“Berbisnes Di Dunia, Untung Sampai Ke Syurga”-Sha Hasan
Anak kepada peniaga jalanan ini tak pernah lupa asal usulnya. Sebab itulah golongan susah, asnaf dan orang-orang kampung menjadi fokusnya dalam mencari saham akhirat dan keberkatan dalam berniaga. Sha Hasan, seorang anak yatim yang berjaya mengubah hidupnya dari simpanan RM15 kepada 8 angka dalam beberapa tahun saja. Kini dalam usia 25 tahun bisnesnya dah tembus ke pasaran luar negara. Tak hairanlah dia mampu membeli beberapa ekar tanah untuk bisnes termasuk mendirikan tahfiz. Ikon usahawan muda yang wajar dicontohi.