Diam tak diam, usia perkahwinan Ajai dan Liza Ilias sudah pun mencecah 15 tahun. Meskipun sudah lebih sedekad hidup bersama namun kemesraan di antara mereka jelas terpancar. Bahkan ke mana saja pergi, pasti kelibat isteri tercinta ada di sisi komposer terkenal berkenaan.
Bukan hanya menggalas tanggungjawab sebagai isteri, Liza atau nama penuhnya Norliza Ilias juga merupakan pengurus kepada Ajai. Sebelum ini, dia pernah bertugas sebagai pegawai kanan Maestro Talent Management.
Liza Ilias Suri Hati Ajai Juga Pengurus Artis
Kini, Liza yang meniti usia 53 tahun berkhidmat sebagai pengurus artis bagi syarikat pengurusan artis Wake The Baby (WTB). Menerusi perkongsian di media sosial, wanita yang berpengalaman luas dalam dunia pengurusan selebriti ini memuat naik momen sambutan hari lahir Ajai yang ke-50 pada 16 Mac lepas.
Turut kelihatan meraikan ulang tahun kelahiran penulis lirik lagu Saat Hilang Cintamu itu ialah anak perempuan Ajai iaitu Ayu dan Danisha.
Ads
Liza Ilias sah bergelar isteri Mohamad Faizal Maas atau Ajai pada 15 Ogos 2009. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Danisha yang genap mencecah usia 15 tahun pada 21 April lepas.
Terdahulu, Ajai pernah berkahwin dengan penyanyi popular iaitu Nurul. Bagaimana pun mereka bercerai pada tahun 2007 dan mempunyai seorang anak perempuan iaitu Ayu Nazirah yang kini berusia 27 tahun.
Ads
Difahamkan Ayu Nazirah atau mesra disapa Ayu kini bertugas dalam bidang zoologi.
Liza Ilias Bahagia 15 Tahun Layari Perkahwinan Ajai
Memetik kenyataan Liza ketika meraikan ulang tahun perkahwinan ke-15, dia tidak ketinggalan menitipkan ucapan istimewa buat lelaki kesayangannya itu.
“It does takes time to build something. It’s not entirely perfect but it’s worth the journey. Our anniversary reminds us of a lot of hardship, sacrifices that lead to happiest moments for us to treasure.
May the life and love we share becomes stronger as we grow older together. I’m so blessed. Blessed to be with you, our kids and the whole entire family. Alhamdulillah thank you Allah.”
Tanggal 13 Mac 2019 menjadi memori terindah Mawar Rashid kerana pada detik itulah dia akhirnya bergelar seorang ibu. Waktu itu dia baru berusia 24 tahun dan selamat melahirkan bayi lelaki comel yang diberi nama Raden Muhammad Rafael secara normal. Mengakui kompas hidupnya berubah sejak kehadiran Rafael namun ibu muda ini positif
mendepani hari mendatang bersama suami tercinta, Raden Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Raf.
Kini setelah Rafael meningkat usia setahun barulah Mawar kembali aktif dengan kerjaya seni dan lakonan. Apatah lagi, suami tercinta sentiasa menyokong minat dan apa juga keputusan Mawar. Selain bakal membintangi sebuah telemovie, selebriti cantik ini juga dilihat semakin ligat merencana empayar kosmetik, Mawarose. Dalam diam rupa-rupanya Mawar sudah pun bergelar usahawan.
Teruja berkongsi perniagaan kosmetik yang diusahakan, dia berkata, “Mawar tengah dalam perbincangan untuk masuk berlakon balik. First lakonan saya selepas ada baby ini ialah Thank You, Kapten. Lepas habis cerita tu, Mawar ambil cuti sekejap untuk beri tumpuan menghasilkan produk Mawarose. So far, kami dah berjaya keluarkan produk lip and cheek serum Magic Rose. Istimewanya produk ini, ia turut dijual melalui vending machine. Jadi lebih mudah untuk pembeli mendapatkan produk Mawarose.”
Ditanya rutin harian sejak adanya Rafael, sambil tertawa Mawar membuka cerita, “Jujur, sejak ada anak Mawar tak pernah dapat tidur yang cukup. Katakan kalau balik dari shooting dan sebagainya pukul 3 pagi, dalam pukul 5 atau 6 pagi macam tu Mawar dah terjaga sebab Rafael jenis bangun pagi. Untuk pastikan rutin Mawar tidak terkejar-kejar, preparation dari segi masa sangat penting.
Waktu makan anak pun Mawar letak dalam phone sebab kadang-kadang terlupa sebab sibuk. Pendek kata, rutin harian dah bertambah. Tapi setakat ini walau sibuk macam mana pun dengan bisnes dan shooting, Mawar tetap ada masa untuk anak-anak, suami dan keluarga. Kalau rancang masa betul-betul, mesti kaum ibu di luar sana pun boleh buat.”
Sememangnya menjadi ibu pada usia muda bukan satu tugas mudah. Tanpa bantuan insan tersayang dan pengurusan masa yang bijak pastinya tugas tersebut tidak mampu dilaksanakan dengan sempurna. Pun begitu, Mawar sangat bertuah kerana sejak melahirkan Rafael, amanat menjaga anak kecil turut dibantu ibu kandung iaitu Marinee Abdullah dan ibu mentua, Datin Umi Kalsom.
