Siapa yang tidak terpersona dengan lakonan Julia Roberts dalam filem-filem mega lakonannya seperti Pretty Woman, Noting Hill, MonaLisa Smile, Eat Pray Love dan banyak lagi. Filem-filem lakonan wanita cantik ini menjadi tontonan sehingga ke hari ini.
Siapa sangka, pada usia 55 tahun, Julia Roberts tetap jelita dan pernah dinamakan sebagai wanita paling cantik di dunia sebanyak 5 kali dalam senarai tahunan majalah People. Ini adalah rekod yang belum pernah dicapai oleh selebriti lain setakat ini!
Mencecah usia 55 tahun, dia masih menjadi salah seorang wanita paling cantik jom lihat apakah rutin kecantikan yang diamalkannya!
1.Tak Pernah Tinggalkan Pemakaian SPF
Menyedari kesan pancaran sinar matahari yang bole memudaratkan kulit, Julia Roberts tidak pernah meninggalkan krim pelindung matahari dengan SPF dalam rutin sehariannya. Dia memilih SPF 30 untuk hari yang lebih aktif kerana ia berfungsi sepenuhnya tidak kira bertapa berpeluh atau berapa banyak masa yang dihabiskan di luar.
2.Krim Pelembap Tangan
Tidak dinafikan ramai wanita kurang mengambil perhatian penggunaan losyen atau krim tangan kerana lebih mementingkan penjagaan wajah semata-mata. Tetapi bagi selebriti ini, dia percaya tangan juga boleh menunjukkan tanda-tanda penuaan. Julia percaya bahawa mencari pelembap yang baik untuk tangan adalah kuncinya.
3. Cuci Muka Sebelum Tidur
Memastikan wajahnya bersih dari sebarang solekan, Julia mengaku bahawa bahagian penting dalam rutin kecantikan hariannya terdiri daripada menggunakan makeup remover yang berkesan.
4. Penggemar Pelembap Ringan Dan Lembut Dari Lancôme
Menurut Genevieve Herr, jurusolek Julia Roberts mendedahkan bahawa sebahagian daripada rahsia penampilan semula jadi ialah menggunakan asas pelembap dari Lancome. Ia bukan sahaja meningkatkan keserian tetapi juga mengurangkan garis halus. Formula ini membolehkan kulit bernafas, dan ia juga mempunyai bahan berkhasiat seperti asid hyaluronik, yang berfungsi sebagai gebu, dan asid mandelik, yang melicinkan dan menghaluskan kulit.
5.Memberus Gigi Guna Baking Soda
Kalau nak dapatkan rahsia senyuman seperti Julia Roberts, boleh guna trik ini! Rupanya Julia Roberts menggosok gigi dengan menggunakan baking soda. Ia merupakan petua yang dikongsi oleh datuknya untuk mendapatkan gigi yang sempurna. Bayangkan, datuk Julia hanya memiliki satu cavity sahaja sepanjang hayatnya. Ajaibnya kuasa baking soda!
6.Bersenam Selama Satu Jam
Julia Roberts bersenam di rumah sambil menjaga anak-anaknya. Dia membahagikan masanya dengan melakukan 20 hingga 40 minit rutin aerobik diikuti dengan 40 minit untuk badan, (satu siri latihan yang tertumpu pada menguatkan teras dan mengurangkan keradangan), tekan tubi, plank (60 saat setiap satu), squat, dan crunch. Kadangkala, dia akan menggantikan dengan berenang dan berlari.
Julia Roberts juga pernah berkata bahawa salah satu rahsia terbesarnya untuk kekal awet muda ialah melalui proses penuaan dengan tenang. Mendirikan rumahtangga bersama suaminya, seorang jurukamera bernama Daniel Moder, pasangan ini bertemu sewaktu penggambaran The Mexican pada tahun 2000. Mereka berkahwin pada 4 Julai 2002, di ladangnya di Taos, New Mexico.
Pada 28 November, 2004, mereka dikurniakan anak kembar, anak perempuan Hazel Patricia dan anak lelaki Phinnaeus Walter. Anaknya yang bongsu Henry Daniel Moder, dilahirkan pada 18 Jun, 2007 di Los Angeles.
This website uses cookies.