Dari Minat Bertukar Realiti, Datin Edora Bina Empayar Perniagaan Barang Kemas | Nona Lifestyle
Tidak pernah terbayang mempunyai kedai emas sendiri, Datin Normadora Mohd Nor atau lebih mesra dipanggil Datin Edora berkata segalanya bermula dari sekadar minat berniaga di media sosial membawa satu demi satu kejayaan buat dirinya dan suami. Walaupun telah memiliki 3 cawangan kedai emas, wanita ini meletakkan dirinya sebagai individu yang masih hijau dalam perniagaan barangan kemas. Lifestyle NONA berkongsi inspirasi kejayaan Datin Edora yang menjadikan bidang perniagaan sebagai aspirasi untuk dirinya berkongsi kebaikan dan kelebihan pelaburan dan simpanan berasaskan emas.