Namanya mungkin kedengaran asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia namun bagi peminat telenovela Filipina, pasti mengenali rupa paras cantik menawan Love Marie Payawal Ongpauco atau lebih dikenali dengan nama komersialnya Heart Evangelista. Dilahirkan pada 14 Februari 1985 di Manila, Filipina… wanita berjiwa seni ini kemudian dibesarkan di United Kingdom sebelum kembali semula ke tanah air ketika usia remaja.
Mewarisi kecantikan ibu dan ayah, Heart memulakan karier sebagai model dan pelakon pada usia yang cukup muda iaitu 13 tahun. Bapanya Reynaldo Evangelista Ongpauco ialah pengusaha restoran terkemuka berketurunan Filipina-China. Sehari selepas menyambut ulang tahun kelahiran ke-30, Heart melangsungkan perkahwinan gilang-gemilang bersama lelaki pilihan yang juga ahli politik Filipina, Senator Francis Escudero pada 15 Februari 2015 di Balesin Island Club secara tertutup.
Ads
Sepanjang lebih 20 tahun bergelar pelakon, bermacam-macam drama, filem dan program televisyen sudah dibintangi selebriti berbakat besar ini. Antara filem yang berjaya menaikkan namanya di pentas lakonan ialah ‘Ay, Ayeng’, Trip dan My First Romance. Dalam pada itu, Heart juga aktif melibatkan diri sebagai hos dan turut dikurniakan bakat dalam bidang nyanyian.
Kerap muncul dalam klip video muzik penyanyi di Filipina selain membintangi video muziknya sendiri, Heart juga menghasilkan empat album kompilasi pada tahun 2002 hingga 2005.
Yang pasti, Heart Evangelista bukan sebarangan wanita yang hanya bersandarkan kepada kekayaan dan populariti suami tersayang semata-mata. Dia bekerja keras untuk memiliki apa yang diimpikan dan mencari peluang untuk mengembangkan potensi dalam bidang seni.
Puas menjadi pelakon, hos dan penyanyi… Heart turut meminati dunia lukisan dan menyertai pelbagai pameran seni. Kalau tengok karya lukisannya memang mengagumkan! Bukan hanya pandai melukis di atas kanvas, wanita berusia 34 tahun ini turut menzahirkan kreativiti seninya dalam fesyen dan bekerjasama dengan pereka handalan.
Paling tak sangka, dia berani mencurahkan sentuhan magis seninya di beg tangan. Bukan calang-calang beg ya… sebab kebanyakan beg tangan yang menjadi ‘kanvas lukisan’ Heart adalah dari jenama mewah, Hermes!
Selain telah memenangi puluhan anugerah hasil lakonan mantapnya, Heart kini bergelar usahawan, penulis, ikon fesyen dan pengarah urusan. Tidak cukup dengan itu, dia juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan yang mengangkat nasib golongan kanak-kanak khususnya dalam bidang pendidikan. Disebabkan sifat penyayang yang menebal dalam dirinya, Heart tidak kekok turun padang bersama suami bertemu masyarakat.
Ads
Menyentuh gaya hidup aktres ini, Heart selesa berkongsi rutin harian di laman media sosial. Bahkan dia juga mempunyai channel youtube sendiri. Terbaru, jurucakap Philippine Animal Welfare Society (PAWS) ini memuatnaik video closet tournya. Tak ubah seperti sebuah butik mewah… video tersebut mencecah hampir 4 juta tontonan!
Dalam video itu juga Heart berkongsi koleksi pakaian, kasut, cermin mata hitam, beg tangan dan pelbagai aksesori mewah lain yang ada di dalam ruang simpanan eksklusif berkenaan.
Ads
Lebih menarik bila Heart menayang salah satu koleksi beg tangan mewah yang dimilikinya iaitu Birkin Himalayan Crocodile yang mencecah nilai hingga jutaan ringgit!
Sambil berseloroh, Heart berkata kalau berlaku kebakaran… dia akan selamatkan beg tangan itu dahulu.
Kredit: Instagram Heart Evangelista
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka selepas enam tahun menubuhkan Naelofar Hijab, wanita yang kini berniqab ini boleh berbangga dengan pencapaian yang dikecapnya kini. Noor Neelofa Mohd Noor sentiasa berfikiran jauh dan bijak mengatur perjalanan hidupnya.
Jarang sekali wanita yang berusia 31 tahun ini berkongsi tentang kisah duka sebaliknya lebih selesa berkongsi tentang kejayaan yang telah dikecapnya. “Saya rasa untuk satu jenama tempatan yang bermula secara kecil-kecilan berjaya kekal terutama dari segi jualan tahunan, sudah buat saya rasa cukup bangga dan bersyukur.
