Suaranya lemah-lembut dan sentiasa santun dalam setiap bicaranya. Gerak-gerinya juga seringkali menjadi perhatian ramai. Lantang melontar ideologi bernas dengan bibit katanya tidak pernah lari dari menghembus angin inspirasi kepada telinga yang mendengar. Nurul Izzah bukanlah sebuah nama asing dalam arena politik negara.
Ads
Nurul Izzah bagaikan sebuah simbolik inspirasi kepada kaum wanita yang tidak pernah lelah memperjuangkan amanah kepada agama, bangsa dan negara. Sudah menjadi rutin hariannya, yang seringkali sibuk menggalas tanggungjawab, Nurul Izzah tidak pernah mengetepikan soal kesihatan, malah dia memilih untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat selain pemakanan yang seimbang sebagai ‘kunci’ dalam memastikan tubuh yang sihat.
LEBIH MEMILIH KASUT ‘FLAT’
Sebagai seorang ahli politik, postur badan menjadi elemen penting dalam memastikan dirinya sentiasa tampil yakin dan berani saat berhujah melontarkan pandangan. Jadi, pemilihan kasut yang tepat memainkan peranan penting untuk memberi keselesaan sepanjang hari.
Kasut yang tepat membantu untuk memiliki postur yang betul. Tugasan saya sememangnya sibuk dari pagi hingga ke malam. Oleh itu, saya memilih untuk memakai kasut yang ‘flat’ kerana ia lebih selesa dan kurang risiko sakit belakang.
Tambahnya lagi, sebagai seorang wanita yang pernah melahirkan anak, adalah sangat penting untuk tidak menyarungkan kasut bertumit tinggi bagi mengekalkan postur badan.
Puteri sulung kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini menganggap bahawa penjagaan teras (core) dalam perut adalah amat penting untuk memberi kekuatan suara ketika berucap, melunaskan perspektif dan berinteraksi.
SENAMAN ‘PILATES’ KEKAL STAMINA
Biarpun sukar mencari waktu untuk melakukan senaman, namun, Nurul Izzah bersyukur kerana memiliki rakan wanita muslim dari Amerika yang merupakan seorang pelatih ‘pilates’. Rakannya yang menetap di Malaysia itu seringkali memberinya tunjuk ajar dalam melakukan senaman ‘pilates’ ini.
“Senaman ini saya lakukan bersama teman- teman yang lain. Jadi inilah ruang untuk saya memberi kelonggaran dalam jadual saya untuk meluangkan masa bersama mereka”ujarnya.
Ads
RAHSIA KECANTIKAN
Biarpun usia mencecah 42 tahun, namun Nurul Izzah sentiasa kelihatan anggun dan cantik, biarpun sibuk dengan tugasan kerja. Pasti ramai yang terpaku melihat kulit mulus Nurul Izzah serta penggunaan solekan yang serba sederhana sehingga membuatkan kita tertanya-tanya apakah rejim kecantikkan yang diamalkan olehnya.
Ads
Menurutnya, air amat penting untuk memberi kebersihan dan kesihatan kulit, dari dalam dan luar. Pengalaman mengalami masalah kulit yang teruk semasa di tingkatan 2 dan 3, menjadikan Nurul Izzah lebih peka dan teliti dalam penjagaan kulit wajah.
Rahsia saya, setiap kali selepas mengambil wuduk, pastikan memakai krim pelembap muka untuk kesegaran wajah yang berpanjangan.
“Selain itu, pemakaian ‘sunblock’ serta krim mata juga amat penting untuk kecantikan kulit tambahan pula usia yang semakin meningkat dan kita terdedah dengan proses penuaan”.
Rahsia saya, setiap kali selepas mengambil wuduk, pastikan memakai krim pelembap muka untuk kesegaran wajah yang berpanjangan.
Tambahnya lagi, dia mengamalkan pengambilan vitamin B-complex, vitamin C serta Omega 3, 6 dan 9. Nurul Izzah yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, turut mengambil minyak kelapa dara, dan madu tualang sebagai sumber tambahan kecantikannya.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Itu perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan kecantikan milik pasangan ibu anak ini. Selain mewarisi kejelitaan ibu tersayang, Aaradhya Bachchan turut berkongsi bulan kelahiran yang sama seperti bekas ratu cantik tersebut iaitu November. Aishwarya dilahirkan pada tanggal 1 November 1973 manakala Aaradhya lahir pada 16 November 2011.
