Usia Cecah 50-an, HAJJAH AZURA KARIM Terima Menantu Perempuan Dalam Keluarganya!

Diam tak diam, bekas pembaca berita popular tahun 90-an, Hajjah Azura Abdul Karim menerima kehadiran seorang menantu perempuan dalam keluarganya baru-baru ini.

Alhamdulillah🤲. Welcoming my daughter in law Nur Fatinah Al Nassir Ahmad Fauzi to the family❤. Congrats Nadiem and Fatt.

Melalui perkongsian di Instagram miliknya, anak ketiga Azura Karim, Syanadiem selamat melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihan hatinya, Nur Fatinah Al Nassir Ahmad Fauzi pada 1 Julai 2023 yang lalu.

JUGA BACA: https://www.nona.my/warisi-kecantikan-berusia-25-tahun-azura-abdul-karim-kongsi-keistimewaan-sarah-amanda/

Majlis pernikahan tersebut telah berlangsung di Putra Glass House yang dihadiri kaum keluarga terdekat kedua belah pihak. Rona putih menjadi pilihan pasangan ini sempena majlis pernikahan tersebut.

Meskipun sudah bersara dari karier sebagai  penyampai berita, Hajjah Azura lebih selesa memberi tumpuan terhadap keluarganya di samping  turut mengusahakan bisnes miliknya iaitu decoupage gifts @decopatchtiffin by Azura Abdul Karim.

Pada usia 53 tahun, penampilan Azura Karim tetap anggun dan jelita meskipun sudah meninggalkan dunia pengacaraan dan televisyen yang glamor. Wajah keibuan jelas terpancar di wajahnya saat menerima kehadiran anggota baharu dalam keluarganya itu.

Pasangan juruterbang dan bekas pembaca berita popular tahun 90-an ini dikurniakan lima orang cahaya mata dan masing-masing mempunyai kerjaya dan bakat tersendiri.

Selamat pengantin baharu buat pasangan mempelai dan semoga menjadi kebahagiaan dan kebanggaan kedua ayahanda dan bonda, InsyaAllah.

 

 

 

Share
Published by
Rosmah Idayu