Masih aktif pada usia 49 dan ada 2 cucu, aksi mengagumkan Kris Dayanti berlatih wushu ini jadi sorotan.
Penglibatan selebriti Indonesia, Kris Dayanti dalam seni mempertahankan diri wushu bukan lagi rahsia. Selain mendalami ilmu martial arts, aktiviti sihat ini juga menjadi amalan beliau untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
Selain bergelar penyanyi, ibu kepada empat cahaya mata dan dua cucu ini juga merupakan seorang ahli politik yang berjaya.
Genap berusia 49 tahun pada Mac lalu, penyanyi bersuara lunak yang mula melakar kerjaya bergelar anak seni sejak 30 tahun dahulu ini rupanya sudah memiliki dua orang cucu perempuan yang sangat comel mewarisi kecantikkan ibunya, Aurel Hermansyah.
Anak perempuan sulung Kris Dayanti, Aurelie telah berkahwin dengan Atta Halilintar dan hasil perkongsian hidup mereka diserikan dengan kehadiran dua orang cahaya mata yang turut menceriakan hari-hari Kris Dayanti yang digelar Gemmi (nenek).
Walau Kris Dayanti sibuk membela nasib masyarakat dan memartabatkan kaum wanita di sana namun minat Krisdayanti terhadap nyanyian masih menebal. Lebih istimewa, apabila dua anak perempuan mengikut jejak langkahnya sebagai penyanyi.
POLITIK
Pada usia 49 tahun, Kris Dayanti bergelar ahli politik di bawah naungan Partai Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDIP).
Beliau juga menjadi Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, malah kerap menyuarakan masalah-masalah berbangkit untuk tindakan kerajaan.
Membuktikan bahawa usia hanyalah angka, wanita hebat asal Jawa Timur itu cekal mengejar cita-citanya dalam pelbagai lapangan yang diminati.
Beliau pernah menerima pelbagai anugerah seni, malah populariti pelantun lagu ‘Menghitung Hari’ ini membuatkan namanya malar segar di seluruh pelosok Nusantara termasuk Malaysia dan Brunei.
Masih aktif pada usia 49 dan ada 2 cucu, aksi mengagumkan Kris Dayanti berlatih wushu jadi sorotan.
Berkat mendalami ilmu wushu dan berlatih dengan kerap, gerak-geri senaman ini berjaya dikuasai dengan baik. Isteri kepada usahawan Raul Lemos masih mengekalkan tubuh badan yang fit dan sihat, persis anak dara!
Macam tak percaya Kris Dayanti dah jadi nenek, jom tengok aksi beliau berlatih wushu ni…
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/umrah-pertama-sebagai-seorang-ibu-mira-filzah-rai-anniversary-di-tanah-suci/