“Kerjaya Di Pelantar Minyak Ibarat 16 Jam Sehari, 30 Hari Sebulan Tanpa Cuti”
Kerjaya jurutera di pelantar minyak, mungkin kedengaran hebat. Hakikatnya khabar tak seindah rupa, bila kita sendiri bekerja berbulan-bulan di lautan.
Namun bagi ibu muda, Suhaida Jamaludin yang berusia 29 tahun ini, pengalaman yang ditimba cukup berharga. Selain rindukan si comel di rumah, cabaran bekerja waktu pandemik juga tak kurang peritnya.
Kenapa @suhaidajamaludin enggan berhenti kerja walaupun kerja di laut berat dan memenatkan? Tonton sisi hebat kerjaya jurutera hebat ini seperti yang tidak pernah dibayangkan.