Diam tak diam, dah lima bulan usia kandungan Fazeera Nazri Azrai yang juga isteri kepada selebriti popular Fizo Omar ini. Makin berseri-seri wajah ibu hamil!
Mula menyesuaikan diri dengan tempias dunia glamor selepas bergelar isteri Fizo, penampilan dan kehidupan Fazeera atau mesra disapa Faz tidak terlepas menjadi perhatian peminat.
Apatah lagi sejak berita kehamilannya diketahui umum, ramai yang mahu mengetahui perkembangan bekas pramugari ini.
Dalam temu bual Nona On Air bersama Faz baru-baru ini, wanita kelahiran Kuching, Sarawak tersebut secara eksklusif berkongsi sisi peribadi.
“Alhamdulillah kami regularly buat check-up baby. Sekarang dah coming to 5 months. Due date inshaAllah early Julai, 10 Julai. Perancangan lepas bersalin nanti of course jaga baby dan lepas habis degree, I planning to persue my Master dalam bidang psikologi.
Faz juga plan untuk buat modul sendiri macam buat satu course
untuk motivate people. Course ini lebih emotional intelligence tapi Faz lebih kepada English sebab pada Faz kita dah faham Bahasa Melayu.Why not kita cuba something new dengan spread the awareness Bahasa Inggeris juga boleh diguna pakai dan amalkan bahasa yang kita kurang fasih. Macam Faz pun masih ada grammar error, pronouncation tak betul.
Tapi sampai bila kita tak nak belajar. Jadi, jangan malu mula dari zero,” jelas Faz yang mengaku turut saling berkongsi idea dengan suami tercinta.
Mengulas lanjut detik perkenalan dengan pelakon ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ berkenaan, Faz sambil tertawa membuka cerita.
“Tak plan pun nak go futher, nak kenal-kenal je. Masa tu kami kenal melalui kawan, kami exchange phone number and then kita selalu jumpa, keluar jumpa family and suddenly keluarga merestui hubungan and I pun selesa dengan family dia. Jumpa Maryam pun dia sangat ok dengan saya. Jadi, we decided to get married.”
Tambah Faz lagi, “First time
jumpa mak dia, Fizo ajak Faz pergi rumah. Masa tu mak dia tak tahu lagi, kira Fizo buat surprise la. Tiba-tiba mak dia tengok Faz dan sangat terkejut sebab tak plan. Mula-mula agak awkward sebab tak plan.Day by day, mama dia ajak Faz datang rumah, masak untuk Faz and everytime Faz nak balik rumah tu dia mesti tapau something for me. Kami ada hubungan mother and daughter yang baik. I can feel that.”
Ditanya kenapa Fizo Omar jadi pilihan? “Apa yang saya nampak tu fizo is very lovely actually. Dia sangat lovely especially everyone around him, dia sangat baik dan dia suka sangat tolong orang. Itu yang saya nampak. Dan dia punya family bonding tak macam lelaki lain.
Lelaki lain sometimes malu nak bawa mak ke mana-mana. Tapi dia tak kisah. Everywhere dia pergi ada his mom jadi benda tu buat faz macam he’s the one.”
Sebelum mengakhiri perbualan, Faz yang berkahwin pada usia muda turut diminta menitipkan pesanan buat wanita di luar sana yang bakal atau sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga kelak.
“Faz rasa Faz tak layak sebab baru berapa bulan kahwin. Perasaan takut kahwin tu normal, sebab tak ready kan. Ilmu-ilmu rumah tangga tu tak ada lagi. Tapi bila Faz fikir balik, sampai bila kan takut nak kahwin. Takkan nak after 30 tahun baru kita nak fikir kahwin lepas kita dah ada experience.
Daripada situlah, dari usia muda ini kita develop ilmu perkahwinan tu. Kalau masak tak pandai tak apa. Masa dah kahwin, automatik minat tu akan ada nak masak.
Dari situlah kita belajar mengenai pasangan kita. Kalau masa bercinta tu lain, after getting married, stage dia lain pula. Dan waktu itulah kita betul-betul kenal partner kita. Jadi kahwinlah sekarang, siapa-siapa yang nak kahwin tu,” pesan Faz.
This website uses cookies.