‘GULA’ BAWA TUAH BUAT NOR ARIENI ADRIENA MOHD RITZAL
Bermula sebagai sebuah impian, perniagaan yang diasaskan bersama ahli keluarga, siapa sangka kini ia mempunyai beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan kini semakin berkembang maju dan dikenali ramai. Mensasarkan 500 kek untuk dijadikan pilihan para penggemarnya, nampaknya Gula Cakery sememangnya mewakili jenama lokal dalam mengetengahkan jenama F&B ulung melalui NONA BEST HOMEGROWN F&B AWARD.