Wabak COVID-19 ini telah pun dilabelkan sebagai PANDEMIK oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus. Sejak wabak koronavirus (COVID-19) menyerang negara China sehingga ke hari ini jumlah kematian akibat virus ini makin meningkat. Nampaknya kini jumlah kes wabak ini telah naik secara mendadak di negara-negara Eropah.
Wabak yang mengancam nyawa ini telah mendapat perhatian ramai termasuk Pendakwah Bebas, Ustazah Asma’ Harun. Dalam perkongsiannya di laman sosial, Ustazah Asma’ Harun telah menitipkan persiapan untuk menghadapi musibah ini. Tulis Ustazah Asma’ Harun;
Ads
COVID-19
Nyawa manusia saat ini di beberapa buah negara menjadi sangat murah, pesakit telah diletakkan dalam beberapa zon, tiada harapan (lalu dibiarkan), kritikal (ICU dan CCU penuh), dan lain-lain. Tidak mustahil keadaan yang sama boleh berlaku di negara, keluarga atau diri kita.
Awal tahun 2020 yang begitu menginsafkan, teguran dan ancaman Allah melalui pelbagai bentuk musibah di seluruh dunia, semua ini membenarkan firmanNya dan hadis Nabi SAW tentang kita telah berada di ambang kiamat. Kiamat kecil yang dekat adalah mati.
Firman Allah, Surah AlAnbiyaa’, ayat 35,
“Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan,”.
Persiapan untuk menghadapi musibah ini dan kematian dari sudut ROHANI,
1. Taat segala perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah. Hentikan segala maksiat terangan atau sembunyi, jagalah lidah masing-masing kerana itulah anggota badan paling berbisa.
2. Usaha perbaiki Solat Fardu di awal waktu dan khusyuk, perbanyakkan solat sunat, taubat nasuha, istighfar, selawat dengan rasa cinta pada Nabi SAW, bacalah alQuran lebih lama, itulah penawar kepada segalanya. Berdoalah dengan lebih yakin dan khusyuk.
Ads
3. LELAKI, jadilah anak, suami dan bapa yang bertanggungjawab, penyayang, pemaaf dan prihatin. Kita tidak tahu punya masa atau tidak untuk membahagiakan ahli keluarga. Mohon maaf dan nekadlah ingin berubah jadi soleh dan baik, tiada istilah terlambat selagi masih bernyawa. Tugas terbesar lelaki adalah memastikan masuk SYURGA sekeluarga.
4. WANITA, jadilah anak, Isteri dan Ibu yang penyayang, lembut dan pemaaf. Tutuplah aurat dengan sempurna, tinggalkanlah pakaian yang mengikut kehendak nafsu kepada mengikut kehendak Allah SWT. Peringatan bagaimana lagi untuk kita benar-benar kuat untuk berubah. Hadiah terbaik seorang wanita adalah dirinya menjadi sebab kebaikan buat seluruh keluarga. jadilah solehah, hidup dan mati pasti indah.
5. Dan lain-lain amal Soleh.
Ads
Marilah kita kembali kepada Allah saat hidup, sebelum kembali kepadaNya saat mati.
Dialah Allah, Tuhan sekalian alam yang Maha Penyayang, Maha Pengampun dan Maha Pemaaf. Siapapun kita, banyak mana pun dosa, jika ikhlas benar² ingin bertaubat dan berubah Allah pasti akan terima dan menolong kita, hidup menjadi lebih tenang dan senang.
InsyaAllah, Aamin ya Mujib,” coret Ustazah Asma’ Harun.
Semoga wabak ini segera ditangani dan masyarakat kita bijak mengawal situasi begini dengan mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Mari kita sama-sama berdoa agar COVID-19 segera dinyahkan dari muka bumi ini.
Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejuk perut ibu mengandung. Di saat rakan-rakan seusianya sedang menikmati zaman remaja, gadis manis berusia 19 tahun ini sudah mampu berdikari tanpa bergantung harap kepada keluarga.
Bijak memanfaatkan kelebihan yang dimiliki bersama minat akhirnya ia membuahkan kejayaan sekaligus menjadi karier dan sumber pendapatan utama.
Baru-baru ini kisahnya tular di laman sosial, apabila berjaya memiliki sebuah camper bus yang dijadikan ‘rumah bergerak’ atau motorhome lengkap dengan ruang rehat, tempat tidur serta dapur.
Nur Amira Syahira anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini melaburkan puluhan ribu ringgit untuk membeli sebuag bas lelong hasil dari pendapatannya sebagai content creator di YouTube.
Menurut anak sulung dari 3 beradik ini, wang yang dijana dari YouTube digunakan untuk menyara keluarga.
