Usia Hampir Dua Bulan, ERIYCA BAIDURI Akhirnya Umum Nama ‘Baby A’

Usahawan terkenal dan pengasas produk kecantikan NOIR, Eriyca Baiduri baru-baru ini selamat bersalin seorang anak lelaki hasil dari proses in vitro fertilization (IVF). Menjangkau usia hampir dua bulan, nama pemilik eriyca Baiduri Abd Rashid ini baru-baru ini mengumumkan nama anaknya adalah Ahmad Kayden.

Selepas hampir dua bulan bersalin, Eriyca atau lebih mesra disapa Madammu, 33, berkata, dia dan suami sepakat memilih nama berkenaan yang membawa maksud kekuatan. “Kami memilih nama Ahmad Kayden yang membawa maksud kekuatan,” jelas Madammu pada Mstar.

Madammu juga sempat berterima kasih kepada semua pengikutnya yang sentiasa mengikuti perkembangan dan perjalanan kehamilannya sepanjang proses persenyawaan in-vitro (IVF). “Terima kasih kerana mengikuti Journey IVF mummy dari awal sehingga ke hari ini. I Love u alls.”

Pada 9 jun lalu, usahawan terkenal terkenal itu mengumumkan dirinya selamat melahirkan anak pertama di sebuah pusat perubatan terkemuka di ibu kota. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Madammu menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Menurut sumber, proses kelahiran Ahmad Kayden berjalan dengan lancar dan mengambil masa 40 minit untuk dilahirkan.

Untuk informasi, Eriyca mendirikan rumahtangga dengan Tukang Penasihat NOIR, Azri pada 2015. Suaminya itu merupakan duda dan memiliki 3 orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus