Penularan COVID-19 boleh berlaku dalam masa singkat melalui bawaan udara, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham.
Ads
Ringkas tapi penuh kerisauan. Begitulah riak wajah lelaki hebat ini semasa sidang media khas Kementerian Kesihatan sebentar tadi.
Hal ini dipercayai berpunca daripada penularan varian delta yang menjadi varian dominan di Malaysia sekarang.
“Kalau kita lihat pada permulaan jangkitan varian delta, R-naught permulaannya ialah 5 hingga 8. Kalau virus Wuhan dahulu 2.5 atau 2.2 hingga 3 (R-naught).
Bererti kalau 100 orang dijangkiti, ia boleh menjangkiti 800 orang dalam tempoh singkat,” Tan Sri Dr Noor Hisham.
Ads
Beliau turut menasihati orang ramai agar memakai pelitup muka dua lapis selain menjauhi lokasi yang sesak bagi mengelakkan penularan.
“Ini kerana jangkitan mengikut udara atau air-borne transmission boleh menjangkiti dalam masa singkat
Kalau ada seorang yang positif, maka ia akan merebak.”
Ads
Berita ini tentu sekali membuatkan kita perlu lebih berjaga-jaga apabila berada di tempat awam. Bagi yang keluar bekerja, bermakna langkah pencegahan juga perlu dilipatgandakan bagi membendung kes agar tidak terus meningkat tinggi.
Tip Membeli Barangan Semasa COVID-19
Sekiranya wakil rumah perlu keluar untuk mendapatkan barangan keperluan, pastikan semua langkah keselamatan telah dipatuhi seperti memakai pelitup muka berganda dan faceshield (jika ada), serta membawa hand sanitizer setiap masa.
Elakkan juga menyentuh sebarang permukaan di tempat awam bagi mencegah jangkitan dari tangan ke muka anda. Amalkan tip pembelian ini ketika di kedai:
Beli daripada premis atau pengendali makanan yang bersih.
Pastikan bahan pembungkus daripada jenis yang sesuai.
Amalkan penjarakan sosial dengan penjual dan pelanggan lain (1 meter).
Bayar secara online atau menggunakan Paywave bagi mengurangkan kontak.
Segera pulang selepas membeli.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bahaya pendemik COVID-19 ini boleh menyerang siapa sahaja tanpa mengira usia. Virus ini telah merebak ke seluruh dunia dan semkin meningkat jumlah kesnya. Di Malaysia sendiri kes ini meningkat sebanyak 130 kes semalam menjadi 1,030 pada 20 Mac 2020.
Terbaharu, selebriti terkenal tanah air Neelofa Mohd Noor menerusi laman Twitter telah berkongsi bahawa anak kepada sepupunya yang bernama Noor Sameera binti Haji Mohd Nazlee, berusia 7 bulan telah disahkan positif COVID-19. Dikhabarkan sepupu kepada Neelofa yang bernama Noor Cahaya ini menetap di Brunei Darussalam.
Neelofa telah merayu kepada seluruh pengikutnya (follower) untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anak buahnya ini.
Berikut pula perkongsian Neelofa menerusi Insta Story milik peribadinya;
Mari kita sama-sama doakan bayi kecil ini terselamat dari wabak yang berbahaya ini begitu juga dengan pesakit-pesakit lagi. #JomDudukRumah #StayAtHome.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah menjadi lumrah bagi setiap wanita untuk sentiasa tampil cantik. Bukan saja cantik secara luaran tetapi juga dalaman. Namun untuk mencari dan menjaga kecantikan serta kebersihan diri, wanita juga seharusnya berpada-pada. Usah keterlaluan sehingga berani mencuba bermacam-macam produk yang ada di pasaran. Bimbang nanti boleh mengundang 1001 masalah.
Terkesan dengan sikap segelintir wanita yang terlalu obsesi menjaga kebersihan bahagian intim sehingga mudah ‘tergoda’ dengan strategi pemasaran dan menggunakan produk mencegah keputihan yang banyak dijual dalam talian kebelakangan ini mencetuskan rasa kurang senang kepada Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Universiti Malaya (UM), Prof. Dr Imelda Balchin.
