Usia 55 Tetap Cantik Rupawan, Teruja Tengok Wajah Deanna Yusoff Sekarang – Glowing & Awet Muda!

Seakan tak percaya bila menatap foto terbaharu Deanna Yusoff, aktres popular Malaysia zaman 90-an dulu. Tanggal 3 Januari 2022, genaplah usianya 55 tahun namun raut wajahnya tetap cantik seperti masih 30-an.

Mengintai khabar terkini Deanna di Singapura, wanita yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10 itu kini masih aktif dengan kegiatan seninya di sana.

Sebagai aktres, penyanyi, model dan emcee yang masih aktif, Deanna tetap menitikberatkan aspek penjagaan kecantikan bersandarkan alam semula jadi.

Antaranya dengan mengurangkan penggunaan produk berasaskan bahan kimia yang mengancam tubuh badan.

 

 

Sarapan pagi dengan sahabat tersayang yang meraikan harijadi saya. Terima kasih untuk semua ucapan, hadiah dan kata-kata YANG bermakna.

Saya harap kalian memulakan tahun ini dengan semangat baru dan diberkati dengan tenaga yang LEBIH positif.

 

Pada usia 50-an, Deanna dilihat sebagai seorang yang mengamalkan diet sihat. Antaranya menikmati buah ara, matcha, avokado, biji chia dan smoothie pisang untuk menu sarapan berkhasiat dan tinggi antioksidan.

Gaya hidup sihat yang diamalkan oleh Deanna termasuklah berjalan dan menikmati keindahan alam bagi kesihatannya.

 

 

 

“Saya perlu reset. Saya mula beralih kepada aktiviti yang lebih senyap dan mendekatkan diri dengan orang-orang yang ‘sekepala’ agar rasa lebih seimbang dan tenang.

Saya rasa lebih bertenaga apabila menari, mendengar muzik, bermeditasi dan mewarna. Saya pilih untuk lebih fokus pada diri sendiri dan saya mahu anda semua juga begitu.” Deanna Yusoff

Demi kelestarian alam, wanita kelahiran London ini turut berbakti mengitar semula fesyen dengan membeli barangan preloved.

“Saya bawa 10 pakaian preloved saya untuk ditukar dengan 10 barangan preloved yang lain. Ini adalah cara terbaik untuk memperbaharui wardrobe saya tanpa menjejaskan planet kita.” Deanna Yusoff

 

Deanna memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Perdagangan dari sebuah universiti luar negara.

Beliau berdarah kacukan Melayu-Inggeris dan mula mencapai kejayaan dalam bidang lakonan menerusi watak Mastura lakonannya dalam filem Selubung diikuti watak sebagai Farah Hanum dalam filem Abang 92.

Popularti beliau dalam bidang lakonan mula melonjak naik menerusi drama Idaman yang mencipta sejarah sebagai Drama Melayu Paling Panjang oleh The Malaysia Book of Records.

Deanna juga pernah berlakon bersama Jodie Foster dan Chow Yun-Fat dalam filem epik Amerika, Anna and the King arahan Andy Tennant, yang mana beliau memegang watak sebagai Ratu Thiang.

 

 

Selain itu, Deanna turut melancarkan album pertamanya Divide and Continue serta album Fix di bawah syarikat rakaman Positive Tone.

Selepas sekian lama tidak beraksi di layar lebar, Deanna muncul dalam filem Chermin yang dibintangi oleh Natasha Hudson, Khatijah Tan dan Farid Kamil yang ditayangkan pada 22 Mac 2007. Beliau juga pernah terlibat dalam dua produksi Perancis, Un Homme En Collere (1999) dan Passeur d’enfants (2001).

Sumber: Facebook Deanna Yusoff

Share
Published by
Norzalina