No video available
Cara Datin Fouziah Gous Cantik Secara Luaran & Dalaman | Nona Lifestyle
Melihat kejayaan yang dikecapi oleh Datin Fouziah Gous dalam perniagaan berasaskan produk sarang burung sememangnya memberi inspirasi untuk berjaya dalam apa jua perniagaan yang bakal dijalankan. Seperti Datin Fouziah sendiri, 10 tahun menjadi pengguna produk sarang burung menjadikan dia pakar dalam produk yang dihasilkan.Mana tidaknya, Datin Fouziah menggariskan panduan bukan sahaja dari segi ilmu, malah lebih mementingkan spiritual. “Buat kewajipan sebagai manusia dahulu. Selepas foundation sudah kuat, di situlah kekuatan akan diperolehi”. Selain bijak dalam dunia perniagaan, ibu kepada dua cahayamata ini amat mementingkan kesihatan. Tidak hairanlah, sesi senaman menjadi rutin pilihannya malah turut mempunyai gimnasium sendiri. Jom bongkar rahsia kejayaan dan kecantikan Datin Fouziah Gous. #majalahnona #nonalifestyle