Meskipun usia cecah 51 dan pernah jadi Miss World 1994, lenggang Ratu Bollywood, Aishwarya Rai di Paris Fashion Week masih memukau serta tuai pujian ramai.

Paris Fashion Week 2024 pasti tidak lengkap tanpa kehadiran Aishwarya Rai Bachchan yang memukau di pentas runway.

Ads

Pelakon veteran yang merupakan duta jenama L’Oreal itu mencuri tumpuan dalam busana merah khas daripada Mossi. Sambil melayangkan flying kiss, gaya regal Aishwarya Rai menonjolkan kecantikan wanita India sebenar yang kaya dengan sopan santunnya.

Pada usia 51 tahun, daya tarikan Ratu Bollywood itu di Paris Fashion Week 2024 masih memukau serta tuai pujian ramai!

Paling menarik tatkala beliau membuat gerakan Namaste pada penghujung persembahan sekaligus disambut dengan tepukan gemuruh. Memang cantik, saksikan video runway ini…

 

Melirik pertunjukan L’Oreal Paris bertajuk Walk Your Worth, Aishwarya mempersembahkan ciptaan indah daripada koleksi Ready-To-Wear Mossi untuk Musim Bunga/Panas 2025 di lokasi ikonik, Palais Garnier.

“Melangkah ke dalam dunia kecantikan diraja bersama @aishwaryaraibachchan_arb di Le Défilé. Penampilannya adalah gabungan tradisi dan kemodenan yang memukau, melambangkan nilai dan keanggunan di setiap langkah.”

Menariknya, penampilan Aishwarya di Paris Fashion Week kali ini turut ditemani anak perempuannya, Aaradhya Bachchan. Gadis tersebut turut hadir di Paris, merasai kemewahan dan keseronokan ibu kota fesyen itu. Aaradhya kelihatan menemani ibunya sewaktu persiapan sebelum acara besar tersebut.

Ads
Usia 51 & Jadi Miss World 1994, Lenggang Aishwarya Rai di Paris Fashion Week Tuai Pujian
Instagram @aishwaryarai_only

Lebih istimewa lagi, penampilan Aishwarya turut diserikan debut Alia Bhatt, pelakon muda yang melangkah buat pertama kalinya di pentas peragaan Paris Fashion Week. Ini merupakan pencapaian besar dalam karier Alia yang kini sedang menempa nama dalam dunia fesyen antarabangsa.

Pertunjukan L’Oreal Paris itu turut diserikan dengan kehadiran selebriti terkenal seperti Jane Fonda, Eva Longoria, Kendall Jenner, dan Cara Delevigne, menjadikan acara ini antara yang paling berprestij dan dinanti-nantikan dalam kalendar fesyen.

Usia 51 & Jadi Miss World 1994, Lenggang Aishwarya Rai di Paris Fashion Week Tuai Pujian
Instagram @lorealparis

 

Ads
Usia 51 & Jadi Miss World 1994, Lenggang Aishwarya Rai di Paris Fashion Week Tuai Pujian
Instagram @lorealparis

KELUARGA
Di samping pencapaiannya dalam dunia fesyen, Aishwarya juga merupakan isteri kepada pelakon terkenal Abhishek Bachchan. Pasangan ini berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Aaradhya Bachchan.

Dalam dunia lakonan, Aishwarya telah membintangi banyak filem yang diiktiraf, antaranya Devdas (2002), Jodhaa Akbar (2008), dan Ae Dil Hai Mushkil (2016), yang mempamerkan bakat lakonannya yang serba boleh.

Aishwarya terus membuktikan kemampuannya untuk kekal sebagai ikon fesyen global dengan mempamerkan warisan budaya yang tidak ternilai sambil menginspirasikan ramai wanita untuk berjalan dengan penuh keyakinan dan nilai diri.

Peragaan beliau di Paris Fashion Week menjadi satu lagi pencapaian gemilang dalam karier fesyennya yang sudah sinonim dengan kecantikan dan pemerkasaan wanita di seluruh dunia.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/sebelum-buta-mashy-tak-suka-tengok-muka-sendiri-masitah-mohd-afandy/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI