Siapa sangka ketika asyik melihat guru mengajar di depan papan hitam, tiba-tiba perasaan cinta singgah di hati seorang pelajar. Rasa cinta murid lelaki yang berusia 15 tahun ketika itu terus subur sehingga melangkah ke gerbang perkahwinan. Ini lah kisah cinta di antara Wanita Pertama atau First Lady of France ini.
Perbezaan usia 24 tahun di antara Brigitte Marie-Claude Macron dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron mencuri perhatian dunia. Namun pasangan ini berjaya ‘menjawab’ kata-kata nakal yang dilemparkan apabila bahagia sebagai pasangan suami isteri selama 13 tahun.
Walaupun perbezaan umur mereka mencipta sedikit kontroversi ketika kemenangan Emmanuel dalam pilihan raya terdahulu, namun kini nampaknya kehadiran Brigitte Macron sebagai First Lady negara tersebut diterima baik.
Sebagaimana ramai ibu bapa lain yang belum terbuka menerima calon menantu wanita yang lebih berusia daripada anaknya begitu juga ibu bapa Emmanuel Macron. Brigitte Macron menghadapi perkara yang sama apabila percintaan ini mendapat halangan dari orang tua Mr. President ini.
Namun, tiada apa dapat menghalang cinta mereka, walaupun Emmanuel Macron telah jauh dihantar ke Kota Paris bagi tujuan memisahkan mereka. Brigitte Macron dan suaminya yang kini berusia 43 tahun melangsungkan perkahwinan sejurus Emmanuel tamat pelajaran di universiti pada tahun 2007.
Walaupun Brigitte Macron sudah menjangkau usia 67 tahun namun penampilan Brigitte Macron yang cukup mengagumkan. Nampaknya usia bukan penghalang kepada Brigitte Macron untuk kelihatan chic dan fashion forward berbanding isteri-isteri Presiden atau Perdana Menteri negara lain.
Brigitte tetap tampil anggun dan bergaya serta mempunyai cita rasa fesyen yang tinggi. Mungkin ada yang mengenali wanita anggun ini kerana telah mencipta nama di dalam kelompok fesyen global.
Beliau dilihat memberikan satu dimensi baru sebagai seorang isteri ketua negara menerusi gaya yang cukup menarik yang selalu dikaitkan dengan gadis Perancis yang pandai bergaya.
Siluet busana pilihannya juga tidak rigid seperti apa yang selalunya dipakai oleh First Lady sebaliknya memilih gaya yang popular.
Kalau nak awet muda kena rajin pakai krim pelembap, kalau produk tu dah nak habis boleh tengok kat sini.