Inspirasi

Usia Perkahwinan Cecah 5 Tahun, Faisal Halim Figura Bapa Penyayang & Suami Setia!

Tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim disifatkan seorang bapa penyayang dan suami yang baik serta setia. Bakat dan prestasi membanggakan bintang bola sepak tanah air ini setiap kali beraksi di padang mendapat perhatian ramai dan meraih pujian peminat sukan negara.

Tidak sekadar hebat di padang dan karier sukan yang semakin menyerlah, Faisal atau nama sebenarnya Muhammad Faisal Abdul Halim turut memiliki pesona ‘family man’ yang menyenangkan.

Lebih mesra disapa sebagai Mickey, pemain kelab bola sepak Selangor berusia 26 tahun ini juga merupakan bintang skuad bola sepak kebangsaan Harimau Malaya.

Menerusi perkongsian Faisal di media sosial miliknya jelas terserlah sisi bapa penyayang. Setiap kali selesai latihan mahupun perlawanan di dalam dan luar negara, dia pasti akan meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Kredit Instagram @faisalhalim.7
Kredit Instagram @faisalhalim.7
Kredit Instagram faisalhalim.7
Kredit Instagram @faisalhalim.7
Kredit Instagram @faisalhalim.7

Faisal turut terbuka melahirkan rasa syukur dan penghargaan terhadap isteri tercinta kerana sentiasa setia menjadi tulang belakangnya.

Dalam temu bual bersama Era FM, tanpa berselindung dia menitipkan rasa gembira.

“Selama lima tahun berumah tangga, isteri sangat memahami jadual saya walau kurang masa bersama keluarga, dia tetap support saya. Ketika nama saya tengah diangkat pun dia tak berlagak. Itu yang saya suka tentang isteri saya.

Terima kasih kerana selalu doakan daddy dan memberi semangat untuk daddy berjuang. Begitu juga mak ayah dan abang yang selalu support.”

Kredit Instagram @faisalhalim.7
Kredit Instagram @faisalhalim.7
Kredit Instagram @faisalhalim.7
Kredit Instagram @faisalhalim.7
Kredit Instagram @faisalhalim.7

Faisal Halim mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dengan wanita pilihan yang dikenali sebagai Norsyazwani. Hasil perkongsian hidup selama lima tahun, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalish Aryan berusia empat tahun.

Baru-baru ini Faisal menjadi tumpuan masyarakat selepas dia dilaporkan mengalami kecederaan akibat disimbah asid sulfurik pekat.

Disebabkan insiden itu, Faisal disahkan melecur tahap empat di sekitar tubuhnya dan kecederaan di badannya juga agak kritikal.

Artikel https://www.nona.my/rangkul-naib-juara-asia-beregu-badminton-nur-izzuddin-rumsani-bergelar-suami-usia-25/

Dia turut dilaporkan menjalani satu lagi pembedahan untuk memastikan kesihatan Faisal berada dalam keadaan stabil.

Arena bola sepak negara seperti ditimpa malapetaka apabila dua pemain kebangsaan iaitu Faisal dan Akhyar Rashid diserang oleh penjenayah.

Share
Published by
Suzi