Mawar Rashid mendirikan rumah tangga bersama Raf pada 9 November 2017. Sebelum berkahwin dengan Mawar, Raf mempunyai dua orang anak iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela menerusi perkahwinan terdahulu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan artis wanita era 80an Azian Mazwan Sapuwan yang popular dengan lagu berjudul Rumah Kecil Tiang Seribu dan Erti Budi.
Wanita yang memiliki susuk tubuh persis anak dara ini sebenarnya ibu kepada 7 orang anak dan berusia 48 tahun.
Selain mengekalkan bentuk badan, Azian yang berketinggian 154 cm ini juga berjaya memiliki saiz pinggang idaman ramai wanita iaitu 27 inci dengan berat 49 kg.
Mempunyai berat badan yang sukar naik juga adalah satu kelebihan buat Azian. Kagumnya!
Ketika penulis berbual santai bersama Azian dalam satu sesi fotografi, Azian sempat berkongsi 10 rahsia cantik dan sihat yang diamalkan.
Mudah rupanya! Tapi syaratnya perlu konsisten ya.
10 RAHSIA CANTIK & SIHAT AZIAN MAZWAN SAPUWAN
Jangan minum ais kerana ianya sejuk. Bimbang urat dan perut kita sejuk, tegang seterusnya kita jadi tidak sihat. Apabila tidak sihat terus naik ke muka. Kalau nak minum sekali sekala boleh.
Ambil sekurang-kurangnya satu jenis vitamin sebagai makanan tambahan untuk badan. Jangan berlebihan bimbang nanti antibodi badan yang sedia ada akan terganggu. Saya mengamalkan satu jenis vitamin sahaja iaitu CalMeg (kalsium dan magnesium dalam satu tablet).
Banyakkan meminum air kosong.
Tidur yang cukup. Tidak semestinya tidur yang lama tetapi tidur dalam jangka masa ideal yang diperlukan badan.
Elakkan bangun lambat bimbang nanti badan akan menjadi lesu, penat, malas dan sakit urat.
Mandi pagi sebelum Subuh. Badan kekal cergas dan segar sepanjang hari.
Jaga pemakanan. Kalau makan nasi ambil lauk yang tidak memudaratkan tekak, perut dan badan. Contohnya alergik.
Saya amalkan minum air kunyit tetapi tidak terlalu kerap. Apabila datang bulan saya berhenti buat sementara. Saya dapatkan stok dari seorang rakan yang membuatnya sendiri. Jus kunyit bagus untuk kulit muka serta urat-urat badan.
Sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan diri sendiri. Jangan mudah buruk sangka kepada seseorang kerana kita sendiri belum tentu sempurna dan terbaik. Lebih baik perbaiki kekurangan diri. Elakkan banyak berborak kosong kerana ia membawa kita ke arah anasir-anasir negatif.
Sentiasa menjaga penampilan diri dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Simple pun orang tetap akan pandang kita. Untuk seri wajah sekurang-kurangnya calitlah lipstik ketika hendak keluar.
Selain bergelar penyanyi, Azian juga kini merupakan Penolong Akauntan di Jabatan Akauntan Negara sejak 10 tahun lalu. Sebelum ini Azian pernah bertugas dalam sektor swasta selama 13 tahun dalam bidang yang sama. Minatnya terhadap bidang nyanyian adalah sejak usia 11 tahun dan mula serius selepas menyertai pertandingan Bintang RTM 1986.
Kredit Foto: Instagram Azian Mazwan Sapuwan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekalung tahniah buat Datin Rita Sosilawati yang berjaya menggenggam Sarjana buat kali kedua baru-baru ini. Dalam kesibukan menguruskan pelbagai cabang perniagaan seperti kosmetik, restoran dan fesyen tetap bersemangat menimba ilmu serta mengejar impian hidup. Kecekalan Datin Rita ini memang patut dijadikan inspirasi!
Berkongsi pencapaian menamatkan pengajian Sarjana dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di University of London, ia juga merupakan kali kedua ibu kepada lima cahaya mata ini menggenggam Sarjana. Pada 2010, Datin Rita memperoleh Sarjana dalam bidang Sains.
Menerusi momen yang dimuat naik di media sosial, isteri kepada Datuk Khamarulazlan Mohammad Hanafiah ini meluahkan rasa syukur atas kejayaan yang diimpikan selama ini.
“Alhamdulillah sujud syukur padaMu Ya Allah. Engkau telah mudahkan segala urusanku. Kepada arwah mak dan abah, this is for you. This year too many achievements I have achieved for my education. Wild ride but still can managed.”
Datin Rita Sosilawati atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana Buhari turut mendedahkan menerima London Innovation and Strategy Award (LISA) Award hasil kertas penyelidikan yang diusahakannya berkaitan ‘Cosmetic and Personal Care’.
“Research paper for Malaysia and local cosmetic specific for brand Nouvelles Visages and this is the one and only award in innovation that conferred in British Parliament.”
Selain itu, anak kepada usahawan Allahyarham Datin Sosilawati Lawiya berkenaan turut berjaya menamatkan Professional Certificate Diploma in Innovation and Strategy (PCIS).
Beliau turut mendedikasikan kejayaan yang diraih kepada suami tercinta, anak-anak dan adik-beradik tersayang atas sokongan tidak berbelah bahagi terhadapnya sepanjang bergelar pelajar universiti.
Datin Rita sebelum ini menerima Ijazah Sarjana Muda Seni (Tekstil) Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.