Tuntutlah ilmu walau sampai ke negara China! Kagum dengan semangat personaliti Datin Anne Ngasri yang rajin mendalami ilmu. Sesungguhnya tiada had umur yang ditetapkan bagi seseorang untuk terus belajar meskipun sudah meraih pelbagai pencapaian dalam hidup. Terbaharu, Datin Anne Ngasri berkongsi momen dirinya menggenggam diploma KLTVET!
Menerusi perkongsian di media sosial, Datin Anne atau nama sebenarnya Datin Naszriah Ngasri tampil ceria mengenakan jubah konvokesyen dari Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET).
Dia yang anggun mengenakan hijab rona merah kelihatan berseri-seri sambil memegang erat diploma yang diraih.
Kongsinya, “With every milestone that I’ve come across, there’s always been a little note at the bottom that’s said, ‘Alhamdulillah Allahumma Barik’.”
Difahamkan Datin Anne Ngasri berjaya genggam Diploma Profesional Kemahiran (RFEL) KLTVET.
Pastinya ia menjadi detik indah buat suri hati Datuk Mohd Sumali ini.
Apatah lagi pada Julai lepas, kakak tersayang iaitu Darling Ngasri turut menggenggam Diploma dari Meatech Creative Academy. Bagus adik-beradik selebriti ini dan kejayaan mereka memang patut dijadikan ikutan!
Datin Anne Ngasri yang meniti usia 40 tahun bukan hanya sibuk menguruskan keluarga dan perniagaan bahkan dia juga pernah menyandang jawatan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan kini menjadi Exco Wanita UMNO Malaysia bagi 2023-2026.
Penglibatannya dalam bidang politik kian aktif selepas berkahwin dengan suami tercinta pada 2012.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Suri Harraz dan Nefa Naura.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Datin Anne turut mempunyai tiga anak iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afroza.
Sementara suami pula memiliki seorang anak iaitu Suffian Akim dalam perkahwinan pertama.
Moga kisah pencapaian yang dikongsikan Datin Anne Ngasri ini menjadi suntikan semangat dan sumber inspirasi buat golongan wanita yang idam kejayaan sama sepertinya.
This website uses cookies.