Bakal meniti usia 8 tahun tidak lama lagi, anak tunggal kepada pasangan selebriti ternama India ini sememangnya seorang kanak-kanak yang bertuah. Dia bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik seperti ibunya malah dilahirkan dalam keluarga berada dan terkenal. Malah, kelibat Aaradhya juga sering kelihatan ketika menemani Aishwarya ke majlis-majlis fesyen.
Biarpun masih kecil namun isteri aktor Abhishek Bachchan ini bijak mengenakan pakaian yang stailo dan sesuai untuk anak tersayang. Apatah lagi, sejak kacil lagi cucu Amitabh Bachchan ini juga sudah sering dibawa ke acara-acara hiburan.
Dek kerana sering melihat ibunya beraksi di depan lensa kamera, Aaradhya tidak kekok memberikan pose yang pelbagai. Dah namanya pun anak bekas ratu cantik, pasti ‘darah seni’ ibu dan ayah sudah sebati mengalir dalam diri anak kecil berkenaan.
Julai lalu, seluruh keluarga Bachchan dikejutkan dengan kes jangkitan Covid-19. Sehari selepas Abhishek dan bapanya disahkan positif Covid-19, Aishwarya turut dilaporkan dijangkiti virus sama. Tidak terkecuali, Aaradhya yang dilaporkan positif jangkitan Covid-19. Bagaimanapun, kesemua mereka kini bebas daripada jangkitan tersebut dan semakin pulih.
12 Oktober lepas, Aishwarya memuatnaik gambar terbaharunya di samping Aaradhya dan mentua, Amitabh Bachchan sempena ulang tahun kelahiran pelakon lagenda Bollywood itu yang ke-78 pada 11 Oktober. Ketiga-tiga mereka dilihat ceria dan sihat.
Mengintai Instagram Aishwarya, jelas menunjukkan aktres jelita ini bukan seorang selebriti yang obsess berkongsi rutin harian bersama peminat. Mula membuka akaun media sosial sejak tahun 2018, Aishwarya hanya membuat 237 posts namun popularitinya masih utuh dengan jumlah followers mencecah 9 juta! Pun begitu, dia hanya mengikuti seorang personaliti sahaja di IG iaitu suaminya sendiri, Abhishek Bachchan.
Kredit: Instagram Aishwarya Rai
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ini bukan mitos tapi realiti tentang khasiat rempah-ratus dalam dunia kecantikan. Disebabkan ia ramuan semula jadi, kandungan yang ada dalam setiap rempah-ratus yang kami kongsikan ini mudah diserap ke dalam tubuh.
Bahkan ia juga lebih berkesan, selamat dan murah. Tak hairanlah, selebriti Bollywood yang berkulit mulus pun amalkan juga.
(a) Kunyit
Kunyit merupakan salah satu petua untuk menghilangkan garis halus dan lingkaran hitam pada mata. Caranya haluskan satu atau dua biji kunyit dan tambahkan sedikit susu. Lalu tekapkan pada kulit sekitar mata. Biarkan selama 20 minit, lalu bilas dengan air hangat.
Kunyit juga berupaya mengusir kelemumur dan memperbaiki masalah kulit kepala yang kering. Caranya dengan mencampurkan kulit dengan minyak zaitun lalu balutkan campuran ke atas kulit kepala yang telah dibasahkan. Urut perlahan-lahan dan bilas dengan syampu.
Kunyit juga membantu untuk melembapkan dan menghaluskan kulit yang kasar. Hanya campur sebiji putih telur dengan dua titis minyak zaitun, lemon dan air mawar. Lalu campurkan dengan kunyit yang telah dihaluskan. Oles pada bahagian tubuh yang kering seperti siku, lutut, tumit sebelum dibilas dengan air suam.
Antara selebriti yang turut mengamalkan khasiat kunyit adalah Aishwarya Rai yang selesa menggunakan ramuan kunyit dan tepung kacang hijau untuk mengeksfoliasi kulit badan serta wajahnya.
(b) Ginseng
Sejak berabad lalu, khasiat ginseng dalam rawatan kecantikan diperakui keberkesanannya. Ia dapat memperbaiki elastin kulit dan mengencangkan otot. Kulit badan kita dapat menyerap kandungan ginseng secara efektif sehingga dapat melancarkan peredaran pembuluh darah.
