Beruntung Dida Sinclair kerana bukan hanya mempunyai suami penyayang. Malah dikurniakan anak-anak yang ‘cantik’ budi pekerti dan menantu yang baik. Kemesraan dan rumah tangga bahagia Dida Sinclair di samping suami tercinta, Mohamed Sinclair wajar menjadi inspirasi.

Mana tidaknya, walau usia perkahwinan menjangkau hampir lima dekad namun kedua-duanya masih romantis dan saling menghargai.

Dida Sinclair Wanita Bertuah

Usia Perkahwinan Dah 48 Tahun, Dida Sinclair Bahagia Ada Suami Penyayang, Anak & Menantu Baik! Usia Perkahwinan Dah 48 Tahun, Dida Sinclair Bahagia Ada Suami Penyayang, Anak & Menantu Baik!

Dida atau nama sebenarnya Khadijah Abdul Rahman selamat bergelar isteri kepada jejaka kacak Inggeris, Mohamed Anthony John Sinclair pada 7 Oktober 1976. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair, Aishah Sinclair dan Adam Sinclair.

Ads

Anak sulung, Allahyarham Ashraf berkahwin dengan Bunga Citra Lestari dan dikurniakan seorang anak, Noah Sinclair. Aishah pula isteri kepada Sheikh Abdul Shahnaz dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Soraya Ann dan Aina Elisabeth.

Artikel https://www.nona.my/5-tahun-berlalu-sakitnya-masih-terasa-bcl-ziarah-pusara-ashraf-sinclair-ditemani-noah-suami/

Manakala Adam Sinclair berkahwin dengan Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai pada tahun 2018.

Ads

Ketiga-tiga anak kesayangan terlibat dalam industri seni. Apa tidaknya, darah seni mengalir deras dalam diri Dida yang cukup meminati seni lukisan khususnya melibatkan keindahan botani.

Bakat Lukis Dida Sinclair

Usia Perkahwinan Dah 48 Tahun, Dida Sinclair Bahagia Ada Suami Penyayang, Anak & Menantu Baik! Usia Perkahwinan Dah 48 Tahun, Dida Sinclair Bahagia Ada Suami Penyayang, Anak & Menantu Baik! Usia Perkahwinan Dah 48 Tahun, Dida Sinclair Bahagia Ada Suami Penyayang, Anak & Menantu Baik!

Selain menjual hasil karya lukisannya, Dida juga merupakan pengasas Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA). Difahamkan ibu berjiwa cekal ini menyambut ulang tahun kelahiran ke-73 pada 8 Februari lalu.

Ads

Melihat penampilan dan gaya hidupnya pasti ramai yang tidak menyangka wanita berjiwa kreatif ini sudah pun meniti usia 70an. Apatah lagi kini Dida mengamalkan gaya hidup sihat sejak pertengahan tahun lalu apabila dia disahkan menghidap diabetes pada tahun 2020.

Mengikuti Metabolic Health Programme, dia berjaya menurunkan empat kilogram selepas hanya tujuh minggu menjalani program berkenaan.

Suami tercinta atau mesra disapa Pak Mat turut mengusahakan perniagaan produk makanan sendiri iaitu Pak Mat’s Homemade Preserves. Sehingga kini produk tersebut mempunyai tiga variasi perisa, Pineapple & Ginger Jam, Orange Marmalade dan Grapefruit Marmalade.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI