Usia Cecah 40-an, NURUL IZZAH Tampak Muda & Anggun Berseri Dengan Rutin Kecantikannya Ini

Suaranya lemah-lembut dan sentiasa santun dalam setiap bicaranya. Gerak-gerinya juga seringkali menjadi perhatian ramai. Lantang melontar ideologi bernas dengan bibit katanya tidak pernah lari dari menghembus angin inspirasi kepada telinga yang mendengar. Nurul Izzah bukanlah sebuah nama asing dalam arena politik negara. 

Nurul Izzah bagaikan sebuah simbolik inspirasi kepada kaum wanita yang tidak pernah lelah memperjuangkan amanah kepada agama, bangsa dan negara. Sudah menjadi rutin hariannya, yang seringkali sibuk menggalas tanggungjawab, Nurul Izzah tidak pernah mengetepikan soal kesihatan, malah dia memilih untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat selain pemakanan yang seimbang sebagai ‘kunci’ dalam memastikan tubuh yang sihat.

LEBIH MEMILIH KASUT ‘FLAT’

Sebagai seorang ahli politik, postur badan menjadi elemen penting dalam memastikan dirinya sentiasa tampil yakin dan berani saat berhujah melontarkan pandangan. Jadi, pemilihan kasut yang tepat memainkan peranan penting untuk memberi keselesaan sepanjang hari. 

Kasut yang tepat membantu untuk memiliki postur yang betul. Tugasan saya sememangnya sibuk dari pagi hingga ke malam. Oleh itu, saya memilih untuk memakai kasut yang ‘flat’ kerana ia lebih selesa dan kurang risiko sakit belakang.

Tambahnya lagi, sebagai seorang wanita yang pernah melahirkan anak, adalah sangat penting untuk tidak menyarungkan kasut bertumit tinggi bagi mengekalkan postur badan. 

Puteri sulung kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini menganggap bahawa penjagaan teras (core) dalam perut adalah amat penting untuk memberi kekuatan suara ketika berucap, melunaskan perspektif dan berinteraksi.

SENAMAN ‘PILATES’ KEKAL STAMINA 

Biarpun sukar mencari waktu untuk melakukan senaman, namun, Nurul Izzah bersyukur kerana memiliki rakan wanita muslim dari Amerika yang merupakan seorang pelatih ‘pilates’. Rakannya yang menetap di Malaysia itu seringkali memberinya tunjuk ajar dalam melakukan senaman ‘pilates’ ini. 

“Senaman ini saya lakukan bersama teman- teman yang lain. Jadi inilah ruang untuk saya memberi kelonggaran dalam jadual saya untuk meluangkan masa bersama mereka”ujarnya.

RAHSIA KECANTIKAN 

Biarpun usia mencecah 42 tahun, namun Nurul Izzah sentiasa kelihatan anggun dan cantik, biarpun sibuk dengan tugasan kerja. Pasti ramai yang terpaku melihat kulit mulus Nurul Izzah serta penggunaan solekan yang serba sederhana sehingga membuatkan kita tertanya-tanya apakah rejim kecantikkan yang diamalkan olehnya.

Menurutnya, air amat penting untuk memberi kebersihan dan kesihatan kulit, dari dalam dan luar. Pengalaman mengalami masalah kulit yang teruk semasa di tingkatan 2 dan 3, menjadikan Nurul Izzah lebih peka dan teliti dalam penjagaan kulit wajah. 

Rahsia saya, setiap kali selepas mengambil wuduk, pastikan memakai krim pelembap muka untuk kesegaran wajah yang berpanjangan.

“Selain itu, pemakaian ‘sunblock’ serta krim mata juga amat penting untuk kecantikan kulit tambahan pula usia yang semakin meningkat dan kita terdedah dengan proses penuaan”. 

Rahsia saya, setiap kali selepas mengambil wuduk, pastikan memakai krim pelembap muka untuk kesegaran wajah yang berpanjangan.

Tambahnya lagi, dia mengamalkan pengambilan vitamin B-complex, vitamin C serta Omega 3, 6 dan 9. Nurul Izzah yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, turut mengambil minyak kelapa dara, dan madu tualang sebagai sumber tambahan kecantikannya.

Sumber gambar: Instagram Nurul Izzah

Share
Published by
Putra