“Saya bukan datang daripada keluarga senang. Wang yang diperoleh dari YouTube digunakan untuk menampung perbelanjaan sekolah adik, selebihnya kos untuk studio.”
Sejak usianya 8 tahun, Nur Amira sudah berjinak-jinak dengan YouTube sebagai pemain drum. Dia bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan keluarga kala susah mahupun senang.
“Saya beruntung ibu dan ayah sangat menyokong minat saya, jadi saya tidak akan sia-siakan peluang yang diberi.
“Sejak kecil saya suka tengok YouTube. Daripada situ saya mula mengenali drum yang saya dapati ia mempunyai keunikan tersendiri sebelum menarik minat saya mempelajarinya.
“Tiada siapa yang ajar saya, jauh sekali ke kelas muzik. Ssemuanya saya belajar daripada YouTube saja,” jelas Nur Amira yang memiliki 2.8 juta pengikut di YouTube.”
Dia menjadikan pemain drum profesional seperti Meytal Cohen, Joey Jordison, Christian Coma serta kumpulan Wings, Search dan Black Veil Brides sebagai inspirasi.
HARUMKAN NAMA MALAYSIA
Nur Amira pernah mengharumkan nama Malaysia apabila tersenarai dalam 5 kedudukan terbaik pemain drum wanita dunia bawah 18 tahun menerusi pertandingan Hit Like a Girl 2016.
Sekaligus, nama dan popularitinya melonjak naik hingga mendapat pengiktirafan YouTube menerusi Anugerah Gold Play Button dan dinobatkan sebagai Youtuber Terbaik Asia.
BELI BAS DEMI KESELESAAN WAKTU BEKERJA Bas jenama Hino yang dibelinya dalam satu jualan lelong sudah pun berusia 19 tahun. Ia mempunyai 23 tempat duduk termasuk kipas pengudaraan, generator untuk menjana tenaga elektrik serta ruang penyimpan kargo bermodal sekitar RM10,000 hingga RM15,000.
“Saya mendapatkan khidmat nasihat daripada syarikat perunding sebagai rujukan supaya segala proses pengubahsuaian boleh dilakukan tanpa melanggar undang-undang jalan raya.
“Saya juga gemarkan susun atur yang ringkas, kemas dan sedap mata memandang, malah setiap dekorasi dalamannya hasil cita rasa saya selepas memperoleh idea daripada YouTube,” kata Nur Amira Syahira yang berhasrat mengembara mengelilingi Semenanjung bersama keluarganya menggunakan camper bus itu.
“Saya lebih mementingkan kemudahan dalam bekerja berbanding memenuhi kehendak untuk bergaya. Ia bukan saja memudahkan pergerakan bahkan menjimatkan kos penginapanya. Kemudahan ini turut memberi lebih peluang untuk saya meluangkan masa bersama keluarga tersayang.”
“Saya kerap mengembara bagi membuat rakaman untuk kandungan YouTube. Sebelum ini, saya perlu menyewa hotel atau homestay yang tentunya memerlukan kos besar.”
Nur Amira juga berhasrat untuk mempunyai tapak perkhemahan sendiri dalam tempoh tiga tahun akan datang dan masih mencari lokasi bersesuaian yang mudah diakses serta luas.
Pesan Nur Amira, jadilah Youtuber beretika dengan menjaga kelakuan yang mencerminkan budaya rakyat Malaysia.
Kredit Foto: Facebook & Instagram Nur Amira Syahira
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kagum dengan keazaman Dato’ Nurulhidayah Datuk Seri Ahmad Zahid yang berjaya tamat pengajian peringkat Master baru-baru ini. Satu pencapaian yang memang patut dijadikan inspirasi. Iyalah, bukan satu tugas mudah tu.
Apatah lagi, Dato’ Nurul merupakan seorang ibu bekerjaya dan isteri. Kalau tak bijak bahagikan masa, tak mungkin wanita berjiwa cekal ini mampu menggenggam Master seperti sekarang. Tahniah!
Dalam Majlis Konvokesyen Lincoln University College 2022 yang berlangsung pada 22 Februari lepas, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri ini selesai melanjutkan pengajian Master of Business Administration (MBA) dari Faculty of Business and Accountancy.
Dia melahirkan rasa syukur kerana segala penat lelah menimba ilmu akhirnya membuahkan hasil. Mendedikasikan kejayaan tersebut khas buat kedua-dua ibu bapa yang tidak putus-putus memberi sokongan, isteri Dato’ Saiful Nizam Mohd Yusoff ini berkongsi khabar gembira tersebut di Instagram miliknya.
Kongsi Dato’ Nurul, “Alhamdulillah. For Mak, Abah, suami dan anak-anak. Semoga ini adalah permulaan yang baik untuk tahun 2022 dan tahun yang mendatang. Aaminn.
