Kalau dibandingkan wanita seusia lain, rupa paras Cher sampai sekarang masih hebat meskipun telah mencecah 76 tahun. Bukan bahagian wajah saja, tubuh badannya juga sangat cergas berkat gaya hidup sihat yang diamalkan sampai sekarang.
Sering berkongsi perjalanan kesihatannya sejak dulu lagi, selebriti Hollywood itu pernah mengakui beliau perlu berusaha lebih untuk kekal fit. Bahkan, perlu berada di gimnasium sepanjang masa untuk berlatih!
Terkenal dengan imej rambut panjang dan lagu hit ‘Believe’, wanita dengan nama asal Cherilyn Sarkisian dan lahir pada 20 Mei 1946 itu mahu semua peminatnya tahu bahawa tiada magis untuk mendapatkan tubuh yang ‘ageless’
.
Kata Cher, hanya kerja keras merangkumi diet sihat dan rutin senaman yang ketat untuk kekalkan penampilan sekarang. Jom semak rahsia kesihatan beliau di bawah!
(1) Cher amalkan diet rendah lemak
Musuh ketatnya adalah lemak, termasuk produk tenusu. Dalam bukunya yang bertajuk ‘Cher Forever Fit: The Lifetime Plan for Health, Fitness and Beauty’, beliau berkata bahawa keju adalah makanan paling dielakkan.
“Saya rasa keju tu terlalu tinggi lemak, dan ia sukar dicernakan oleh tubuh.” Cher
(2) Seorang penggemar snek sihat
Ucapkan selamat tinggal pada manisan kerana Cher lebih memilih snek sihat dalam diet hariannya. Snek kegemaran beliau adalah ubi keledek, kentang bakar dan salad Caesar.
Ubi keledek mempunyai banyak manfaat kesihatan antaranya mengawal berat badan, mengawal gula darah dan meningkatkan penghadaman.
(3) Jarang mengambil minuman keras
Cher menyertai senarai selebriti Hollywood yang sangat jarang mengambil minuman keras.
“Saya tidak menyenangi minuman keras. Paling tidak hanya tiga ke empat kali setahun saja.” Cher
(4) Elakkan gula yang diproses
Rahsia Cher sentiasa cergas dan bertenaga? Amalkan gula semula jadi daripada buah-buahan seperti pisang, betik dan nektarin. Paling penting elakkan makanan yang diproses terutamanya gula.
(5) Bertukar-tukar senaman
Cher gemar bertukar-tukar senaman dan berkongsi tentangnya dengan peminat. Bersenam lima kali seminggu dan senaman yang dilakukan merangkumi aktiviti di luar gimnasium seperti surfing.
Dalam satu ciapan beliau, tulisnya…“Just came up from Abs, Zumba, Yoga, Wall Sits.”
“Tomm. My Step Class, Yoga, Different Abs. WHOA”
(6) Belajar apa yang tidak sesuai
Walaupun sudah mempunyai rutin tetap sekarang, namun ia melalui banyak proses trial and error. Tahukah anda, Cher tidak bersenam secara serius sehingga berusia 50-an! Beliau juga tidak gemar berlari.
“Saya pernah cuba berlari dan sangat membencinya.” Cher
This website uses cookies.