VARIANTE Lancarkan Koleksi Hijab Bantu Pink Unity Tingkatkan Kesedaran Kanser

Bersempena Bulan Kesedaran Kanser yang diraikan bulan ini, jenama fesyen terkemuka, Variante melancarkan tiga rekaan eksklusif hijab dengan tujuan memperkasakan kesedaran masyarakat tentang kanser serta menyuntik semangat pejuang kanser untuk kekal bersemangat menjalani kehidupan.

 

Bertemakan ‘By survivors, for survivors’, kerjasama dengan Pink Unity di bawah National Cancer Society of Malaysia (NCSM) dilihat mampu menyemarakkan semangat pejuang kanser kerana tiada siapa yang boleh menggambarkan perasaan, emosi, keperluan dan kehendak yang dilalui pesakit kanser yang baru didiagnosis.

Berbeza daripada organisasi kanser yang lain, Pink Unity dikendalikan sepenuhnya oleh mangsa kanser wanita sebagai kumpulan sokongan rakan sebaya untuk manfaat dan kebaikkan pesakit kanser wanita lain.

Menurut pengasas dan Pengarah Urusan dan Kreatif Variante, Leslie Variyan, Pink Carnation menjadi lambang kasih sayang yang diterjemah ke dalam rekaan hijab kali ini.

“Kami cukup teruja dapat bekerjasama dengan Pink Unity kerana mahu terliba dalam perjuangan ini serta mengubah dunia. Saya sendiri pernah kehilangan bapa dan kakak ipar akibat kanser. Apabila seseorang disahkan mengidap penyakit ini, sistem sokongan sangat penting bagi membantu mereka mengharungi ujian.

“Sempena Bulan Kesedaran Kanser, tiga rekaan hijab berbentuk bawal berlatarkan Pink Carnation diciduk sebagai inspirasi. Pink Carnation mewakili kasih sayang, kesyukuran dan penghargaan. Kasih sayang ini yang kami mahu sebarkan kepada masyarakat,” jelasnya sewaktu ditemui pada majlis pelancaran yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Pengerusi Pink Unity, Lena Abdullah merakamkan penghargaan atas usahasama bersama Variante dan berharap agar lebih ramai yang cakna akan kanser. Majlis turut dihadiri rakan-rakan artis seperti Raja Azura, Noryn Aziz dan Zara Zya.

 

Share
Published by
Wan Firdaus