Sebab bukan senang untuk kita maintain and sustain satu jenama tempatan sehingga mencapai keuntungan setiap tahun. Kejayaan ini menjadi suatu kebanggaan untuk saya sendiri. Sehingga ke hari ini, Naelofar Hijab sudah berjaya menjual lebih 10 juta helai hijab. Saya bersyukur dan mengharapkan doa dan sokongan daripada orang ramai. Bukan mudah untuk kekal dalam industri fesyen ini namun ia terbukti hasil kerja keras semua pihak,” ucap Neelofa sambil tersenyum.
Nampaknya wanita yang pernah mengacarakan program popular Meletop! ini tidak tersalah langkah malah terus mara mengecap kejayaan. “Selepas 5 tahun bertapak, I manage to get an A team for the brand. Kalau dulu saya terpaksa uruskan syarikat, kena pergi pejabat setiap hari, kena perhalusi semua perkara.
Tapi sekarang, saya boleh lepaskan tanggungjawab itu kepada ketua jabatan masing-masing. Mereka buat semua execution part dan saya hanya buat all the major decision sahaja,” tutur Neelofa yang pernah menerima pengiktirafan di Influencer Awards 2019 bagi kategori Entrepreneur di Influencer Awards 2019 Monaco yang berlangsung di Hotel Meridien Beach Plaza, Monte Carlo.
Tanpa menghiraukan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya, Neelofa terus melangkah jauh ke hadapan dengan melancarkan butik terbaharu di One Utama. “Imbas kembali pada tahun 2014, Naelofar bermula di rumah teres yang hanya mempunyai tiga orang pekerja sahaja. Dan perlahan-lahan kami cipta pasukan terbaik dan berpindah ke pejabat di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur sehingga mempunyai lebih daripada 50 orang kakitangan.
Kami dah lalui segala jenis cabaran selama 6 tahun lebih-lebih lagi ini merupakan perusahaan keluarga. Pahit manis yang kami lalui mengajar banyak perkara untuk mengorak langkah dalam dunia perniagaan. Macam tahun ini merupakan tahun yang agak sukar bukan untuk saya seorang tapi untuk mereka yang punya bisnes lain juga. Tapi, alhamdulillah berkat kerjasama semua team, keluarga dan sokongan daripada pelanggan juga sebenarnya membuatkan kami terus kukuh.
Malah, boleh buka kedai lagi di saat pandemik COVID-19 melanda dunia. Namun, saya perlu beri penghargaan kepada adik saya, Mohd Akif selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Naelofar Hijab yang telah melakukan penjenamaan semula syarikat ini,” terang Neelofa yang turut meraikan ulang tahun Naelofar yang ke-6 baru-baru ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpaku dibuatnya bila tengok house tour selebriti popular, Ain Edruce. Dalam usia yang belum mencecah 30 tahun, kemampuan Ain dan suami memiliki rumah indah seperti yang dipaparkan dalam saluran YouTube pengacara tersebut nyata mengundang rasa kagum dalam kalangan peminat. Malah, daripada paparan video berkenaan juga jelas menunjukkan pasangan suami isteri muda ini mempunyai cita rasa yang tinggi, mewah dan elegan dalam menghias ruang kediaman.
Sejak disiarkan di YouTube Ain Edruce pada 19 Ogos lalu, kisah mengenai rumah aktres ini menjadi bualan hangat dan viral di Internet. Rata-rata daripada mereka juga menyifatkan Ain bukan hanya memiliki personaliti mesra dan lucu bahkan dia juga cukup merendah diri kerana jarang bercerita tentang sisi peribadinya kepada umum.
Namun, dek kerana sayang dan menghargai sokongan dan permintaan peminat yang sering memintanya berkongsi suasana ruang kediaman… Ain akhirnya akur merealisasikan hasrat 425 ribu subscribers. Belum pun sampai sebulan ia disiarkan tapi sehingga ke hari ini, video house tour Ain Edruce sudah pun melebihi sejuta tontonan!
Mengintai komen peminat, kebanyakan mereka meluahkan rasa teruja dan menganggap mahligai Ain dan suami tercinta, Amirul Hafiz ini ibarat rumah idaman ramai. Pemilihan perabot, dekorasi dan keluasan rumah elit figura ini sememangnya berjaya mencipta suasana tenang. Ujar Ain, sofa yang diletakkan di rumah tamu rumahnya direka khas mengikut cita rasa dan kesesuaian Ain dan suami.
