Gaya Hidup

Usia Perkahwinan Dah 35 Tahun, Ratu Hati Dato’ Seri Azmin Ini Setia, Ada 6 Anak & 5 Cucu!

Kemenangan suami tercinta, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini tentunya menjadi berita paling gembira buat Datin Seri Shamshida Taharin.

Walau karier politik suami diuji namun sebagai isteri, Datin Seri Shamshida atau mesra disapa Shida ini setia di samping lelaki kesayangan dalam keadaan susah mahupun senang.

Mendekati ratu hati wakil rakyat tersebut, Datin Seri Shida seorang wanita berjiwa cekal dan ibu penyayang. Dia dan Dato’ Seri Azmin melanjutkan pengajian di universiti yang sama di Amerika Syarikat.

Mereka berkenalan rapat di sana sebelum mendirikan rumah tangga pada tahun 1988.

Kredit Instagram @azmin_ali
Kredit Instagram @shamshidataharin

Menerusi perkongsian Dato’ Seri Azmin di media sosial miliknya, ADUN Hulu Kelang berkenaan memanjat kesyukuran atas kurniaan isteri dan keluarga tersayang bersempena ulang tahun perkahwinan pada Julai lalu.

“30 Julai adalah hari yang paling istimewa untuk diri saya dan Shida. Kami menyambut ulang tahun ke-35 perkahwinan kami.

Alhamdulillah dikurniakan enam orang anak dan lima orang cucu. Semoga kami kekal bahagia sehingga ke jannah.”

Kredit Instagram @shamshidataharin
Kredit Instagram @azmin_ali
Kredit Instagram @shamshidataharin
Kredit Instagram @shamshidataharin
Kredit Instagram @shamshidataharin

35 tahun bergelar suami isteri dan melayari alam perkahwinan, pasangan ini dikurniakan enam cahaya mata iaitu Farah Shazliyana, Mohamed Ameer Shazrin, Farah Amira, Farah Afifah, Mohamed Basheer Noor Alhaq dan Mohamed Yusuf Al Sadiq.

Bahagianya seorang ibu apabila keenam-enam anak ini mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang dan berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading sama seperti ibu bapa mereka.

Ketika hari pengundian PRN pada 12 Ogos lalu, kelibat Datin Seri Shida sentiasa berada di sisi Dato’ Seri Azmin. Malah, dia turut turun padang beramah mesra dengan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang tersebut sebagai tanda sokongan kepada suami.

Kredit Instagram @azmin_ali
Kredit Instagram @azmin_ali
Kredit Instagram @azmin_ali
Kredit Instagram @azmin_ali

Kongsi Datin Seri Shida, “Aku menadah tangan memohon doa agar dikurniakan perlindungan dan keselamatan terhadap hambaMu, Mohamed Azmin bin Ali. Sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan dariMu dari segala bentuk kezaliman.

Sesungguhnya Engkau Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala sesuatu. Berikan kemenangan kepada suamiku Mohamed Azmin bin Ali dengan segala kebaikan bersamanya.”

Dari awal pembabitan Dato’ Seri Azmin dalam arena politik sehinggalah menyandang jawatan menteri suatu ketika dulu, wanita ini setia berdiri di belakang suami yang berbeza usia hanya setahun lebih muda daripada Dato’ Seri Azmin.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/cinta-sampai-tua-dah-bercucu-pun-ds-hishammuddin-isteri-ibarat-kekasih-hangat-bercinta/

 

Share
Published by
Suzi