Nak bagi harta dunia tak mampu lagi. Bagi Mak Abah proudness and happiness is what I can afford for now. This is for both of them. Especially for you Abah.”
Mengulas lanjut mengenai kejayaan itu, Dato’ Nurul ketika dihubungi Nona pada mulanya agak keberatan untuk berkongsi kisah perjalanannya mengejar Ijazah Sarjana kerana bimbang disalah ertikan sesetengah pihak.
Namun demi memberi semangat kepada kaum wanita, dia akhirnya akur. Dengan harapan agar kejayaan ini dapat membuka mata masyarakat khususnya wanita mengenai kepentingan pendidikan.
“Saya mula sambung MBA sejak Januari 2021 sepenuh masa secara online. Masa PKP, kelas tak menentu. Dekat dua tahun jugalah. Yang betul-betul focus on assignments sampai exam dalam setahun. Sepatutnya habis dalam masa setahun je.
Saya nak ada Master untuk kepuasan diri sendiri dan juga ‘desakan’ dari Abah. Abah ada phD, so dia nak anak dia ada strong academic background juga.”
Ujar Dato’ Nurul lagi, sebelum memperoleh Ijazah Sarjana dari Lincoln University College dia merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Dato’ Nurul kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat Master Corporate Communication di UPM dan Master in Dakwah and Islamic Leadership di USIM. Namun kedua-duanya tertangguh atas faktor tertentu. Bagaimana pun kali ini, dia tekad menamatkan Master.
Mesra disapa Kak Long, Dato’ Nurul juga aktif dengan aktiviti kebajikan dan membantu golongan memerlukan terutamanya sewaktu pandemik Covid-19. Semoga perkongsian kejayaan dan usaha murni Dato’ Nurul meringankan beban golongan susah menjadi ikutan ramai. Selain mencetus inspirasi buat semua agar terus berusaha menggapai impian hidup.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Raisa Andriana sememangnya cukup popular di kalangan penggemar muzik Indonesia di tanahair. Malah, penyanyi wanita ini pernah mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 20 November lalu dan mendapat sambutan hangat di Kuala Lumpur.
Tahun 2023, Raisa sekali lagi beraksi dalam konsert solonya pada 25 Februari lalu yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta. Hampir 40 ribu orang hadir menyaksikan konsert tunggal Raisa yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020 tetapi tertunda dek pandemik Covid-19.
Hampir 3 tahun tertangguh, akhirnya konsert tersebut berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan mencipta sejarah tersendiri apabila Raisa menjadi penyanyi solo wanita pertama mengadakan konsert di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta!
Difahamkan, konsert Blackpink pada 11 Mac ini juga bakal diadakan Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta. Raisa bukanlah calang-calang penyanyi kerana isteri kepada Hamish Daud ini pernah meraih 17 anugerah di Anugerah Muzik Indonesia.
Pada konsert selama 3 jam di Stadium Gelora Bung Karno itu Raisa membawakan deretan lagu-lagu popularnya termasuklah Apalah (Arti Menunggu),” “Could It Be” hingga “Terjebak Nostalgia.” Raisa turut menyanyikan lagu-lagu cover yang turut mempopularkan dirinya seperti “Bahasa Kalbu” dan “Mantan Terindah.”
Tidak hanya seorang diri menguasai pentas, Raisa turut mengundang beberapa nama besar dalam industri hiburan Indonesia untuk berkasi bersamanya di atas pentas antaranya termasuklah Vidi Aldiano, Afgan dan Isyana Sarasvati. Malah turut kelihatan deretan selebriti popular Indonesia hadir menyaksikan persembahan ibu kepada Zalina Raine Wyllie antaranya termasuklah Tiara Andini, Mahalini, Rizky Febian, Tara Basro dan Titi DJ.
Raisa tampil bersemangat menghiburkan 40 ribu penonton pada konsert tersebut meskipun hatinya bimbang dan gusar memikirkan kesihatan anak perempuannya, Zalina Raine Wyllie yang berada di hospital akibat masalah kesihatan.
Meskipun naluri seorang ibu meronta-ronta untuk berada di sisi puteri tersayang, namun Raisa meneruskan tugasnya dengan sebaik mungkin menghiburkan para penonton dengan persembahan yang memukau.
Penyanyi berusia 32 tahun itu tidak dapat menahan air mata tatkala produksi konsert memberikan kejutan iaitu memutarkan pesan suara berisi kata-kata semangat Zalina untuk ibunya.
Sejurus selepas konsert, Raisa tidak melepaskan peluang untuk berada di sisi puteri kesayangannya dan menitipkan doa semoga Zalina cepat sembuh seperti sedia kala. Itulah kekuatan seorang wanita dan ibu. Kerjaya dan urusan keluarga menjadi nadi kekuatan seorang insan bergelar wanita!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...