Paling mencuri tumpuan ialah meja makan yang dibeli pasangan ini. Bukan calang-calang perabot kerana ia diperbuat daripada sebatang pokok besar yang utuh, tahan lama dan cantik. Sampai Ain sangguplah naik dan berdiri di atas meja makan! Semata-mata untuk menunjukkan betapa teguhnya perabot berkenaan. Disebabkan keteguhan dan ketahanannya, Ain mengaku ia dibeli dengan harga yang agak mahal.
https://www.instagram.com/p/CEGarGDFmNA/
Ruang dapur juga tidak kurang hebatnya. Selain memiliki ‘island’ yang diperbuat daripada marmar, perkakasan dapur yang ada di rumah Ain juga berteknologi canggih dan terkini. Ruang dapur mereka turut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu dapur basah dan dapur kering.
Menjenguk ke tingkat atas kediaman pula terdapat satu ruang yang masih dalam proses pengubahsuaian selain turut menempatkan ruang tidur utama yang sangat luas, moden dan mewah! Dilengkapi dengan bilik dua bilik air, bersebelahan bilik tidur utama juga telah diubah suai menjadi ruang simpanan baju dan aksesori mereka suami isteri.
Biarpun masih terdapat beberapa sudut rumah yang belum siap dihias, namun keseluruhan mahligai dua tingkat ini sudah cukup mengagumkan. Pendek kata, dah nampak seperti sebuah resort dan hotel bertaraf lima bintang!
Mengimbas kembali detik percintaan Ain dan Amirul, kedua-duanya selamat bergelar tunang pada tanggal 22 Jun 2019 sebelum sah bergelar suami isteri pada 13 Disember tahun yang sama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanggal 18 Mac 2020. Hari pertama seluruh rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order). Perintah ini terpakai di seluruh Malaysia dan berkuat kuasa setiap masa tanpa waktu tertentu. Pasti banyak persoalan ingin ditanya atau mungkin diluahkan. Ini antara persoalan lazim serta jawapannya.
Sekiranya berlaku kematian di rumah (bukan pesakit covid-19), adakah solat jenazah dan tahlil dibenarkan?
Boleh diuruskan dengan waris terdekat bersama kariah masjid/surau sahaja. Solat jenazah sahaja tanpa tahlil.
Adakah sekolah perlu diganti?
Tidak.
Boleh saya teruskan perancangan bercuti dalam negara?
Tidak. Larangan termasuk di pusat peranginan dan aktiviti sosial.
Anak saya merupakan pelajar di institusi luar negara, adakah beliau dibenarkan pulang ke Malaysia?
Mana-mana rakyat Malaysia yang berada di luar negara dibenarkan pulang dalam tempoh sekatan ini. Tetapi perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan kuarantin sukarela untuk elak kebarangkalian jangkitan.
Jika barangan keperluan habis, bolehkah saya keluar dan kemudian terus balik?
Ya, boleh.
Pekerja di Singapura, Brunei atau Thailland. Adakah dibenarkan berulang-alik?
Tidak.
Saya telah membayar penginapan saya di hotel untuk bercuti sebelum perintah kawalan pergerakan diumumkn. Adakah saya boleh meminta wang saya dikembalikan?
Orang ramai digalakkan untuk berbincang terus dengan pihak hotel dalam urusan pengembalian wang yang telah dibayar bagi tempahan yang telah dibuat sebelum perintah ini diumumkan.
Bolehkah saya memandu ke lapangan terbang untuk mngambil rakan/ahli keluarga?
Pergi ke satu tempat dengan cepat dan ringkas adalah dibenarkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.
Adakah kedai makanan boleh dibuka?
Semua kedai makanan boleh dibuka tapi hanya untuk dibawa pulang (take away) atau melalui perkhidmatan penghantaran (delivery) oleh syarikat tertentu.
Boleh saya adakan majlis keraian/perkahwinan/kenduri?
Tidak dibenarkan.
Saya merupkan seorang warganegara Malaysia dan suami merupakan warganegara UK. Adakah kami dibenarkan pulang ke Malaysia dalam tempoh sekatan ini?
Ya dengan dokumen sah perkahwinan yang didaftarkan sama ada dengan Kerajaan Malaysia atau Kerajaan negara asal. Pasangan perlu buat pemeriksaan kesihatan dan kuarantin sukarela untuk elak keberangkalian jangkitan.
Adakah pengangkutan awam masih beroperasi?
Ya.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara
//Kiffy Razak
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...