Sedar tak sedar dah genap empat tahun usia anakanda kesayangan Che Puan Sarimah Ibrahim dan cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar.
Cepat betul masa berlalu. Nampaknya YM Tunku Sofia Najihah Binti Tunku Nadzimuddin kini semakin comel dan bijak!
Untuk info, CP Sarimah bernikah dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.
Empat tahun kemudian iaitu pada 19 Julai 2019 lahirlah seorang puteri diberi nama Tunku Sofia Najihah bermaksud kemenangan yang indah dalam Islam.
Menurut CP Sarimah, nama itu juga turut menggabungkan nama nenda suaminya iaitu ‘Najihah’.
Basru-baru ini CP Sarimah berkongsi di Instagram peribadinya, ucapan harijadi buat Tunku Sofia.
CP Sarimah memuat naik foto Tunku Sofia yang menyarungkan ballgown
berwarna maroon lengkap dengan crown. Jelas terpancar kegembiraan pada wajah Tunku Sofia apabila mengenakan gaun tersebut. Sweet sangat!Tulis CP Sarimah di ruangan kapsyen: –
“Happy 4th birthday sayang @tunkusofianajihah.. Alhamdulilah… to the loveliest smartest kindest little one in our world..
“Mummy and daddy deeply love you our munchkin sayang.. may you have health and happiness and contentment always. Amin,” kongsi CP Sarimah yang pernah dinobatkan sebagai Pengacara TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2010.
Dalam hantarannya yang kedua, CP Sarimah sekali lagi menitipkan kata-kata ringkas buat Tunku Sofia.
“Our little princess. Happy birthday sayang.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para peminat serta pengikut CP Saruimah menitipkan ucapan dan harapan buat Tunku Sofia.
Semoga Tunku Sofia membesar sebagai anak yang solehah, bijak dan berbakti kepada kedua ibu bapa.
This website uses cookies.