Menerusi entri yang ditulisnya di Facebook semalam, Prof. Dr Imelda kesal kerana masih terdapat wanita yang bertindak mencuba produk mencegah keputihan tanpa berfikir panjang.
“Keputihan ini NORMAL! Ini tanda perempuan yang subur. Hampa tahu tak, dok pi korek-korek, basuh letak macam-macam nanti dapat kuman penyakit. Dari keputihan yang biasa dan normal, bila hampa bagi diri sendiri kuman macam-macam, akan tukar jadi KEHIJAUAN, KEPERANGAN dan KEBUIH-BUIHAN. Saya tak mahu dengar dah hampa beli macam-macam benda merepek dan letak dekat dalam itu (vagina).”
Sebagai pegawai perubatan yang arif dalam bidang tersebut, nasihat Prof. Dr Imelda tidak perlu lagi diragui. Pasti ada sebab ia berlaku dalam sistem tubuh wanita yang telah diciptakan sejak azali. Asalkan ia tidak menjejaskan kesihatan atau iritasi di bahagian intim, itu sudah memadai. Paling utama, wanita perlu memelihara dan menjaga kesihatan diri sebaik mungkin agar tidak terdedah kepada sebarang kekotoran.
Ciri-ciri Keputihan
Seorang wanita akan mengeluarkan lendir daripada vagina ketika mengalami keputihan. Lendir yang terhasil daripada kelenjar dalam vagina dan serviks atau leher rahim ini akan keluar membawa sel-sel mati serta bakteria agar vagina kekal bersih.
Lazimnya, jumlah lendir yang keluar daripada anggota sulit wanita akan menjadi lebih banyak ketika waktu subur atau ibu yang menyusukan bayi. Lendir normal berwarna jernih dan keputih-putihan serta tidak berbau kuat, tidak menimbulkan rasa gatal mahupun pedih.
Sementara yang bermasalah apabila keputihan berubah warna, lendir lebih kental, berlebihan, berbau tajam dan iritasi di sekitar vagina.
Rawatan Keputihan
Pastikan anda mendapatkan rawatan daripada doktor dan jangan ambil ubat-ubatan tanpa nasihat pakar kerana ia akan membuatkan keputihan yang dialami semakin teruk. Jika keputihan disebabkan bakteria, anda akan diberi ubat antibiotik berbentuk pil atau krim sapu.
Selain itu, keputihan juga dapat ditangani dengan membersihkan bahagian luar alat sulit secara teratur terutamanya ketika haid atau hubungan kelamin dengan cara membersih dari arah depan ke belakang. Ia bagi mengelakkan bakteria tidak masuk ke dalam vagina.
Antara pendekatan lain yang boleh dipraktikkan adalah dengan menggunakan pakaian dalam yang tidak terlalu ketat dan basah.SUZIANAABUDAUD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
A small leak can sink an entire ship. Itu kata pepatah Inggeris yang amat tepat menerangkan bahayanya caj tersembunyi. Meskipun sedikit, namun jika dikumpulkan boleh membuat wang simpanan susut sekelip mata. Ya, misteri ‘kehilangan wang’ itu terjawab pabila kita menyemak semula perbelanjaan, yang mana kebanyakan daripadanya lesap kerana membayar caj-caj tersembunyi tanpa disedari.
Caj tersembunyi wujud dalam pelbagai bentuk dan terminologi. Contohnya untuk pembelian kereta, kos yang dikenakan mungkin merangkumi bayaran cukai, pendaftaran, pemeriksaan pra-penghantaran, tambang pengangkutan, insurans atau lain-lain yang disatukan dalam satu harga. Begitu juga dengan pakej langganan yang ditawarkan oleh para penyedia perkhidmatan, realitinya banyak kos tambahan yang tidak diterangkan dengan jelas menerusi iklan-iklan.
Tanpa mengetahui kos sebenar terhadap caj-caj ini, tidak mustahil dompet anda akan lebih kempis sebelum waktunya. Bagi pengguna talian telekomunikasi, broadband, kad kredit dan keahlian gimnasium, caj tersembunyi akan mengikat anda melalui apa yang digelar kontrak. Mahu atau tidak, ada kalanya itu sahaja pilihan yang ada! Begitu juga dengan senarai ‘kebocoran’ di bawah, awasinya demi keselamatan wang anda.
