David & Victoria Beckham Rai Ulang Tahun Perkahwinan ke-25!
25 tahun usia perkahwinan, masih utuh dan bertahan. Meskipun jalan cerita tidak seindah mana, pernah juga terpalit duka dan air mata, pasangan ikonik Inggeris – David dan Victoria Beckham terus memperjuangkan cinta mereka hingga ke tahap ini.
Tampil menyarung baju wedding serupa seperti majlis resepsi tahun 1999, pasangan ini membuktikan tiada yang berubah di antara mereka selepas 25 tahun berkahwin! So inspiring ✨
#majalahnona