“Life begins at 50. Trust me.”
Itu antara kata-kata yang ditulis oleh aktres dan penyanyi jelita, Sophia Latjuba di akaun Instagramnya.
Penuaan menjadi satu perkara yang ‘membimbangkan’ bagi sesetengah wanita. Tetapi tidak bagi aktres jelita, Sophia Latjuba yang berketurunan Bugis-Jerman-Jawa ini. Cantik, bergaya dan bertenaga siapa sangka ibu anak 2 ini rupa-rupanya bakal menginjak usia ke 52 tahun!
Sophia atau nama sebenarnya Sophia Inggriani Latjuba atau Sophia Muller ini sememangnya terkenal sebagai salah seorang wanita tercantik dan awet muda di Indonesia. Sophia dilahirkan di Berlin, Jerman pada 8 Ogos 1970. Ibunya berasal dari Austria manakala bapa berketurunan Bugis-Jawa.
Sophia bijak menyeimbangkan gaya hidup positif dengan kerjaya sehingga menampakkan hasilnya sekarang. Bila bersama anak-anak daranya kelihatan seperti kakak dan adik!
RAJIN BERSENAM & YOGA
Sophia rajin bersenam dan yoga antara aktiviti kecergasan yang dilakukan secara rutin. Selain yoga, Sophia juga aktif berenang dan mendaki (hiking). Sophia yang hanya meluangkan masa sekitar 60 minit setiap hari untuk aktiviti yoga.
“Setiap hari pasti bersenam, yoga. Saya percaya kalau kita selalu bersenam kita mendapat banyak manfaat.”
MAKAN SECARA SIHAT
Selain bersenam, Sophia juga menjaga pemakanannya. Kalau nak tahu, Sophia seorang vegetarian (penggemar sayur-sayuran) dan hanya memilih makanan yang berasaskan sayuran.
MENJAGA RUTIN KECANTIKAN
Untuk rawatan kulit wajah, Sophia mengakui dia tidak menggunakan rangkaian produk yang terlalu banyak.
PUNYA DAY-OFF DALAM SEMINGGU
Seperti yang dikongsi di YouTube Tribun Network, Sophia meluangkan masa sekurang-kurangnya 2-3 hari dalam seminggu untuk day-off. Ia memberi ruang kepada Sophia untuk berehat secukupnya dari segala kesibukan.
Menurut Sophia, segalanya menjadi lebih baik jika tubuh dan minda sentiasa dalam keadaan positif.
“You have to be happy. Sorround dengan orang-orang yang positif untuk kita. bila Semakin tua,yang negatif-negatif itu biasanya akan tersingkiR dari hidup kita. so it is good.”
Untuk rekod, Sophia sebelum ini pernah 2 kali berkahwin tetapi kedua-duanya menemui kegagalan. Perkahwinan pertamanya cuma mampu bertahan selama setahun dan dikurniakan anak perempuan bernama Eva Celia yang kini berusia 30 tahun. Manakala perkahwinan ke-2 dia dikurniakan seorang lagi puteri, Manuella Natasha Aziza Villareal yang kini 17 tahun.
Kredit Foto: Instagram @sophia_latjuba88
This website uses cookies.