Jarang Manjakan Diri Di Dubai, Suami Sasha Saidin Tolong Isteri Warnakan Rambut!
Berbeza dengan suasana di negara sendiri, rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara pastinya perlu lebih bijak membawa diri termasuklah perihal penjagaan kecantikan. Bagi Sasha Saidin yang kini menetap di Dubai, beliau tanpa berselindung mengakui kebanyakan hal berkaitan ini dibuat bersama-sama dengan suami saja di rumah. Eksklusif dalam Bual Cantik, Sasha bercerita kisah kecantikan dan kesihatan beliau tatkala usia sudah melangkah ke angka 45. Rindu nak tengok Sasha kembali menyanyi, kan? #majalahnona #lensanona