“Bapak Tegas Macam Komando!” Usahawan Penuh Disiplin, Effa Tomyam Bersyukur Dapat Ayah Penyayang
Karakternya yang gigih, penuh komitmen dan sentiasa kreatif dalam membangunkan perniagaan F&B di Johor Bahru rupanya terbentuk daripada didikan arwah ayah sejak kecil. Pengasas Restoran Effa Tomyam, YM Ungku Rosalifah YM Ungku Kassim ini sebak bercerita pengalaman membesar, malah menyifatkan segarang-garang seorang ayah, hatinya sentiasa penyayang.
Ingin terus menyajikan hidangan lazat dan menyelerakan, masakan tomyam hasil air tangan YM Ungku Rosalifah antara yang menjadi menu kegemaran ramai. Tak hairanlah kini jenama restoran Effa Tomyam begitu pantas meniti bibir ke bibir, kesedapannya jadi buah mulut dan makin cepat berkembang!
#majalahnona
#nonainspirasi