Macam tak percaya Intan Sarafina yang juga bekas pramugari ini sudah mencecah usia 43 tahun. Kalau tengok raut wajah dan penampilan diri penyanyi bersuara lunak ini tidak menampakkan pun umur sebenar. Sebaliknya, Intan tampil awet muda seperti wanita usia 20an.
Genap mencecah usia 43 pada 2 Julai lalu, Intan atau nama sebenarnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya aktif mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam. Tak hairanlah, dia mampu mengekalkan susuk tubuh langsing dan muda remaja.
Bukan hanya ‘fit’, pelantun lagu Kembali ini juga jelita dalam kelas tersendiri.
Meninjau media sosial Intan Sarafina, bekas pramugari di syarikat penerbangan AirAsia pada awal tahun 2004/2005 ini gemar berkongsi aktiviti harian.
Kebanyakan posting Intan berkisar mengenai rutinnya yang aktif berjoging, berbasikal dan mengikuti marathon!
Terbaharu, dia mengikuti acara larian 5 kilometer di Jakarta. Menariknya, penyertaan Intan turut ditemani anak lelaki yang kian meningkat usia remaja.
Dalam satu perkongsian Intan, kelihatan dia dan suami serta tiga anak lelaki beriadah sambil berbasikal di kawasan indah di Finland. Sekitar Januari tahun lalu, selebriti ini menetap di sana ketika suaminya bertugas di negara berkenaan.
“Biking was incredibly fun! It was my first ride with my family, and I enjoyed every second of it!”
Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, jelitawan tersebut mendedahkan rejim kecantikan diri.
“Intan tak ada amalkan petua tradisi pun. Tapi mungkin Intan rasa dengan work out, amalkan minum air secukupnya dan good skin care will help untuk menjadikan kulit lebih cantik dan tegang.”
Intan Sarafina mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ezzahuddin pada 16 Oktober dan bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-16 tidak lama lagi.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Megat Evan Raez, Megat Ifrafel Raez dan Megat Noah Raez.
This website uses cookies.