Gaya Hidup

Usia Bayi Baru 7 Hari, DATIN SERI NUR SHAHIDA Hadir Majlis Raikan Kakitangan

Baharu seminggu melahirkan zuriat, Datin Seri Nur Shahida dilihat menghadiri majlis berbuka puasa di sebuah hotel baru-baru ini. Kehadiran Shahida bersama suami serta keenam-enam anak ke majlis tersebut adalah bagi memenuhi janji kepada kakitangan syarikat mereka.

“Alhmdulillah seronok dapat meraikan kakitangan dan ahli keluarga mereka di majlis malam tadi di majlis berbuka puasa dan majlis pemberian bonus yg memang diadakan setiap tahun selama 15 tahun kami berniaga😍😍…dah rancang awal..Tapi sebab dah bersalin awal kan….gagah juga datang….baru seminggu berpantang tetap saya gagahkan diri demi meraikan kakitangan yang banyak berjasa pada kami,” ujar Datin Seri Nur Shahida melalui muat naik di laman Instagram miliknya.

Mengenakan jubah rona cerah dan tampil dengan solekan, penampilan Shahida begitu menyerlah meskipun baharu seminggu melahirkan zuriat. Malah,membaca komen peminat di laman Instagram miliknya, rata-rata  memuji wajah segar Shahida yang tidak kelihatan seperti baru lepas bersalin.

Walaubagaimanapun,  ramai menitipkan komen berupa nasihat buat Shahida kerana wanita selepas bersalin sememangnya memerlukan rehat yang cukup untuk kembali bertenaga serta pulih dari luka dalaman.  Malah ramai yang melahirkan kebimbangan sekiranya Shahida terkena bentan atau komplikasi selepas kelahiran dipercayai berlaku disebabkan melanggar pantang larang tertentu yang telah ditetapkan ketika dalam proses berpantang.

Meskipun sudah 6 kali bersalin, sememangnya Datin Seri Shahida lebih arif tentang kondisi tubuhnya dan mengambil langkah-langkah terbaik sebelum hadir ke majlis berkenaan demi memenuhi janji terhadap karyawan syarikat yang diusahakan bersama suami tersayang sejak 15 tahun yang lalu.

“Kalau ikutkan badan memang tak larat tapi apabila melihat kegembiraan mereka bila dapat bonus terubat sedikit kepenatan saya,” ujarnya.

Sedikit info mengenai bentan:

  • Dalam masyarakat Melayu, bentan dipercayai berlaku disebabkan melanggar pantang larang tertentu yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, bagi wanita selepas bersalin, mereka dilarang untuk makan beberapa jenis makanan yang bersifat sejuk seperti buah-buahan dan juga timun.
  • Selain itu, wanita selepas bersalin juga tidak boleh keluar rumah selama 40 hari. Jika mereka melanggar pantang larang seperti ini, mereka akan mengalami bentan.
  • Dalam kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, masyarakat Melayu melaporkan simptom-simptom bentan seperti kekejangan otot, mengalami demam dan juga rasa menggigil kerana kesejukan.
  • Dalam dunia perubatan, bentan selepas habis pantang yang disebutkan ini merupakan komplikasi yang berlaku selepas melahirkan bayi.
  • Luka bersalin juga boleh menyebabkan bentan selepas bersalin. Bagi wanita yang melahirkan anak secara normal, jangkitan ini boleh berlaku pada luka bahagian faraj.
  • Manakala bagi mereka yang bersalin secara Caesarean, ia boleh berlaku pada luka pembedahan yang ada pada perut.
  • Antara simptom yang boleh berlaku ialah seperti mengalami demam panas, luka menjadi bengkak dan kemerah-merahan selain rasa sakit pada bahagian perut bawah.

 

 

Share
Published by
Rosmah Idayu