Inspirasi

Usia Perkahwinan Cecah 13 Tahun, Suri Hati Raja Amir Shah Ini Syukur Dikurnia Keluarga Bahagia!

Pastinya ramai yang mengimpikan kehidupan bahagia seperti bekas personaliti TV, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain. Apa tidaknya, bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik dan berbakat dalam dunia penyiaran. Bahkan suri hati Raja Amir Shah ini bertuah kerana dikurniakan seorang suami penyayang dan setia serta anak-anak comel sebagai penyeri rumah tangga.

Mula mencipta nama sebagai pengacara menerusi program televisyen Majalah 3 dan menjuarai program realiti Malaysia Top Host 2005, Nurul Syuhada bakal mencecah usia 40 tahun pada November nanti.

Meskipun bakat wanita kelahiran Negeri Sembilan ini mampu bersinar lebih jauh namun Nurul Syuhada Nurul Ain nekad memperlahan karier pengacaraan sejak mendirikan rumah tangga dan menjadi ibu.

Difahamkan suami tercinta, Raja Amir Shah merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah institusi perbankan.

Nurul Syuhada sah bergelar isteri kepada Raja Amir Shah Raja Azwa pada 16 Julai 2012. Menerusi perkongsian di media sosial, dia menzahirkan rasa syukur kerana usia perkahwinan mereka sudah pun menjangkau lebih sedekad.

Lebih istimewa, suami kesayangan turut menghadiahkan perhiasan bunga orkid putih dan sekeping kad ucapan sebagai tanda penghargaan kepada isteri tercinta.

“Bismillah. Ling Ling going 13! Alhamdulillah!”

13 tahun hidup sebagai suami isteri, pasangan ini bahagia dengan kehadiran sepasang kembar iaitu Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan, Raja Ahmad Shah dan Raja Aasiya Amaal.

Tanggal 20 Jun 2023, Nurul Syuhada dan suami menerima jemputan sebagai jemaah haji dan berkongsi pengalamannya mengerjakan rukun Islam kelima itu di media sosial.

Turut menemaninya ialah suami tercinta yang sama-sama menunaikan ibadah haji biarpun ia merupakan kali kedua dia melaksanakan ibadah itu.

Artikel https://www.nona.my/11-tahun-kahwin-belum-ada-rezeki-zuriat-izzue-islam-isteri-bahagia-dengan-cara-sendiri/

Share
Published by
Suzi