KADAR FAEDAH BANK ATAU CAJ KELEWATAN
Kelewatan membuat pembayaran mengikut tarikh yang dijanjikan akan membuat anda membayar lebih dari apa yang sepatutnya. Kadar faedah bagi baki kad kredit boleh mencecah ratusan ringgit jika lambat dilangsaikan. Cara terbaik adalah patuh dengan tarikh yang ditetapkan dan bayar penuh bagi mengelakkan caj tambahan.
Tip: Sekiranya anda berdepan masalah untuk melunaskan hutang bank, mengapa tidak memilih kemudahan ‘Pemindahan Baki’ untuk menjimatkan caj faedah? Kebanyakan bank menawarkan faedah 0% untuk kemudahan ini dan anda dapat berjimat banyak dengan membuat sedikit perubahan kecil.
PEMBAZIRAN TENAGA ELEKTRIK
Kebanyakan barangan elektronik di rumah masih menggunakan tenaga elektrik walaupun ketika ia tidak digunakan. Aneh tapi itulah realitinya. Penggunaan perkakas yang tidak diselenggarakan dengan baik, tiada fungsi penjimatan tenaga atau digunakan tanpa kawalan turut membuatkan bil mendadak naik.
Tip: Gunakan mentol yang menjimatkan tenaga dan baiki peralatan rosak dengan segera. Pastikan juga sebelum anda meninggalkan rumah, cabut plag perkakas daripada soket dinding untuk mengelakkan kebocoran elektrik.
KOS PENGHANTARAN
Sama ada memesan makanan atau membeli-belah secara online, anda mungkin akan dikenakan caj terhadap kos penghantaran yang tinggi. Sesetengah jenama menawarkan perkhidmatan kos penghantaran percuma tapi kebanyakan yang lainnya masih mengenakan caj kadar rata atau kos pengendalian.
Tip: Seboleh-bolehnya, cuba jimatkan kos penghantaran dengan berkongsi membelinya dengan rakan atau ahli keluarga bagi meringankan sedikit beban.
KAD UCAPAN
Kerap kali kita membeli kad ucapan dan hadiah buat orang tersayang. Mungkin sewaktu sambutan hari jadi, ulang tahun perkahwinan atau hari graduasi mereka. Namun harga sekeping kad ucapan boleh mencecah puluhan ringgit, lebih-lebih lagi kad yang diimport atau direka eksklusif. Persoalannya, adakah pembelian anda berbaloi dan dihargai kelak?
Tip: Untuk mengelak daripada pembaziran, apa kata anda buat kad ucapan dengan kreativiti sendiri? Ia pastinya lebih istimewa dan mempunyai sentuhan peribadi.
BOTOL AIR MINUMAN
Kita sering melihat orang membeli botol air minuman di pasar raya atau kedai serbaneka untuk menghilangkan dahaga. Ia merupakan minuman yang mudah didapati pada harga yang murah. Namun jika terpaksa mengira jumlahnya, anda akan sedar bahawa banyak belanja yang digunakan untuk membeli minuman ini. Sebagai contoh, anggaran sebotol air minuman ialah RM1.50 x 30 hari, bersamaan RM45/bulan. Bagaimana jika dalam sehari, anda beli lebih dari sebotol air?
Tip: Untuk menghilangkan dahaga, jadikan tabiat untuk membawa bekal air minuman sendiri dari rumah. Dengan cara ini anda dapat berjimat daripada membelinya di luar.
TAMBAHAN DI RESTORAN
Ketika mengunjungi restoran, pelayan bertugas tentu sekali mendorong anda untuk menambah pesanan seperti pencuci mulut. Tambahan sebegini akan menyebabkan bil meningkat tanpa disedari. Anda harus sedar bahawa kebanyakan menu di restoran mengenakan caj yang tinggi terhadap minuman, pencuci mulut dan makanan sampingan.
Tip: Pesan minuman yang boleh dikongsi dengan pasangan atau keluarga, pilih kombo hidangan yang lebih menjimatkan serta carilah restoran yang menawarkan pilihan makanan percuma kepada kanak-kanak kerana mereka jarang makan dengan banyak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...