Selain itu, ginseng juga berfungsi sebagai penguat rambut dan mengurangkan masalah keguguran. Timbulnya jerawat dan kulit kasar merupakan penyakit yang berhubungan dengan ketidaksempurnaan sistem metabolisme tubuh.
Oleh itu dengan meminum ginseng kita dapat mengurangi gejala-gejala tersebut di atas dan kulit anda kembali menjadi ceria dan bersinar. Apabila terkena luka goresan atau terpotong pisau, oles ginseng tersebut langsung pada luka, maka luka tersebut akan cepat merapat dan sembuh dalam jangka waktu singkat.
(d) Kekacang
Kekacang seperti kacang hazel atau badam mengandungi banyak nutrisi yang bagus untuk kesihatan. Di antaranya kalsium yang penting untuk kesihatan tulang dan gigi, zat besi yang memperbaiki fungsi produksi darah, serta kalium yang berguna untuk stimulasi sistem saraf dan otot.
Selain untuk kesihatan, ia juga kaya vitamin, mineral, dan minyak alami yang berguna untuk menghaluskan dan melembapkan sehingga berupaya memberikan perlindungan pada kulit.
(e) Minyak Zaitun
Selain terbukti menyihatkan jantung, minyak zaitun juga bagus untuk kecantikan kulit kerana kandungan dari minyaknya dapat melembutkan dan membuat kulit lebih kenyal.
Salah seorang selebriti Bollywood yang mempraktikkan petua kacang badam dan minyak zaitun untuk kesihatan rambut adalah Kareena Kapoor. Suziana Abu Daud
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Teringin beli skincare baru dalam talian? Jumpa terlalu banyak pilihan dan susah cari yang serasi untuk kulit anda?
Ya, perkembangan inovasi produk penjagaan kulit membuat mata rambang melihatnya. Semua jenama kecantikan seperti berlumba-lumba memberi yang terbaik demi kecantikan wanita.
Wanita sekarang lebih prihatin tentang kecantikan dan mendambakan produk yang mudah dan berkesan. Ayuh, tengok apa yang terbaru di pasaran Jun ini.
(a) Kasih Sayang Sejagat
Mencantikkan sambil menjaga kelestarian alam, jenama penjagaan diri Love, Beauty And Planet berpegang kepada prinsip kelihatan cantik dan berbuat baik harus seiring. Dengan keharuman bunga sebenar, setiap rangkaian produknya adalah 100% semula jadi serta bebas bahan kimia. Paling penting, menjadikan rambut begitu sihat dan bersinar-sinar!
(b) Selamat Tinggal Kulit Berminyak
Memahami keluhan pemilik kulit berminyak, Ole Henriksen melancarkan Cold Plunge Pore Remedy Moisturizer dari koleksi Balance. Krim-gel ringan ini mampu melembap, mengawal kilatan dan menyamarkan liang pori terbuka dengan efisien, sekaligus menyerlahkan pesona Ole Glow anda. Kekal menawan tanpa rasa lekit dan muka lekit berminyak-minyak.
(c) Kembangan Sakura
Bunga sakura mekar menceritakan betapa indahnya alam ciptaan Tuhan. Fanbo mengambil inspirasi bunga Jepun ini untuk menghasilkan formula elegan dalam produk kosmetik terbaharunya. Antaranya rangkaian The Precious White dengan ekstrak Sakura, Pancake Powder dan pensel kening yang sesuai untuk wanita Asia!
(d) Khasiat Minyak Dari Amazon
Mengambil inspirasi daripada kecantikan wanita Amazon sejak zaman-berzaman, Kens Apothecary mempersembahkan rangkaian penjagaan rambut, RAHUA. Menggunakan bahan-bahan aktif semula jadi dari hutan Amazon, produk syampu dan perapi RAHUA berupaya menjadikan rambut kembali beralun lembut serta sihat bermaya.
(e) Kulit Tubuh Gebu Bak Ratu
Sapuan krim badan Fenty Skin Butta Drop Whipped Oil pasti membuatkan kulitmu lebih gebu, halus dan lembut disentuh. Harumannya yang lazat, beraroma buah-buahan segar serta dirumus dengan minyak tropika seperti minyak melon Kalahari, baobab, bunga matahari dan gliserin berkesan mengatasi kulit kering serta-merta.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah – The Home...