia 60 tahun itu menyingkap momen indah serta memperincikan hubungan istimewa dengan ibunya sewaktu temubual di rancangan The Late Show With Stephen Colbert dan Live With Kelly And Ryan.
Dalam temu bualnya dengan Today’s Sunday Sitdown NBC tersebut, Michelle Yeoh berkongsi antara momen indah beliau dan ibunya “Saya dan ibu mempunyai hubungan yang sangat menarik dan indah. Dia baru sahaja menelefon saya beberapa hari lepas dan menasihatkan saya jangan pakai seluar ketika menghadiri Oscar nanti,” jelas Michelle sambil ketawa.
Michelle Yeoh juga terbuka berkongsi betapa beliau menyayangi dan menyanjungi ibunya. Michelle turut berkata ibunya masih lagi “melayan dirinya seolah-olah dirinya masih budak enam tahun”.
Apatah lagi ibunya jugalah yang menasihati dan mempersiapkan Michelle Yoeh untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World seterusnya membuka jalan buat Michelle mengorak menjadi ikon sinema popular dunia yang disanjungi kini.
“Sekiranya kami pulang ke rumah, ibu akan menyediakan beberapa pakaian untuk saya. Begitulah cara dia menunjukkan kasih sayangnya pada saya” kata bintang kelahiran Ipoh itu.
“Semua ibu-ibu di luar sana adalah superhero sebenar. Mereka memikul beban yang sangat berat di bahu mereka setiap hari, namun tetap gigih, namun tiada siapa yang memberi mereka jubah adiwira,” akhiri Michelle dan pada masa yang sama cukup menyanjungi dan menghargai setiap insan bergelar ibu di luar sana.
Tiada seorang ibu pun mahu anak kesayangannya menghabiskan masa remaja di dalam tirai besi. Namun, apabila sudah menunaikan tanggungjawab memberi segala ilmu di dunia dan di akhirat, anak itu sendiri yang bakal mencorakkan kehidupannya.
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anaknya memilih jalan hidup yang berliku. Erma Fatima begitu berani berkongsi di media sosialnya mengatakan anaknya seorang bekas banduan.
Kongsi Erma, “Ini ANAK AKU yang ke-3. Dari umur dia satu hari aku pelihara dia. Aku berikan yang terbaik semampu aku. Sekolah..agama..kasih sayang…meskipun banyak kekurangan aku.
Berbagai dugaan aku terpaksa lalui untuk besarkan dia. Dan satu hari atas percaturan orang tertentu anak aku kembali ke pangkuan ayah kandungnya.
Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati aku ketika itu. Dan Mei 2016 aku mendapat berita dia ditangkap polis dan dipenjarakan. Sekali pun aku tak pernah jengok dia di penjara kerana aku kecewa..sedih..hancur hati ini…hanya keluarga lain yang pergi menziarahi dia.
Semua di dalam keluarga aku menyangka aku dah buang dia dari hidup aku. Dan hari ini dia keluar dari penjara. Anak-anak aku yang lain jemput dia di penjara dan bawak pulang ke rumah. Semua takut aku tak terima dia. Apa pun aku masih ibu dia walaupun aku tidak melahirkannya…Walaupun dia tinggalkan aku..hancurkan hati aku TAPI aku tetap ibu dia. Ye ANAK AKU kini bekas seorang BANDUAN.
Atas izinnya aku ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua. Bila aku minta izin dia tanya aku. “Mama tak malu ke bagi tahu orang anak mama bekas banduan?”. Aku cakap aku tak pernah malu memiliki anak yang dikurniakan Allah seperti apa pun dia kerana itulah dugaan paling besar dalam hidup aku yang aku terpaksa tempuh.
Aku berkongsi semua ini bukan kerana aku mahukan simpati…Aku mahu berkongsi dengan semua anak-anak muda di luar sana tentang realiti hidup. Aku mahu keluarga yang memiliki anak-anak seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan dari cerita aku ini. Itu saja. Nanti aku akan cerita lagi kenapa dan mengapa dia masuk penjara,” kongsi Erma Fatima.
Kredit foto: Instagram @ermafatima
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Terima kasih Tuhan, makbulkan doaku pada masa yang tepat…” Datin Rita Sosilawati syukur keadilan buat ibunya terbela.
Tak putus-putus mengucap syukur dan terima kasih, hantaran anak sulung kepada Allahyarhamah Dato’ Sosilawati Lawiya berkaitan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap pesalah kes pembunuhan ibunya meraih perhatian.
Menurut Datin Rita yang merupakan isteri kepada Datuk Khamarulazlan Mohammad Hanafiah, biarpun kes yang pernah menggemparkan negara itu sudah 14 tahun berlalu, namun kesakitannya masih terasa di kalangan keluarga mangsa.
“Saya sekeluarga menghormati dan menerima keputusan Mahmakah semalam dengan hati yang terbuka. Keputusan ini adalah suatu keadilan kepada kami dan juga kepada keluarga mangsa-mangsa yang lain.
Ini juga sebagai pengajaran kepada masyarakat bahawa segala perbuatan dan tindakan kita tidak boleh sama sekali melampaui kedaulatan undang-undang.
Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah mendoakan dan menyokong kami selama ini terutama petugas keselamatan, pihak berkuasa, Mahkamah serta semua pihak yang telah terlibat dalam menegakkan keadilan untuk kami.
Maaf hanya sikit liputan media yang saya sempat screenshot tapi apa-apa pun terima kasih pada semua media cetak dan media eletronik yang membuat liputan tentang kes ini,” luah Datin Rita penuh merendah diri.
KEADILAN
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bekas peguam dan pekerja ladang yang didapati bersalah membunuh Datuk Sosilawati dan tiga pembantunya kekal dihukum gantung sampai mati.
“Akhirnya doa Arafah kita makbul G, waktu yang sangat tepat,” tulis Datin Rita di media sosialnya.
Selain produk kosmetk, pemilik nama sebenar Erni Dekritawati Yuliana Bukhari itu juga turut mengusahakan jenama beg tangan sendiri iaitu Victoria Sloane.
Beliau yang turut merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni (Tekstil) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam kini sibuk melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) bagi jurusan Perniagaan Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia (UUM) Kampus Kuala Lumpur.
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.